Tuesday, December 27, 2011

Angan-angan

Alangkah bestnya kalau masa ni....

Aku berjalan-jalan shopping bersama hubby dan baby Zahin...

Aku bercuti-cutian di kampung halaman bersama emak dan ayah ditemani hubby dan baby Zahin...aku rindukan suasana kampung sendiri...sunyi...hijau...sungai....tenang......peaceful...harmoninya suasana alam....

Aku ada rezeki lebih....boleh bawa hubby dan baby Zahin, mak dan ayah [kalau dpt bawa adik beradik sekali dgn ipar dan anak2 buah] pegi umrah...wahhh...mesti best! Inilah hajat mak dan ayah aku....insyaallah, satu hari nanti bila cukup rezeki, aku nak hantar mak dan ayah g umrah....kalau bleh kerjakan haji terus....


Aku ada lagi rezeki lebih...kan best bleh bawa hubby dan baby Zahin cuti g oversea...negara idaman aku...ofcourse AMSTERDAM...pas tu...nak g Spain..Itali .... Venice....Beijing...Bandung....America........dan sebelum tu aku nak makesure aku nak g dulu our very own New Zealand....Ranau, Sabah.....kundasang....hahahahaha.........nak g Bukit Tinggi...Langkawi...byklah tpt aku nak lawat...angan-angan mat jenin sungguh.......

Okeylah...nak kol 2 dah, nak start kerja dah. Perut pun rasa mendidih dah ni....sakit perut!

Friday, December 9, 2011

Ada ku kesah.........?

Kenapa aku tak glemerkan blog aku...? Tak promote blog aku.. ? 
- senang je....sebab aku wujudkan blog aku ni untuk tujuan suka-suka, siapa jumpa or terbaca blog aku, nasib la......so jgn hairan even dah 2 tahun lebih blog ni wujud, follower aku tak sampai pun 15orang. Allaaaa...biarla org nak cakap aku tak glemer....ada ku kesah.......lagipun aku tak rasa ramai yang berminat nak tahu tentang cerita aku ponnn....

Wednesday, December 7, 2011

Novel Breaking Dawn VS Movie Breaking Dawn

Jeng...jeng...jeng....

Today my first day working after bercuti dari 26Nov2011 till 6th Dec 2011 ... dan ..sesungguhnya 1st day kerja after bercuti panjang merupakan hari yang teeeeeeeersangatla panjang rasanya.

Okey..merujuk kepada topik... Aku dah habiskan novel Breaking Dawn aku dengan jayanya...dan aku dah pun menonton movie Breaking Dawn Part 1..oleh kerana aku dah baca novelnya, jadi semua selok belok ceritanya aku dah tahu. Cuma untuk dapatkan feel yang lebih mendalam, memang best tengok movienya. All the time aku baca novel Breaking Dawn, aku cuma imagine muka2 watak dalam layar peraknya dalam pembacaan aku. 

Dan...rasanya......Breaking Dawn Part II lak lagi hebat! Sebab akan ada pertemuan dengan puak Voltury .... Renesmee dah membesar .... Bella dah menjadi fully vampire [ dalam movie part I di penghujung cerita cuma ditayangkan sehingga Bella membuka mata setelah tidak sedarkan diri beberapa hari selepas melahirkan Renesmee ]. Di dalam novel, digambarkan Bella menjadi seorang yang begitu cantik dan anggun setelah menjadi vampire, seorang yang mempunyai kuasa untuk mengawal minda dan mempunyai perisai yang dapat melindungi dirinya dan orang2 yang berada dekat dengannya. Memang best membayangkan Bella mempunyai keupayaan untuk melindungi para keluarga dan saksi keluarga Cullen di movie part II nanti sehingga dapat menangkis serangan api membakar dari Jane dan serangan melumpuhkan dari Alec. Dan lagi best bila vampire bergabung dengan warewolf [serigala jadian]--yang mana menurut Aro [one of the member of the Volturi] sebenarnya bukanlah serigala jadian, sebaliknya mereka merupakan 'kumpulan pengubah bentuk' yang mana mereka bebas memilih untuk berubah menjadi bentuk apapun...cuma mungkin kerana pada pertama kali pertukaran mereka memilih untuk tampil menjadi serigala, maka mereka menjadilah seperti serigala jadian...


Dan dalam Breaking Dawn Part II bakal ada ramai muka-muka baru yang akan diketengahkan...untuk membawakan watak Zafrina...watak Nahuel, dan etc...so rajin2kanlah mem'wiki'kan nama2 watak di dalam novel Breaking Dawn untuk melihat siapa yang mereka ketengahkan untuk memegang watak tersebut. " Nahuel di gambarkan berwajah tampan, warna kulit yang agak pelik, merupakan half vampire/half human sama seperti Renesmee...dan merupakan saksi utama dan yang terakhir datang untuk menyelamatkan Renesmee, yang datang bersama Alice dan Kachiri.."

Erm..kalau nak aku boleh cerita every single things yang aku baca dari Novel kat sini. Sebab untuk perbandingan yang aku buat dari Novel dan Movie part I ni, memang pengarah movie ni sedaya upaya serapkan sebanyak mungkin scene2 yang terdapat di dalam novel untuk di adaptasi ke dalam movie. Jalan ceritanya tidak lari..sama seperti di dalam novel.. [ Sangat TIDAK MENGHAMPAKAN , bukan seperti mana bila aku SANGAT HAMPA dengan cerita Lagenda budak Setan yang diwayangkan yang ceritanya entah apa2 entah ---- aku peminat lagenda budak setan dari zaman sekolah dan movienya betul2 menghampakan aku...hampeeeeh ! Sikit2 Farid Kamil...Farid Kamil...Farid Kamil.....takde pelakon lain ke....? Dan jalan ceritanya pun malap sangat..! 

Okeylah...aku nak sambung buat kerja. Sekarang dah mula terasa my morning sickness...asyik-asyik muntah...huhuuuhu ........


Lots of Luv....

Aku memang peminat fanatic Twilight Saga ... so jangan banyak songeh bagi yang baca blog aku [kalau ada yang baca la kan...hak hak hak]. 

Tuesday, November 15, 2011

Gugu Gaga ..... Breaking Dawn .... my must watch movie ...

Assalamualaikum ..... Good Day everyone!

Erm ... lately rasa kembang telingaku dengan iklan tanyangan perdana movie Breaking Dawn dalam radio...sik kiralah dalam Radio Era ataupun Radio Hits.. stress akak yang tengah kerja mendengarnya....hukhukhuk !

Start la demam team Edward dengan team Jacob pas tok. Apapun...aku jadi supporter team Edward lah. Hahaha..ku tauk ada 2 orang kawan ku sakit hati dengan Edward, sebab nya 2 peminat Jacob. Siapa lagik mun sik Zura dengan Proline. Nasib Joyce sama ngan aku...team Edward. Haha, terkenang ku masa tayangan pertama movie Twilight-Eclipse, rasa sendat geruk ku duduk dengan Zura duak Proline si peminat fanatic Jacob ya. Huhahuha jaknya 2 asal nangga Jacob, pas ya bila nangga Edward mengutuk habis-habis...ney sik balit nangga wayang aku alu migrain. Kenangan..!

Kenak aku minat watak Edward? Actually aku bukan minat Robert Pattinson secara personal...aku hanya minat pembawaan 'watak' cool blooded Edward Cullen dalam siri Twilight ya. Remember the first series of Twillight? Suka ku nangga wataknya...mcm ...there's something! Dingin. Hahaha...hanya aku jak tauk apa ku suka berkaitan watak Edward. Erm...nya vampire bergaya apa...compare to Jacob [sori a peminat Jacob!] si jacob selalu gilak nayang body, mungkin sebab aku sik suka gilak pun dengan lelaki suka ngeso badan berketul-ketul...ya juaklah sebabnya aku sik suka nangga watak Jacob. Iboh salah sangka...aku sik benciknya tegalnya jadi wolf..kira okey gik jadi wolf darinya jadi " ot~ot " ... kuang..kuang..kuang...

Aku rasa aku sik akan dapat menonton tayangan pertama filem Twilight di panggung wayang KK tok, sebab komitmen dengan perkara lain terlalu banyak. Aku busy..ulang alik kampung sebab Zahin, jadi mun dah balit kpg ney da masa gik nak g KK malam2 hari nak nangga wayang. Sik hal la aku terlambat sikit nangga movie ya. Laklah aku meli cd nya ajak, melayan feel sesorang nangga Twillight di rumah....huhuhu...sedeeeeyyy....


p/s: Aku nak jadi penyanyi gelemor mcm Justin Bieber, mcm Greyson Chance..glamor melalui youtube. Laklah aku nyanyi lagu 'sepuloh budak itam' ...masuk lam youtube..nangga ada sambutan sik. Ney tauk dpt sambutan di hollywood..nait nama dapat jadi pelakon twilight ---- > apa juak kaitan nak owh....ngegagagaga


Bah, Chow xxxx

Thursday, November 3, 2011

Layanan perasaan ...

Herm ..... sedih rasa bila ...

--- setiap hari aku driving pergi dan balik kerja, sepanjang perjalanan mesti ada sahaja ku lihat paling-paling kurang pun akan ada seekor binatang bergelimpangan di jalan kerana di langgar oleh kenderaan yang lalu lalang...baik kucing atau anjing.......kesian you know! For example, this morning...2 ekor anjing kena langgar di traffic light Putatan, di simpang empat near by Servay. Seekor dah mati .... seekor lagi masih tercungap-cungap nyawanya dan masih boleh angkat kepala. Kesian...sungguh kesian...................tak sampai hati...sedih aku melihatnya. Apalah perasaan driver yang melanggar binatang tu? Hopefully someone akan alihkan anjing yang masih hidup tu ke bahu jalan...hukhukhuk .....salah siapa la kejadian ni? Anjing yang menyeberang jalan tak lihat kiri kanan? [ erm........] atau pemandu yang memandu terlalu laju ?

Aku rasa kesian bila melihat ... ibu-ibu membawa bayi kecil menunggu van atau bas di tepi jalan. Macam hari tu, masa balik kerja..hujan renyai-renyai..di bahu jalan tu berdiri ibu dan si anak (yg ku assume umur anaknya 6-7 month) dengan plastik barang diletak di jalan, yang buat aku terkilan..mereka tak berpayung. Kesian bayi tu! Boleh aku imaginekan kalau aku yang bawa zahin macam tu. Hergghhh...nak salahkan siapa ni? Ibunya ke sebab tak bawa payung? Sebagai seorang 'ibu' sebolehnya aku tak nak la baby aku kena hujan ... bersyukurlah aku sebab zahin walaupun taklah aku dan hubby terlampau mewahkan dia dengan pakaian dan permainan mahal ala-ala high classnya Victorie Beckam..tapi setidaknya zahin dapatlah kehidupan yang serba sederhana namun lengkap....

Dan ....... aku rasa happy bila boss cuti. Kalau nak kata kerja kurang bila bos takde, tak la jugak...cuma .... entah! Jiwa tenang kot !

Dan aku tak sabar nak balik Miri ! Yaaaayyy.....

Tuesday, November 1, 2011

Baik tak payah ...

Entry ringkas ....

--> kalau anda rasa anda tak boleh terima pendapat orang lain, jangan bertanya ....
--> kalau anda tak ada kesabaran untuk sesuatu yang anda buat..jangan buat...

Sesungguhnya anda umpama KANAK-KANAK RIBENA ! Ngong !

Monday, October 31, 2011

Terujanya aku ..........

Assalamualaikum ...great monday morning everyone ... hikhikhik .... mcm la ramei tek nak yang baca blog aku...cheh !!!! Sak jak blog aku sikda ku promote ngan org pun suruh baca..hahaha...suka-suki bah nak berblog. Dah sikda geng bercerita, nyaman ajak rasa hati meluah perasaan dlm blog.

Adapun aku teruja tek...sebab aku baru meli mesin jahit baru hari sabtu ya tadik. Haiiiissshhh...teruja, kejeron sungguh rasa di hati...mesin jahit Singer idaman akhirnya berjaya jugak aku miliki.

Dolok nak time aku masih di Miri, aku sikda pernah pikir sikit pun pasal mesin jahit. Nak tauk kenak...? Sebab .... mak aku tukang jahit, ada mesin jahit....jadi balit jak umah d Niah...dah boleh menjahit..jadi sikda gago la nak bermesin jahit.Nak polah baju kurung pun, mak yang polah/jahit..

Dah aku merantau jaoh tok, huhuhu...buntu juak rasa ku. Gik pun since aku pregnan zahin, aku gila menjahit. Tok semua felt craft pun pasal...dan mungkin kebosanan di tahap melampaula polah aku mencarik sesuatu yang best untuk dipolah.

Memasak...? Yess...aku minat memasak. Tapi bukan bab-bab yang buat kueh okey, sebab kueh aku selalu sik menjadi. Aku suka masak makanan macam ayam, ikan, daging...tapi bukan kueh mueh or biskut miskut. Jadi, aku carik gik sigek hobi yg lagik best..yang aku rasa best k layan...ujongnya menjahit la.

Dalam fb aku suka join group crafter dgn geng menjahit. Banyak ilmu dan idea boleh dpt bila kita bergaul dengan daknya tok. Best owh. Secara sik langsung minat menjahit aku makin bertambah. Entah la... aku tok mungkin juak dpt dipadah ' ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi" --- sebab mak aku tukang jahit, jadi sooner or later, memang aku akan ikut jejaknya menjahit juak. Tapi aku sik prefer menjahit baju la, better gik jahit langsir rasa aku..hehehehe...

Jadi alkisahnya semalam dengan penuh berkobar-kobar aku mencuba mesin jahit baru. Dengan sekda experience make mesin jahit elektronik, ku beranikan dirik juak mencuba dengan berpandukan manual book semata-mata. Cuba punya cuba, ahernya berjaya. Mesin jahit aku siklah secanggih or semahal mesin jahit mak aku, mesin jahit aku cuma harga rm900+ ajak, dan boleh pilih 19 jenis jahitan. Aku rasa okey lah ya..untuk suka-suki menjahit.

Tapi nak...tapi...nah....ada tapinya lagik .... mak mertua aku lom apa-apa dah nak suroh aku jahit langsir. Apuuuuuuuu............bengong maria ! Hahahaha...sik hal, lak beli buku panduan menjahit. MEsti rajin belajar baru leh jadi master menjahit...yaaaayyyy...!!!


**** Rajin owh ku update blog....bukan apa, di opis fb dah kenak block, jadi rerajinlah aku update blog k ilangkan boring. Aku lom gik share cerita aku time melahirkan Zahinkan....lak la ada masa ku share gik cerita ya...


Sekian terima kasehhhhh...!!!

Tuesday, October 25, 2011

Aku rasa .....

Ermm ....... berbulan dah rasanya takde update blog ......

Banyak benda yang aku rasa .... dan aku nak luahkan...

Aku rasa ...... i'm very-very happy be a mom .....perasaan menjadi seorang ibu memang susah kita nak describe. Apa yang aku tahu, once kita dah jadi ibu ( ini from my opinion...i dont know la plak apa pendapat ibu-ibu yang lain....) -- ok, sambung balik ayat tadi...once kita dah jadi ibu, kita akan paham perasaan berkorban tanpa minta balasan. Paham ke ayat tu? Kalau tak paham apa boleh buat la kan, sebab aku memang paham. Dulu-dulu masa kita kecil-kecil, masa kita meningkat remaja...ibu suruh sikit kita dah merungut, mak suruh kemas rumah...kita minta ganjaran..contohnya ganjaran dapat baju baru untuk upah kemas rumah. Tapi kita tak pernah terfikir, masa kita masih bayi..ibu jaga kita bersengkang mata, kalau sakit ibu rawat kita penuh sabar..bila kita menangis ibu pujuk gendong kita sana sini untuk pujuk kita..ONLY bila kita DAH JADI IBU baru kita faham, bukan senang jadi seorang ibu..bukan mudah...tapi untuk ibu kita, mereka gembira dgn kehadiran kita..mereka sanggup berkorban apa saja tanpa minta balasan. Jadi...jadilah ibu/ayah untuk kita memahami dengan lebih baik tentang pengorbana ibu mahupun ayah kita. For me..salah satu yang aku sanggup berkorban...setiap hari aku sanggup ulang alik driving jauh dari rumah ke tempat kerja, 1jam15minit pergi kerja, dan 1jam30minit balik keja (tambahan masa sebab petang balik kerja jalan jammed) ... jadi pagi seawal 715am dah bertolak dari rumah, petang dalam pukul 630-645pm baru sampai rumah...semuanya kerana ZAHIN, my baby...aku boleh bermalam di KK, di rumah kakak ipar yang letaknya dah sampai 5minit perjalanan ke pejabat (jalan kaki pun boleh dari rumah kakak ipar) tapi kenapa aku nak pilih gak memandu jauh-jauh? Sebab aku tak nak jauh dengan my baby. Memang my MIL yang jaga...tapi bagi aku cukuplah siang my MIL yang jaga, malam2 biarlah baby aku yang jaga....penat? ya memang penat...tapi bila sampai rumah, dengar suara Zahin ketawa..tengok wajah Zahin...penat dah hilang............

Aku rasa.... aku sedih sepanjang bulan October....bukan apa, terlalu banyak kisah menyayat hati di bulan October. Bacalah surat khabar, bacalah link-link cerita terbaru di dalam facebook..banyak kisah berkaitan kanak-kanak yang diperlakukan tidak seperti sepatutnya.

Pertama, bayi lelaki berusia 23hari diliwat ayah kandung sendiri kerana ibunya masih berpantang. Kalau ikutkan naluri perempuan aku, aku bagai nak rejam ja bapa bayi tu. Apa dosa bayi tu diperlakukan sebegitu rupa? Kenapa nafsu terlalu menguasai minda sehingga memperlakukan anak sendiri sebegitu rupa. Rasa nak menangis baca berita tu...http://www.hmetro.com.my/articles/Bayi23haridiliwatbapa/Article baca kat link ni berita tu. Kita sebagai manusia biasa, apalah hukuman paling teruk kita boleh bagi pada bapa bayi ni? Hanya ALLAH yang akan membalas perbuatan kejinya nanti...hermmm...semoga bayi tu pulih dan semoga apa yg telah ayah kandungnya lakukan tidak akan memberi perkembangan negatif dalam hidupnya nanti.

Kedua...sedih dengan cerita kanak-kanak usia 2 tahun digilis sebuah van dan sebuah lori di China, sungguh sedih, sungguh kasihan...kanak-kanak sekecil itu digilis dua buah kenderaan, orang yang lalu lalang ditempat kejadian takde seorang pun yang datang menolong. Kenapa? Orang kat situ takde kesedaran sivik ke? Sungguh takde perasaan belas kasihan..http://www.ammboi.com/2011/10/21/wang-yue-budak-2-tahun-digilis-dua-kenderaan-disahkan-meninggal-dunia/ ---ada cebisan kisah tu di link ni. Kasihan. Mereka di sana tu sungguh pentingkan diri sendiri. Fankly nak bagi tahu...aku tak sanggup tengok berita berkaitan kanak-kanak ni, video yang orang upload kat youtube, yang kawan-kawan share kat fb pun aku tak sanggup nak tengok sebab aku tahu aku memang akan menangis kalau tengok, erm...entahla, semenjak dah jadi mama, aku punya jiwa ni terlalu sensitif...

Ketiga...kisah bayi baru lahir dikelar oleh ibu sendiri sehingga menyebabkan kematian bayi tersebut. Sedih tau kalau tengok gambar baby yang dikelar tu, sampai terkeluar perutnya. Tak tahula apa yang merasuk fikiran si ibu yang baru berada di tingkatan 4 tu untuk berbuat demikian.http://trigyy.com/2011/10/berita-pelajar-sekolah-menengah-kelar-bayi-sebaik-dilahirkan-di-betong-sarawak/..bacalah sendiri cebisan beritanya kat link ni. Kesian baby girlnya. Dapat ke korang bayangkan bagaimana sakitnya kena kelar hidup-hidup? Kita luka sikit pun terkena pisau dah sakit macam apa...inikan kalau badan dikelar, leher dikelar...belakang dikelar....Ya Allah ya tuhanku...aku tak sanggup nak bayangkan..syurga menantimu wahai bayi.......erghhh.....sambil taip ni pun aku nak menangis dah. Tak sanggup rasanya nak bayangkan apa-apa ....

Dan ini lagi satu.....sanggup campak bayi......waaaaa.....kenapa? kenapa? kenapa? Kenapa kita semakin hilang peri kemanusiaan ? Korang sanggup...nah tgk sini http://trigyy.com/2011/10/berita-gambar-bayi-dicampak-dari-tingkat-dua-2-pangsapuri-di-selayang-gombak-3-oktober/ ............Ya Allah ya Tuhanku....aku tak sanggup dah. Apalah dosanya? Bayi ini tidak berdosa sekalipun mungkin kewujudannya bukan sesuatu yang diingini...tapi tidak selayaknya kita membunuh mereka sebegini rupa...

Allah bagi kita nikmat...nikmat ni ada pelbagai...contohnya kat atas ni, Allah bagi kita nikmat ada anak...tapi, kita sia-siakan nikmat yang Allah bagi ni, kita sanggup aniaya mereka, kita bunuh mereka....sesungguhnya balasan dari Allah ada perlbagai macam...Alfatihah untuk semua bayi-bayi ini .... untuk yang masih lagi hidup sejahtera hidupnya...


Aku rasa ............ aku malas nak kerja...

Aku rasa ....aku rasa .... aku rasa lah kan...bila aku dengar Dato' Siti menyanyi lagu Inggeris, erm.....tetapla kurang sesuai...memang la boleh, not bad..tapi better lagu melayu la lagi sesuai. Lagipun nak dapatkan ramai peminat tak semestinya kene nyanyi lagi Inggeris. K-Pop tu, penyanyi Korea kenapa bleh gelemorrrrr kat Malaysia walaupun mereka menyanyi dalam bahasa ibunda mereka yang kita tak paham ntah apa apa maksudnya...kenapa kita tak jadi macam mereka? Tak confident ekkkk.....

Aku rasa....cukuplah post untuk kali ni. Aku lom buat reconciliation aku dari pagi sebab nak post ni...huhuhuhu......


Good Day everyone !

Saturday, August 13, 2011

Petua : It's all about baby thingy...............

BAYI KERAP MENANGIS:
usap kepala baby sambil baca alfatihah 7x
 DOA:
MEMOHON ZURIAT YG BAIK
-SURAH AL IMRAN 3:38
AGAR ANAK MENGERJAKAN SOLAT
-SURAH IBRAHIM 40-41
...ANAK TERANG HATI & KUAT INGATAN
-SURAH AL FATIHAH
MEMUDAHKAN IBU BERSALIN & DPT ANAK YG SABAR & TAAT
-SURAH MARYAM
ANAK YG CANTIK RUPA & AKHLAK
-SURAH YUSUF
ANAK YG CERDIK AKAL & JIWA
-SURAH LUQMAN
BAYI LEMBUT HATI
-SURAH TOHA
MEMBERSIHKAN JIWA BERSIH DR MAKSIAT
-SURAH AL TAUBAH
UTK KETENANGAN HATI & ANAK TIDAK TERPENGARUH DGN GODAAN SYAITAN BUAT MAKSIAT
-SURAH YAASIN
MELAHIRKAN ANAK YG BERDISIPLIN
-SURAH AN NAHL
MEMPERBANYAKKAN SUSU IBU & ANAK BERSIFAT BERHATI2
-SURAH HUJURAT

elok diamalkan terutama ketika kehamilan
KULIT BAYI PUTIH BERSIH:
-amalkan mkn buah epal & minum susu...juga soya
PETUA MUDAH SALIN:
-amalkan baca surah yasin disertai niat & doa sepanjang tempoh kehamilan
-hampir bersalin amalkan zikrullah tasbih nabi yunus
-amalkan minum air lebihan suami
-amalkan mkn buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim..memudahkan laluan bayi...serta berperanan memperhaluskn nurani bayi disertai zikir & selawat
...-minum air kelapa dihujung kehamilan membantu membersihkan bayi
-amalkan mkn telur mentah dihujung kehamilan
-kerap mkn sayur bendi memudahkan laluan bayi
minum sesudu camca teh minyak kelapa sejak usia kandungan 6bulan..amalkan seminggu 3x & bila 9bulan amalkan tiap hari
 

Friday, April 29, 2011

FELT...????

FELT...? Apa itu felt...? Anda keliru...? Hehehe ..... bukan hanya kamu, saya jugak...!! Hahaha .... felt craft adalah sesuatu yang sangat menarik untuk dilakukan. Everything we do can be a money. Asalkan kita creative..

Aku dah bagitahu hubby pasal perancangan aku (ofcourse selepas aku deliver my junior ler ....) sekarang ni aku tengah kumpul2 stok ... bahan2 yang menarik .... nanti buat grand opening la. Hahaha.. Dalam busy2 mencari bahan for my store (kunun2nya menurut angan2 mat jenin aku yang tak sudah2 ni) terjumpa plak dengan craft yang sangatla comel dan begitu menarik perhatian aku. Situla aku terserempak dengan perkataan FELT tu. Nice doe !

Aku suka seni ... nak mengait, terlalu complicated plak rasanya.. baik aku cari craft yang simple2 yang aku boleh/mampu nak buat. Jadi .......... jom.....kita proceed dengan felt craft.

Percaya atau tidak, satu felt brooch boleh dijual dengan harga rm2.50 hingga rm6 seunit..kalau borong pun dengan kuantiti paling minima 50 unit, penjual jual paling murah pun rm2 seunit..tp aku paham...selagi namanya handmade sure la mahal doe.....hikhikhik .....

Aku dah cakap, kalau kita rajin buat searching masa online, mesti ada info berfaedah yang kita akan dapat. Macam aku ni tak pasal2 lak terserempak dengan benda alah yang comel ni. Atleast aku tak surfing 'kosong' je... kalau tak rugi la aku bayar bil broadband aku bulan2..rm68 tu, banyak ......kalau aku beli shawl yg berharga rm4 sepasang tu...dengan duit rm68 aku boleh dpt 17 pasang woooo....nguahahahaha .......

Anyway, aku skrg ni pun tgh berurusan dengan online seller (jual tudung), beli tudung utk my mom. Beli tudung utk dia guna hari2 jer. yang biasa2 tp tudung instant. Nanti nak dekat raya baru beli tudung yang grand giler2 utk dia. TP utk my dad, apa nak beli ekkk...? Kenapa la susah sangat nak carik barang2 lelaki dijual online ye..? Nanti la carikan barang lain utk my father lak..hutang dulu ye bapak....hahahah

Okey .... sekian terima kaseh ...... itu sahaja dulu...

xoxo


Monday, April 25, 2011

Bencik ku bah ............

As-salam....

Hari tok ku nak kelakar Sarawak jak lah. Ntah la...keja hari senin tok polah aku pedap semacam jak. Aku malas nak stress gilak, aku peknen bah .... lak aku stress anak aku pun stress lam perut ya. Tapi kat opis ya, sikda orang paham keadaan ompuan peknen macam aku. Kecuali kak Maria sorang ajakla yang paham sebab nya memang dah ada ramei anak...tapi nya sik dpt cakap byk juak sebab nya lagik la consider baru lam expenditure ( dudi sebulan masuk dari aku..) dan nya pun sama stress dengan kerja yang 'semuanya urgent dan tiada yang tidak urgent semata-mata..

Okey..tok aku nak cita pahal aku rasa bencik semacam. Bukan aku nak menjaikkan sesapa. Tapi kadang-kadang macam rasa tertindas jak. Dolok masa bulan Januari aku masuk ke expenditure tok, aku nang totally fresh la dengan kerja2 data entry tok. Nang totally zero, sik tauk apa2. Bos kecik kmk orang suruh la sorang staf nama 'bebeb' tok ajar aku. First day aku di sia, dengan sik cukup preparationnya, si bebeb ngajar aku...sambil sempat sindir aku pasal aku sik embak calculator. Giney aku nak mbak calculator, suruh report duty di department account...ingatkan polah clerical job mcm biasa, tauk2 sukati daknya mindah aku ke expenditure. Aku ney tauk expenditure perlu ada calculator! Paloi....!

Bebeb tok kira pandei la juak polah keja. Dalam 2 weeks mcm ya aku assistnya polah keja. Pas ya bok daknya berik aku suplier nok di handle staff before tok ngan aku. Staf ya dah upgrade jd opiser, tp masalahnya keja ex staff ya byk benar overdue, Megin jak dari bulan september last yr. Dlm aku bertatih2 molah keja..dlm keadaan aku bertanya kdg2 sik kenak layan...dtg gik keja2 lain yg dipas ngan aku yg semuanya urgent2 mok setel kinek2. Mula2 bengang juak aku. Mun semua urgent..yang lain ya bila la aku nak polah?

Masuk bulan Feb, kenak rombak agik. Supplier baru gik di berik. Nak dijadikan cerita, aku ngan bebeb mcm bertukar keja, nya ambik supllier aku, aku ambik supplier nya. Tp mana2 keja yg overdue before ya, tetap juak di meja aku, sebab aku perlu habiskan kerja aku. Aku sik bunyi2. Walaupun di gesa dak opiser suruh siapkan keja tertangguh ya, ku buat apa yang aku mampu ajak. Dak staff lain di suruh OT setel keja overdue ya, suma sik mok...suma sik layan. Last2 walaupun bos besar sik agree aku Ot sebab aku staff baru...mok sik mok terpaksa juak org tua ya approve OT aku sebab sikda org lain nak siapkan keja (padahal ya bukan keja aku yg overdue..ya dari staff lama sebelum aku..tapi akulah menjadi mangsa keadaan..).

Dan kinek tok, bebeb ya byk alu kejanya yang tertangguh. Menjadi mangsa...kmk orang yang lain turut sama dipaksa OT. Mula kata bos gotong royong siapkan kerja. Ney adil ..... keja kmk org sik byk yang tertangguh .... sekali bebeb ya engkah kejanya kat meja 'kerja overdue'...mak aiiiii...melonggok! Mun mcm ya kmk org pun maok..longgok ajak keja yang rasa sik terkaber nk polah, biar org lain sama polah.

Minggu tok bebeb cuti sampe hari khamis. Pagi tdk opiser sorg ya htr dokumen supplier si bebeb ya mintak suruh aku polah. Apa juak di polah bebeb ya lamak2 tok mun payment dari bulan 2 sik setel2..! Tok aku gik jadi mangsa. Aku duli apa. Aku ada keja aku mpun, masing2 dah ada pembahagian tugas masing2. Kerja aku pun byk..dari aku merik priority ngan paymentnya yg urgent ya, bagus aku merik priority ngan payment utk supplier aku yg sik kurang juak urgentnya.

Aku bukan nak berkira...tp aku mintak tolong si bebeb kerja simple time aku cuti pun nya sik tolong aku. Bukan aku mintaknya polah data entry ka apa .... suruhnya tolong berik envelope, suruh ofis boy handover envelop ya dengan dak AO. Ya ajak! TP ku turun the next monday, gik ada envelop ya kat meja aku. Padahal eh, masanya cuti...nya mintak aku buat benda yang sama..aku cuba tunaikan amanah ya. Yalah kotan tunjuk pandei gilak ... kinek tok aku dah mula paham dah ragam sorang2 di tepi aku. Hermmmmm...cakap lebiih pung tadak guna, dinding pun ada telinga! Apakah .... hahahaha

Malas ku nak sambung cita gik. Bait ku surf kedei online. FB aku kan dah jadi macam shopping complex di KLCC, mcm2 kedai ada ...hahaha .... carik barang best k jual lok.

xoxo ............... sakit hati gue!

Sunday, April 24, 2011

Ada apa dengan Shawl.......?

Hari minggu .......... seperti biasa la aku suka sangat nak online window shopping dari dok menghadap tv.

Ada apa dengan Shawl atau lebih dikenali dengan selendang ni..? Sebenarnya memula aku bukan suka pakai shawl pun. Aku tengok macam leceh je orang pakai...pusing sana..pusing sini..pin sana...pin sini...lebih kurang macam lecehnya kalau pakai tudung bawal. Sebabnya bukan apa .... aku ni jenis yang suka pakai tudung yang simple-simple...dalam erti kata lainnya tak reti ler nak bergaya sakan lam bab-bab pakai tudung ata selendang ni.

Nak dijadikan cerita, satu hari aku dudok ler melepak depan tv bersama kakak ipar aku. Time tu pun aku tgh tengok tv sambil surf internet cari nak beli tudung online. Masa tu kakak ipar aku sempat gak bertanya...ada tak kedai-kedai online yang aku surf tu jual selendang. Aku jawab la ada. Tapi masa tu aku selalunya skip2 jer label Shawl ... tak pandang pun...balik2 aku klik kat label 'tudung instant' tu je yang aku klik-klik. Dari satu patern ke satu patern. Rambang mata i ni you tengok tudung terkini...ada tudung instant denim lagi tu... isk...isk...isk...tp bila tengok part harga, gullllppp.... mencecah rm40++ sepasang. Huhuhuhu... aku nak pakai tudung hari-hari sebab 5days in a week aku kerja, aku memang bertudung. Kalau aku beli yg RM40 lebih tu SATU je...paling2 aku bleh pakai sekali seminggu (  kira maksud aku ni aku recycle la pakai tudung tu setiap minggu ) hahaha ...... mahal gak modal pakai tudung, makin nak cantik makin la mahal...kenyataan hidup di zaman moden..sama la mcm kita pakai mekap, makin mahal mekap...makin baik dan long lasting melekap kat wajah berbanding yang harga murah. Iskk....iskk.....

Ok..berbalik la plak kepada kakak ipar aku tadi. Aku pun tunjuk-tunjukla tudung instant yang cantik-cantik tu pada dia. Tapi dia macam tak berminat pun. Katanya dia lagi minat dengan shawl. Sebabnya kalau pakai tudung instant, macam kaum2 ibu la rupenya (maklum kakak ipar aku blom kawen lagi ). Tersentap gak ...hahaha... tapi bila pandang perut sendiri yang tengah memboyot, aku senyum sendiri. Memang ak kaum ibu pun...bakal menjadi ibu...! Lagipun, tambah kakak ipar aku..pakai shawl lagi mudah, sangkut-sangkut jer di kepala. Aku pun tertanya sendiri...iye ke...?

Jadi di satu ketika, adalah salah sebuah kedai online yang aku add dlm fb ni tag aku gambar2 shawl yang dia jual. Cantek! Aku suka sangat. (Sebenarnya aku pernah beli tudung instant yang tokey kedai tu buka untuk clearance sales dlm fb dia... memang berbaloi..tudung yang biasa di jual berharga RM20++ dia jual lelong rm10 je. Aku beli 6 pasang dari dia...siap satu aku bagi kat mertua...satu lagi aku reserve utk mak aku ler...cantek you walaupun tudung clearance sales..)

Alkisahnya, almost 10kali gak aku balik2 view album shawl tokey kedai tu, last2 tersangkut beli 8 pasang. Jangan terkejut...aku beli yang murah jer...rm9-rm10 sepasang. Lepas tu aku siap tawar menawar lagi. ( walaupun beli online, boleh jugak kita cuba tawar menawar ye...especially kalau kita beli dalam kuantiti yang banyak..insyaallah, tokey kedai akan mempertimbangkan..) - jadi tips paling baik, harus ada hubungan yang baik dengan penjual okey...tapi kalau beli sepasang tu...erm...harga tetap la kita dapat..

Dan, dlm temph 3 hari aku dapat la shawl aku. Uiissshhh...cantek..! Tapi...tertanya lak dengan diri sendiri..cam mana nak pakai ekk...? Dan utk minggu pertama selepas menerima shawl tu aku tak pakai langsung pun shawl. Masih gak pakai tudung instant yang kesemuanya saban minggu aku recycle balik2 tu. Malam-malam habis kerja aku online, aku sibuk la buka youtube, cari tutorial cara nak pakai shawl. Memang aku tabik spring la kat dorang yang sediakan tutorial cara nak pakai shawl ni, creative sungguh .... mana lagi lilitnya..mana lagi innernya...mana lagi pinnya. Nampak senang sangat. Tapi bila aku cuba nak ikut cara dorang..dohh....berpeluh gak ketiak...hahaha .....

Tapi dah letih2 aku malas la nak ikut cara yg dalam tutorial tu. Aku guna cara aku sendiri lagi mudah. Trial and error...menjadi gak aku pakai shawl.

Erm....tiba-tiba lak aku kehabisan idea ... esok2 la sambung lagi ... xoxo

Friday, April 22, 2011

Biar papa asal bergaya ...............

As-salam .... selamat hari Jumaat, penghulu segala hari ...........

Erm ... pernah kan dengar atau baca ayat biar papa asal bergaya. Aku tak nak mengata lebih la pasal orang-orang yang berkaitan dengan ayat tu, tapi kalau boleh aku nak elakkan la dari menjadi salah seorang yang 'biar papa asal bergaya' tu.

Aku ni dari keluarga sederhana. Puas gak la merasa susah. Tanam padi ...? Yesss ... pernah! Jual kueh...? Yess .... pernah ! Duit belanja ke sekolah 20sen je sehari (paling byk 50sen)..? Yess...pernah! Tapi itu tak pernah membebankan,, malahan keadaan itu memberi pengajaran supaya aku tak lupa asal usul diri aku. Mungkin ya... ada ketika nya aku pernah terlalai...tp setelah sekian lama bertahun-tahun..akhirnya aku sedar diri gak. Hukhukhuk ... yang bertahun-tahun nak sedar diri itu la jugak yang aku masih kesalkan sehingga kini. I love you mak dan ayah .....tsskkk...tssskk....tak payah la cite-cite kat sini. Malas i .....

Okey, berpatah balik le kita ke topik asal tadi. Sekarang ni orang semua tengah gilakan Ipad... samsung galaxy...iphone 4...dgr2 nya dalam bulan september nanti ada lak iphone 5. Wahh...rambang sungguh rasa telinga mendengarnya. Aku nak ke...? Sapa kata aku tak nak...minat memang ada. Tengok orang ada Ipad pun, aku teringin jugak nak ada Ipad ... tengok orang pakai hp canggih macam Iphone pun aku terasa macam nak beli Iphone. Tapi ... setiap kali fikirkan harganya, roughly rm1k++... mesti niat aku terbantut. Jadi untuk mengelakkan aku membeli sesuatu yang 'bukan keperluan wajib' dan hanya memenuhi nafsu 'nak bergaya' semata-mata ... aku cuba la buat cenggini ...

1. Ipad ... perlu ke...? --- aku ada laptop, walaupun laptop aku ni jenama Dell, di beli pada tahun 2008, tapi fungsinya masih sangat ok..version laptop yang boleh dikira agak berat...tp, kalau masih boleh pakai, baiklah aku pakai sehingga ianya tak boleh dipakai lagi (ada paham ka itu ayat..?). Kaitannya dengan Ipad, nanti kalau aku beli Ipad..laptop ni tinggal berhabuk aku tak pakai kan rugi...Lagipun Ipad ni sesuai la untuk orang-orang yang selalu travel ke sana ke mari..aku ni mana nak travel jauhnya pun, rumah..pejabat...kampung je ....erkhh....tak payah la beli Ipad...jangan membazir! ( melainkan aku ada budget melampau-lampau lebih boleh la angkut satu kot..! ) Hahaha .... ni ha, Ipad junior lam perut ni dah nak deliver...lagi mahal budget dari Ipad.......tskkk....tssskkk....


2. Iphone ..... perlu ke? Erm...tak tahula Iphone ni keperluan atau satu kehendak. Tp aku masih ada henpon nokia classic yang aku bleh guna, takde masalah melainkan memori henpon selalu penuh sebab selalu sms dengan hubby time kami berjauhan. Ambik gambar pun ok.... jadi, tak payah la dulu beli Iphone. Kita gunakan apa yang ada...ada rezeki lebih nanti la beli Iphone.

Sebenarnya kan, aku ni jenis orang yang shopping tapi tak tengok sangat brand barang yang aku beli. Bukan aku tak minat barang berjenama... kalau nak sebut jenama yang aku minat..mmg byk..kalau untuk jeans, ofcourse aku minat Levi's, perfume..aku minat Bvlgary dan CK ....utk jam..aku minat Fossil...yang lain aku minat secara random je...aku suka tengok design gak...

Skrg zaman orang gilakan shawl. Ala....selendang lilit2 di kepala terus la menjadi tudung. Hehe... aku kan baru jer mula bertudung dari awal tahun ni dulu. jadi mula2 dulu aku suka pakai tudung instant, Senang la kiranya, tinggal masuk je. Tapi kos tudung instant ni agak mahal la jugak..makin cantik tudung makin mahal la harganya..(memang la aku paham...mana ada orang jual benda cantik dengan harga yang murah sangat...tp kita pandai2 la memilihkan...). Jadi sekarang aku dah ada option yang lebih berbaloi kit kalau nak bergaya even bertudung. Pakaila shawl. Rajin-rajin la surf cari yang jual murah...sometime ada yg jual clearance stok...ada yg jual 5 shawl dengan harga borong...percayalah, semakin rajin kita buat searching di internet, kita akan dapat apa yang kita nak.

Jangan risau ... kadang2 yang jual murah tu tak semestinya tak cantik. Kesabaran tu mesti ada. Kadang2 yang jual murah tu sebab penjual nak habiskan stok. Mungkin yelah..orang lain dah awal2 beli shawl mcm yang kita 'baru nak beli'..tp pedulila...hahaha...

Jadi sebenarnya dalam pada aku bercerita panjang lebar ni tadi mesej yang aku nak sampaikan cuma ... kalau nak bergaya biarla berpada-pada. Jangan la bergaya sebab nak ikut orang lain. Itu akan menyusahkan diri sendiri cik adik oi...kalau mampu tak pe. Tapi ini kalau gaji cukup2 nak bayar utang kereta, bayar utang rumah, beli makanan utk sebulan lepas tu sibuk2 lak nak bergaya membeli brg mahal2...takde maknenya....

No hard feeling ye ...... sama-sama la kita saling nasihat menasihati ... xoxoxo

Sunday, March 6, 2011

Hari Minggu ini .................

Hari minggu seperti hari minggu yang sudah-sudah.......

Kadang-kadang bosan gak bila hubby tak selalu ada di sisi..kami bukan berjauhan pun, cuma dari pagi dia sibuk jaga kedai kadang-kadang balik malam. Erm.....entahla...sekali-sekala aku nak jugak spend petang minggu aku dengan hubby, lepak-lepak sambil minum petang..tengok pemandangan sawah padi di tepi rumah...

Aku memang nak ke kedai jengok dia, sama-sama jaga kedai dengan dia..tapi dia tak suruh, sebab takde tempat rehat, al-maklum..aku kan tengah mengandung. Tapi.....aku bosan la. Takde tempat aku nak tuju untuk melepak..takde cousin2 yang aku kenal untuk melepak...biasalah, kalau kita berada di tempat orang, agak susah sikit untuk membiasakan diri.

Erm...agaknya...petang ni...seperti biasa la. Aku akan merenung sawah sesorang jer...minum petang..entah, minum tak kira waktu pun....alahai hubby..miss you !

Puding Roti

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 4 keping roti, disapu mentega
  • 450ml susu segar
  • 3 biji telur
  • 25g gula
  • 1 sudu besar tepung kastard

Cara-cara

  1. Potong roti sesuka hati dan susun di dalam loyang.
  2. Panaskan susu di atas api(jangan sampai mendidih).
  3. Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu yang telah dipanaskan.
  4. Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati.
  5. Tuang campuran atas susunan roti. Biarkan selama 15min supaya roti kembang.
  6. Bakar 20-30min pada suhu 180. Kemudian sejukkan

Hikmah Melihat Wajah Orang Yang Kita Sayang Sedang Tidur....





Okey...kita share2 la info baik untuk mengasah minda kita agar berfikir dengan lebih mendalam plak hari ini. Artikel ni aku copy dari notes yang kawan aku sharekan dalam facebook. Makin lama baca notes yang dia share hati semakin terharu...jom kita baca....



Hikmah Melihat Muka Orang Yang Kita Sayang Sedang Tidur....
melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur... .. Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka... ..

Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.

Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

--->  Herrrrmmm....pernah ke korang tengok wajah orang yang korang sayang semasa dia tido? Aku memang selalu sangat perhatikan wajah orang-orang yang aku sayang sedang tido..contohnya wajah hubby aku masa tido...wajah mak dan ayah aku bila mereka tertido masa tengah tengok tv...wajah anak-anak buah aku...wajah tu nampak bersih jer..okey..kita sambung lagi k!

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. ... Lihatlah ibu anda... . Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

---> Part ni yang buat aku sebak sangat. Tak sedar plak mengalir air mata kat pipi. Sebagai anak yang pernah melalui zaman-zaman remaja yang penuh kegilaan, aku memang tak pernah terkecuali dari buat silap. Tapi bila usia dah semakin meningkat..kita akan semakin pandai berfikir sendiri. Betul la bak kata orang..pengalaman itu adalah guru terbaik untuk mengajar kita.

Ibu dan ayah kita ... pernah kita terfikir ke sebagai anak-anak, adakah kita mampu membalas jasa mereka..? Erghh...tak dapat mengomel panjang lak kat sini...nanti makin deras lak air mata ni mengalir. Anak2 kat luar sana tu, ada masa cubala perhatikan wajah orang tua kita semasa mereka sedang tidur, nilaikanlah apa yang telah mereka lakukan dan korbankan untuk kita. Mungkin kadang2 mereka tak dapat hulurkan kemewahan untuk kita, tapi bukankah hidup kita serba lengkap dengan sikap mereka yang kaya dengan kasih sayang...okey...next !


Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu... Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.

Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah Tak lain adalah KITA... ..

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "

---> Jadi...mari kita sama-sama fikirkan.................jangan asyik dok tengok muka sendiri kat cermin mengira bintik2 kat muka..kira biji2 jerawat jer......sekali sekala perhatikan lah wajah insan2 yang kita sayang okey ...!


Hahahaha.....korang pernah rasa tak ada bos yang korang tak suke? Yang tegas sangat ? Pemarah..? Hah...curi2 la tengok dia tido kalau berpeluang..hahaha...macam kat atas ni........tapi, mana ade bos pernah tertido dalam opis kan..? Ada ke..? Ada...? Hahahaha

With Love!
- xoxo -

Thursday, March 3, 2011

HONEY CORNFLAKE ( My version la...)

BAHAN-BAHAN:

1. 125g mentega ( butter )
2. Cornflake ( sekotak kecil yg 250g )
3. 1/2 cawan gula halus ( kalau tak nak manis sangat boleh kurangkan )
4. 5 sudu makan madu ( secukup banyak yang anda mahu.. :) )
5. Papercup ( yang kecil-kecil tu )
6. Bahan-bahan untuk hiasan tambahan ... boleh guna chocolate rice ( coklat / warna-warni ), ceri yg dipotong2 halus..ikut suka anda )

CARA-CARA :

1. Mula-mula cairkan mentega, lepas tu masukkan gula.
2. Apabila gula dah larut dalam mentega, masukkanlah madu.
3. Bila semuanya dah bergaul sebati...masukkanlah cornflake dan gaul perlahan-lahan sehingga semua cornflake tu bersalut dengan bahan madu tadi.
4. Setelah semuanya bersalut madu, bolehla sudukan cornflake tu ke dalam mangkuk kertas. Taburkan hiasan tambahan di atas cornflake.
5. Selesai.............bolehla masukkan ke dalam bekas kedap udara bila cornflake dah sejuk sikit.
*** ada gak yang bakar lagi dalam oven selama 5 minit, kemudian baru masukkan ke dalam bekas kedap udara, tapi saya simple je....tak yah bakar2...cornflake tu dah cukup sedap dah...

Selamat mencuba ye.......

BISKUT MAKMUR


BAHAN DOH:

  • 500 g tepung gandum
  • 1/2 tin kecil minyak sapi
  • marjerin ( kalau nak... )



  •  INTI:

  • 200 g kacang tanah ( Untuk yg tak nak kacang, boleh skip kan kacang ni..)
  • gula pasir secukup rasa
  • gula aising / gula pasir yang dikisar halus untuk disalut pada kuih

  • *** Resipi simple versi saya : Gula aising mix dengan susu tepung nespray (secukup rasa) utk salut pada biskut bila dah masak...rasanya memang ummmph...2tahun lepas buat cara ni, anak2 buah habiskan biskut tak sampai sehari..

    CARA-CARA MEMBUATNYA:

    1. Tepung gandum disangrai di atas api yang perlahan, sejukkan lepas tu diayak.
    2. Kemudian masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati...campuran akan jadi berderai.
    3. Masukkan marjerin juga sedikit demi sedikit , uli hingga menjadi doh yang lembut.
    4. Bentukkan doh mengikut bentuk kesukaan anda sama ada bulat2 atau bujurkan (isi inti sapa nak yang ada inti). Bakar pada 160 darjah celsius selama 20-25 minit....atau hingga masak
    5. Bila dah masak, golekkan atas gula aising.
    6. Cara buat inti...goreng kacang tanpa minyak, buang kulit, blend jangan halus sangat tau pas tu campurkan gula pasir.
    Okey. Untuk yang berminat, selamat mencuba k. Kadang-kadang buat biskut ni ikut kemahiran tangan masing-masing, pandai-pandaila kita adjust resipi tu ikut suka kita, yang penting menjadi. The biggest secret of good cooking is...cook with your own recipe..

    xoxo


    Jom...kita share resipi..........macam-macam ada.......

    Okey....aku suka makan...aku suka masak...aku suka makan apa yang aku sendiri masak, aku suka makan masakan mak aku, dan aku paling suka sup ayam special yang ayah aku selalu masak.

    Aku suka makan seafood...tapi dah masuk 6 bulan pregnant ni, lama dah aku takde g makan seafood pun. Ergghh..melalut la pulak. Jomla...aku nak buat entry untuk resipi la plak. Ada resipi ni aku ubah suai ikut cara yang aku pernah masak/buat hidangan tu k. Mintak maaf la kalau gambar takde...mak aku dulu-dulu simpan resipi pun takde yang bergambar sakan...contoh paling baik, resipi semua hand writing..dalam sebuah buku jer ... ( mak...aku rasa aku dah hilangkan buku resipi kek lapis mak la...hukhukhuk )


    Wednesday, March 2, 2011

    I Miss My Hometown....

    Bila tengah2 mlm macam tok, mula la banyak berfikir before nak tido. Sebenarnya aku malas nak buka laptop aku, asal bukak jak laptop ku, mula la aku nangga gbr2 yang ada dalam laptop aku. Huhuhu...for sure la, menatap gambar dak family member di Miri..anak-anak buah aku, aku rindu nak dengar sora2 gaok daknya ngaco aku, bunyi sora tetak daknya. Lamak sik jumpa daknya 3 ya..dolok time di Miri, walaupun daknya sik la selalu bersama dengan aku, tapi atleast 2 minggu sekali mesti akan ada jumpa daknya.Mun tauk daknya ada balit kpg...confirm aku akan carik masa untuk balit kpg bila aku offday. Dah kumpul di kampung ramei2, suka angkut daknya jalan-jalan k keta aku mpun, mbak g kedai jalan2..beli kopok sikit..makanan sikit..mbak main...suk hati mun nangga biak kecik tok happy.

    Sepanjang aku d KK, aku selalunya busy dengan kerja aku ajak bila siang hari...tapi malam2 tetap ku rasa sunyi. Rindu ngan laki aku yang d kampungnya nun..tp hakikat dah kawen, sik semestinya mun kt dah kawen akan sentiasa bersama, mungkin tok la pengorbanan aku..terpaksa berjauhan dari family mpun.. dan berjauhan juak dari laki aku selama 4hari dalam seminggu.

    Mun ku nangga gbr dak family aku di rumah sewa aku di miri dolok, startla aku rasa sedih. 2 tahun lebih aku stay di rumah sewa ya, dengan family yang on  and off ajak stay ngan aku. Most of the time aku stay sorang-sorang. Except lepas aku kawen, baru ada adik aku stay dengan aku sebab aku dak peknen..dan masa ya laki gik jauh dari aku...

    Masa before transfer ke KK, aku selalu mikir..adakah aku ready nak berjauhan dengan family aku..? Readykah aku nak berjauhan dengan anak2 buah aku, dengan mak bapak aku...? Sememangnya aku bukan 100% ready pun. Tapi aku buat semua tok sebab ngenang laki aku, tempat seorang isteri adalah di sisi suami...

    For my dearest family, tq so much sebab before tok (before aku kawen)..kitak orang sentiasa ada by my side, susah senang kita bersama..aku bersyukur juak, kesusahan yang pernah aku alami mengajar aku untuk menjadi seorang yang bersyukur dan sentiasa menghargai orang2 yang aku sayang..org2 yang sayangkan aku. Jatuh bangun keluarga kita, susah senang keluarga kita..biar gney dolok2 org pernah mencela, menganok, mengata kekurangan kita...kita tetap kita...

    For my hubby, I love you so much....thanks....coz ktk accept kmk seadanya, yg penting..ktk terima juak keadaan keluarga kamek seadanya. Family ktk family kmk juak, mcm ya juak...family kmk, family ktk juak. Kmk harap kt akan hidup rukun bahagia...dan kamek harap kmk akan dpt menyesuaikan dirik dengan cepat di tempat tinggal baru kmk tok.

    p/s: Pesanan buat anak2 di luar nun ... ingatla, jgn membelakangkan mak/bpk dalam setiap perkara yang kita buat...sik kira gney kekurangan daknya, percayalah...daknya penjaga kita yang terbaik sebelum kt melangkah ke alam rumah tangga. Especially untuk anak-anak ompuan...bukan senang makbapk nak jaga kita wpun kita hanya seorang..

    Thursday, February 24, 2011

    Aku tak sempurna ..... mari kita membebel...

    Sempurna itu Perfect....Perfect itu Sempura ! Samalah maksudnya ya ngeng! Hahaha....tapi, masing2 ada pengertian sendirik tentang maksud sempurna. Oleh kerana aku perempuan, jadi persoalan utama semestinya apakah lelaki sempurna untuk aku. Alalalala....for sure la my hubby adalah lelaki sempurna dalam hidup aku. Mungkin nya ada kurangnya di mata orang lain, tapi nya cukup sempurna di hati aku.

    Sempurna yang macam ne? Aku ajakla tauk gney sempurnanya laki aku. Complicated bah nak explain. Mun tak orang nak tanya aku .....
    1. Adakah lelaki tampan itu sempurna .....? Semestinya jawapan aku TIDAK. Why..? Entah...cuma aku rasa tampan bukan syarat utama untuk jadi lelaki perfect di mata wanita.

    2. Adakah lelaki kaya itu sempurna.....? Pun jawapan aku adalah TIDAK. Why...? Erm...sama juakla macam alasan no 1 ngan alasan no 2 ..... kaya bukan syarat utama untuk jadi lelaki sempurna.

    Errggh, byk gik bah soalan sebenarnya. Tapi aku memang ada pandangan yang complicated terhadap seorang lelaki. Errr...buat apa nak membebel panjang...aku kan ada lelaki sempurna dalam hidup aku. Nya sempurna dalam kekurangannya....yang aku terima seadanya...

    Okey, tukar cita lok lah. Adapun ya tek mukadimah of the day jak....

    Hari tok tadik keja mood aku ada kaco kit. Ku eran ompuan cinone lam opis sebelah kmk orang ya, kenaknya macam sik beradap gilak. Hiissshh..aku tok peknen, bukan bagus nganok orang. Aku sik bencik nya, cuma aku terkilan nya sikap sik beradap nya ya. Kesahnya mcm tok....

    Adapun aku tek nak scan beberapa invois, nak emailkan kepada department lain untuk buat PAI. Aku dah scan 3 helai, ompuan cinone ya berdiri rapat di belakang aku, kuang-kuit. Aku pun heran..nya pahal macam ya gilak. Susah kah nya nak padah ... " boleh excuse sekejap ka saya mahu pakai mesin fotostat...?" atleast nya padah macam ya ngan aku, sik juak rasa manas aku datang. Tok aku gik negurnya bait2, tanya nya ..." u mau fotostat ka?" nya terus jawab "ya"...alu ketepilah aku tek. Sikda madah apa2 terus jaknya kenselkan apa yang aku scan, ilek2nya fotostat d mesin yang sama ya. Apakah.........????? Dah habis fotostat alu pergi mcm ya ajak. Madah makseh pun sikda.

    Hnnsssshh....rasa nak berasap jak idong! Ya bok nok 1st. Ada gik kali kedua, sik lamak pas ya aku kenak gik dengannya. Kali ya nya motong Q fotostat juak. Yeaaargggghhhhhh....rasa nak ku lempang2 hempas2 tukuk2 jak.

    Dah dari awal aku transfer sia, nya sik pernah tegur aku (aku sik kisah, sikda urusan nya sik tegur pun sik hal...nya sik sama department aku pun...) ... nya sik pernah senyum dengan aku (sik kesah...mun senyum kali guguk duit 5juta dari mulutnya ) .....tapi bila part2 sik beradab tok paling aku sik suka. Hnnnnssssshh......sik mok ceta gik eh! Mentang2 aku amatur tak org nak buli aku habis-habisan la. Nunggu ajak...aku kumpul pengalaman lok.....ingat jak kata2 aku tok...roda ya bulat!!!!


    Nok apakah........? Blueeekkkk.....


    Wednesday, February 23, 2011

    Pening..............

    Aku nak bercerita panjang sebenarnya tok, tapi palak ku pening gila babas......2 hari dah pening, ku rasa entam leh bau bangkai tikus mati atas siling opis kmk orang ya kali. Nang sememangnya bau bangkai sangat tidak baik untuk kesihatan. Marek balit rumah ku mandi sampe bercuci rambut....gik juak melekat bau ya kat idong ku...ney sik kotan dah seharian cium bau ya bekum lam opis...

    Hari tok tadik 2nd day bangkai tikus ya masih lagik ada di atas siling opis. Geng seopisku si Ve termuntah-muntah jak dari pagi cium bau bangkai ya. Nasib la sidak nok jadi 'csi' yang di call oficer kmk orang ari marek ada dtg mengesan crime scene bangkai tikus ya....ish...ish..nasib bukan atas siling direct di bahagian kmk orang...nya di siling belah nun gik.....teres nembiak ya, sik sampe 5 minit nya jumpa bangkai tikus ya. Huiiiyoooo.....besar owh........

    Alhamdulillah la...bangkai tikus ya dah sikda...ku harap esok boleh keja dengan tenang dan aman. Banyak gik keja nak kenak polah......harap sikda la yang mengganggu. Cuma ku riso pening palak ku tok ajak sik habis-habis........takut melarat indah ku high blood lak...dah juak aku tok peknen....

    xoxo

    Tuesday, February 22, 2011

    What a life................

    Kadang-kadang memang bosan ..... rutin harian hidup seakan sama ....... erm..malam-malam online check facebook. Kenapa ekkk facebook macam wajib nak kene check, padahal......facebook tak bagi jawapan untuk exam pun (untuk student la..) facebook tak bagi komisen pun untuk setiap klik2 kita kat profile orang...untuk setiap komen yang kita taip...kadang-kadang facebook memang membosankan, tapi...dah tahu membosankan kenapa masih juga nak check facebook..? Ada apa dengan facebook ni....? Agak-agaknya jampi serapah apa yang pencipta facebook gunakan sampaikan kita semua macam 'angau' kat facebook. Sehari tak tengok facebook...bagaikan mandi tak basah, tido tak lena...makan tak kenyang...

    Apa baiknya facebook? Mula-mula jejak kasih (cari kawan-kawan lama), lepas tu mencari kekasih...nasib baik bertemu jodoh dalam facebook bolehla bawa ke jinjang pelamin (Alhamdulillah..........) tapi yang tak seronoknya tak kurang banyaknya rumah tangga yang hancur kerana facebook akibat dari 'menghibur hati' yang sunyi di dalam facebook. Alahai...pendek kata...macam-macam ragamla dengan facebook ni.

    Untuk yang berbisnes dan mempromosi bisnes masing-masing menggunakan facebook, itu memang satu langkah yang bijak. Sebab...promosi guna facebook tak ada dikenakan bayaran. Tapi...ada tapinya lagi....ada gak penjual yang 'terlalu' sangat aktif 'tagged' kan kita kat gambar-gambar produk yang mereka jual. Aduhhh...kadang-kadang merimaskan..........sekali sekala tak apa ler.....tapi sekejap-sekajap dia tag gambar...hurraagggghhhhh.........

    Apa lagi gunanya facebook? Korang ada tak motif lain selain dari cari kawan-kawan lama....contoh motif lain...nak skodeng-skodeng EX-gepren/ EX-boypren korang...? Ada tak...? Ada tak...? Hihihihi....baik-baik kalau nak skodeng, jangan sampai sakitkan hati sendiri, jangan sampai hubungan lama bertaut kembali. Kalau sekarang ni korang sama-sama masih single dan available...itu tak pe....tapi kalau masing-masing dah ada hidup sendiri, keluarga sendiri.....baik tak payah...! Biarla berpada-pada ok!

    Okey....aku sekarang ni tengah buat satu blog baru, khas untuk aku publishkan hasil tulisan aku. Aku ada 2 full manuskrip yang tak pernah diterbitkan di mana-mana syarikat penerbitan, jadi...ini hasil tulisan yang biasa-biasa sahaja...hasil tulisan yang sederhana, dari seorang 'unknown author' seperti aku...setakat ni aku dah masukkan 4 bab karya aku dalam blog tu. Kalau nak baca silalah klik http://nukilansitulip.blogspot.com kat sana la aku publishkan karya-karya 'tak ternama' aku.

    Mesti korang tertanya kenapa baru sekarang nak publish..? Sebenarnya aku dah terlalu lama kekeringan idea nak menulis. Manuskrip yang aku publishkan ni pun....aku siapkan dalam tahun 2004. Lepas tu hidup aku ada kucar-kacir sedikit...semua jadi tunggang langgang dan aku pun dah takde idea untuk menulis atau menaip.

    Okey....stop plak pasal manuskrip. Jom kita bercerita tentang telefon bimbit atau dalam bahasa mudahnya henpon! Hahahaha...yalah, pagi tadi sambil aku driving gi keja, sempat jugalah mendengar satu perbincangan menarik dalam radio. Pasal budak-budak sekolah zaman sekarang ni yang majoritinya dah ada telefon bimbit, paling dasyat sampaikan penggunaan telefon bimbit mengganggu tumpuan pelajar di dalam kelas kerana masing-masing sibuk 'bersms' sesama sendiri.

    Zaman aku baik dari sekolah rendah, sampai sekolah menengah...aku tak pernah la ada henpon. Membeli henpon tu di luar kemampuan keluarga aku. Masa sekolah menengah tak pernah mimpi or simpan niat atau angan-angan pun nak beli henpon. Lagipun masa aku sekolah menengah, penggunaan telefon taklah 'seglemer' sekarang. Semestinya masa itu henpon hanya untuk keluarga-keluarga berada sahaja. Zaman sekolah menengah aku adalah zaman surat-menyurat, takde email-email, takde internet2, takde facebook, takde henpon.....semua yang basic-basic....tapi zaman sekolah tu tetap cukup menyeronokkan.

    Agaknya budak-budak zaman sekarang semua berhenpon sebab harga henpon semuanya murah-murah. Seingat aku, henpon pertama yang aku ada adalah telefon Sony Ericsson flip tu (dalam tahun 2000)..itupun aku beli semasa terima PTPTN, niat aku cuma supaya mak ayah senang nak call aku. Harganya..mak aiiii...rm900+, dahla skrin kecil jer...takde sms...cuma untuk call jer...ermmm...lepas tu tak lama mana telefon tu rosak lak...jadi lepas tu lama aku tak berhenpon.

    Sekarang ni pun aku tak de la update sengat pasal telefon bimbit. Aku guna sekarang ni pun cuma Nokia Classic jer....sedangkan majoriti orang lain dah guna Blackberry, Iphone4...yang 3g...4g semuanya. Argghh..biarlah, ada rezeki lebih kita belila telefon yang mahal-mahal. Setakat ni...apa yang ada tu pun dah cukup. Biarlah kalau orang nak cakap aku cikai ke...apa ke...jadi hidup aku bahagia. Huhuhu...tapi yang seronoknya...bila balik kampung berkumpul ramai-ramai dengan sanak sedara, waaaaa...tengok telefon kazen-kazen aku yang masih sekolah menengah tu.......semuanya jaoooooh lebih canggih.

    Erm....apa nak buat? Kita harus terima hakikat budak-budak zaman sekarang dah makin canggih. Aku dulu membesar tengok mak ayah tanam padi...budak-budak sekarang mana ada tengok mak ayah tanam padi......

    Okeyla..melalut dah...................................

    Saturday, February 19, 2011

    Yeaaasssszzaaaa.....dapatla guna profile blog baru...

    Hehehe...........entah berapa jam aku ngabis masa dari tadik memperbaharui rupa profile blog aku. Bukan apa...lejuk ku nangga profile lamak aku...rasa nak muntah jak aku lejuk...(mesti baby lam perut aku tok yang melebih lejuk sebenarnya...)

    Lately aku selalu surf blog orang lain..bukan sebab aku nak skodeng-skodeng kisah idup orang, tapi aku banyak surf online blogshop la. Aku suka nangga blog-blog jual tudung..jual shawl...polah research la tek kunun...semenjak aku downgradekan dirik aku keja office hour tok, aku tauk gaji aku memang ciput. Huhuhu..sebab ya aku nak mikir cara lain k oleh extra money. Laki aku memangla ada...tapi, sik salah nak cuba mencarik duit sendirik, asal jangan buat benda-benda haram udahla. Sikkan jual tudung pun harammmm.........? Hek eleh....sapa madah ku nak jual tudung tok....??? Isk...iskk...issskkk....

    erm...430 pm dah jam. Ku rasa aku nak dudok di beranda rumah di luar ya ambik angin. Cuci mata nangga sawah padi lok. Almaklum....sebelah pagar rumah alu ada sawah padi. Best ada jak kampung tok. Kadang-kadang bila nangga sawah padi tok mesti ku ingat life aku time kecik-kecik dolok...betapa happening hidup time jadi budak-budak kecik. Sikda perlu diriso, dipikir...tapi dah tua bangka tok banyak benda nak dipikir. Macam yalah rupanya rasa orang tua kita gago mikir nak ngidup kita dolok-dolok....bukannya senang...!!!! Apatah lagi aku, ibarat kata orang...jaga anak ompuan memang susah, senang gik jaga kambing sekandang...aku pun tergolong juak dalam ompuan sorang nok susah dijaga ya...

    Eh..eh...lak la aku sambung kisah idup zaman budak-budak aku ya. Alu panjang berjela ceta aku lak...


    Caiyok-caiyok Ratna! Carik idea nak berbisnes lok. Modal oh modal....mana nak carik modal......huragggghhhhh.........


    xoxo

    Biar la berpada-pada......

    Herm......hari sabtu, aku bergoleng-goleng jak di rumah tok mengonlinekan dirik. Nak ekot laki ku g jaga kedai tek, sik kenak suruh. Lak mun ngantok, susah nak baring katanya sebab di bilit rehat kedai ney ada tilam, cuma ada carpet tebal ngan bantal ajak..selain meja-meja dan kerusi rehat. Huhuhuhu...mula-mula tek aku berkeras nak ikut sebenarnya..tapi bila fikir-fikir balit, benar juak la kata lakiku ya. Pregnant 6 bulan, perut dah makin besar...aku ney dapat baring atas carpet jak.....sakeeeeeeeeet pinggang aku!

    Jadi aktiviti hari sabtu aku....rehat-rehat sambil online di dalam bilit. Hehehe..mok masak pun..tadik gik aku dah masak nasi dengan sambal petai goreng. Sempat gik laki ku makan nasi before g kedai (tak orang jangan confuse..laki ku lambat g kedai..before kol 12 tek...hehehe), baju awal-awal pagi dah cuci...rumah dah kemas..ermm....nothing else to do la sebenarnya..

    Eh...berbalit-balit jak ceta intro ya tek. Apa-apa ajaklah. Apa aku nak cita tek sebenarnya ooowh.....haaaa.....pasal tajuk 'berpada-pada' ya tek....

    Berpada-pada...bukan apa ya sebenarnya. Aku kan ada facebook...aku suka baca-baca status nok di update dak member-member dalam ya. Bukan la aku nak mengomen lebih-lebih, cuma sekadar pendapat peribadi aku. 

    Aku ada baca, pasal komen orang lain lebih-lebih. Dalam erti kata lainnya...daknya mengata orang ya tek la, dan semestinya aku pasti....orang yang 'dikata' daknya ya sikda fb, mun sik daknya sikkan akan mengata daknya berhabisan macam ya...

    Erm..kadang-kadang kita boleh bencik orang, sakit hati dengan perangai orang. Biasalah nak, sik semua pun perangai orang yang kita berkenan. Bak kata orang..sedangkan lidah lagi tergigit..apatah lagi dalam berkawan...dalam geng sekerja..tapi mun kita nak mengata orang ya biarla berpada-pada. Ergh...malas mok cakap lebihla...sapala aku...haha...kadang-kadang aku pun buat silap juak.

    Kenak di Sabah aku susah nak dapat makanan Sarawak Oooo...???? Bengong sik soalan aku...???? Hahaha....memang la susah nak dapat Ratna oooiii.....mun di Sarawak pun susah juak nak dapat makanan Sabah. 

    Aku pernah nak tetak bila terdapat kekeliruan dalam pemahaman aku tentang nama-nama makanan di Sabah sampeikan aku pernah bersoal jawab dengan lakiku di depan makanan. Kamek 2 tek makan la di salah sebuah kedai makan di dalam Center Point ya...aku tek order la soto (baru nak merasa soto tek sebenarnya...giney la rasa soto yang selalu laki aku ceritakan dengan aku ya...) dan laki ku order la rojak daging. Menunggu la aku dengan perasaan penuh excited tek. Bila sampe makanan tek, terkejut aku. Alu ku tanya laki ku (laki ku pandei kelakar Swk ok...eboh heran...)
    " Daddy..kenak mihun sup tok? Ney soto..?" Telan liur ku nangga. Sikkan salah order???
    " Yalah soto.." Jawabnya selamba. Aku telan liur gik, sik puas hati eh....
    " Mihun sup bah tok, bukan soto...." Berkerut kening aku. ( sayang aku sik ambik gambar soto ya)
    " Sik. Tok la soto...makan ajakla...." Ilek-ilek orang mude ya menjawab. Malas la kali ya melayan perangei pengitok aku ya. Sirup-sirup ajakla aku makan soto a.k.a mihun sup ya tek...huhuhuu.

    Pas ya sampe gikla makanan nok diorder laki ku, rojak daging. Lagik sekali aku terkejut.
    " Aiii....rojak apa ya?" Besar mata ku nangga mi dan daging dalam pinggan.
    " Rojak daging la tok.." Jawab laki ku sambil tangannya bukak tisu nok membungkus sudu/garpu ya, ready dahnya nak makan.
    " Ada gik rojak daging....mi jawa bah ya..." Nengkar gik aku. Benar bah.......nang kedak mi jawa! Mi kuning ya, engkah kuah berkacang pekat....engkah daging...(sayang aku sik ingat ambik gbr juak..)
    " Sik..rojak tok..."  

    Friday, February 18, 2011

    Midnite post again...........

    Awal2 pagi dah hoh.....erm.......ya ku malas. Tadik ku tertido dlm jam 930pm....terbangun kol 1145pm mcm ya, hasilnya kinek tok mata aku sik mok tido dah. Huhuhuhu....


    Panas alu jak rasa badan aku. Padan pun hari ya adik ipar aku selalu ceta time peknen...bila perut dah makin besar..badan selalu rasa panas especially malam time tido. Benar la bagai yang di kata...hohoho...tersangat la panas dan tidak selesanya saya. Dah perut makin membesar, tido dah sik dapat nak meniarap (cara tido kegemaran saya ini...hahaha)...tok tido mengiring ke kanan dan kiri pun dah sik selesa gilak dah. Salah cara tido berasa si budak kecik dalam ya bergerak. Jadi mok sik mok...tido la menelentang.

    Alkisahnya hari ya aku g scan. Mcm yang aku padah before tok, aku ada appointment jumpa doktor d klinik kerajaan on the 16th Feb....utk scan kononnya. Appointment dalam kad merah ya ditulis kol 9am...dtg la aku before 9am ke klinik. Sekali nangga...di klinik punya la ramai manusia. Ku ingat tek sik la semua ada appointment dengan doktor...dari kol 9am ya aku nunggu turn sampei la kol 1130 baru ku masuk bilit jumpa doktor. Masuk2 tek nak bilit doktor...terus kenak suroh baring atas katil ya, get ready untuk scan.

    Dah doktor ompuan ya tek sapu ntah apa2 liquid ntah atas perut aku, nya pun scan la perut aku. Nah...tok la hasilnya.................jeng...jeng....jeng............


    Yalah tek gbr baby in my tummy. huhuhu...any komen ke...??? Hehehe...sebenarnya aku nak tanya doktor ya apa jantina anak aku, kata orang mun dah 5 bulan lebih boleh dah nangga jantinanya. Tapi doktor ya punyala cepat scan sia scan ctok...aku sampei sik tertanya. Cuma aku sempat madah ngan doktor mcm tok ajak...
    " Doc....boleh saya ambil gambar yang di scan ini ka...?" --- cakap slang campur la sudah..hahaha
    " Ndak dapat ni, klinik kita miskin sudah..." Jawab Doktor ya dengan muka penuh selamba. Aku dapat teka dari jawapannya ya tek, nya pikir aku mintak print gambar yang discan tok.
    " No la doc....saya cuma mau ambil gambar guna my hp.." Jawab ku lagik.
    " Oooo.....guna kamera sendirik boleh la....baby ko jugakkan..mesti ko mau ambil gambar dia.." Aho~aho juak doktor tok..dannya pun tinggalkan aku sekejap...dan aku pun ambikla gbr cgek k berik tayang ngan laki aku ( ku suruh laki ku balit rumah sementara nunggu aku habis check sebenarnya...kesiannya cangok-cangok nunggu aku dari kol 9am..)

    Tapi ada frust kit aku nangga gbr scan tok sebenarnya. Before tok aku pernah 2 kali scan d private clinic. Aku nampak whole body baby aku....tp scan d klinik kerajaan, aku nampak sekerat-sekerat....( see the picture pleasssse....) dan aku pun membatalkan niat aku nak tanya jantina anak aku tek. Next time jak la...scan kat private clinic jak...huhuu...

    ya ajaklah. Nak mejal mata tido lok.

    xoxo

    Wednesday, February 9, 2011

    Am i busy enuff...???

    Erm........tick tock rick tock.........jarum jam sudah pun menunjukkan pukul 2am. Cant sleep oredy! Huhu..bukannya apa...tadi pukul 8mlm dah tertido. Ingatkan nak baring berehat jer, nah......sekali tertido sampai terbangun pada pukul 1130pm. Sekarang mata terus tak nak lelap.

    For month of February...aku dah ada jadual cuti. 14 Feb terpaksa minta cuti sebab nak pegi Klinik Putatan untuk check darah. Last month check di klinik desa petagas..dorang suruh pegi Klinik Putatan untuk check darah kerana 2 sebab:
    1. Oleh kerana aku baru transfer, dorang check la rekod2 dalam buku merah rawatan aku tu, menurut kata dorang kat dalam buku tu tak ada diletakkan keputusan pemeriksaan darah aku yg di ambil semasa mula-mula mengandung dulu. Sebenarnya....aku pun tak paham...mcm mana boleh takde ekk..? Suppose boleh pun buat blood test kat Klinik Petagas tu, tp equipment utk blood test tu dah habis. Aku pun ok-ok jer...
    2. Oleh kerana medical equipment d Klinik Petagas dah habis, jadi kenalah buat susulan ke Klinik Putatan. Semangatnya aku dengan Hubby g klinik Putatan...sampai kat sana...nah...bolehnya staff situ bagitahu plak equipment dorang plak rosak. Adoooooh....apa la nak buat ni? sedangkan aku perlu tahu blood test punya result tu nanti sebelum my next appointment with doctor on the 16th Feb. Jadi staff kat situ pun bagitahu..."awak datang la sini lagi sebelum 16 tu..." - alahai...senangnya berpesan. Aku ni orang keja office hour, ingat senang ke aku nak kuar masuk opis sesuka hati..? Jadi mahu tak mahu kenalah aku ambil cuti on the 14th (bukan nak celebrate Valentines ok!) sebab 15th tu dah PH...dan 16 tu aku dah ada appointment dgn doktor.

    16th pun sehari cuti dah diluluskan, mcm tu jugak 28th nanti...cuti pun bos dah luluskan. Nasibla bos memahami...senang-senang jer dia approve my leave. Nak buat mcm mana bos...saya minta cuti bukan utk suka-suka...saya peknen ler....hehehehe....saya kena pastikan me and my baby oways sehat2.

    -- Dah sunyi pepagi buta ni, mesti aku teringatkan family lagi. Bukan aku tak rindukan hubby yang berada di kpg Bongawan, tp hubby aku dah consider dekat berbanding family aku. Dulu sebelum kawen...aku d Miri, hubby (yg masih tunang mase tu) jauh di sabah..tp aku tak la sesedih ni. Agaknya memang betul kata hubby aku, aku ni anak manja!

    Nak kata aku tak pernah berjauhan dari family, tu memang tipula. Sebabnya..dulu aku pernah study d Kuching, pun consider jauh dari Miri, tapi aku masih boleh tahan lagi. Takde la emo-emo sedih macam sekarang. Balik cuti pun 5-6 bulan sekali semasa semester break.

    Agaknya...mungkin kerana few years back, masa aku tengah susah yang amat sangat, masa hidup aku berada dalam keadaan hampa yang amat sangat..mak, ayah dan adik-adik la yang berada paling hampir dengan aku. Especially my mak and bapak...masa aku susah..masa aku sakit berbulan-bulan...masa aku kena dumb like a stupid ever person in this world, mereka la yang tetap sayangkan aku seadanya. Sedihla....kerana aku, maruah mereka tercalar.. (Ya Allah Ya Tuhanku, Permudahkanlah kehidupan orang tuaku, senangkan perjalanan kehidupan mereka, murahkanla rezeki mereka...jauhkan la mereka dari manusia-manusia lain yang akan mencalarkan lagi maruah mereka...)

    Dulu aku seorang yang degil, ego....bila mak cakap 'no' aku lawan. Bila ayah kata 'itu tak sesuai' aku ingkar. Tapi inilah pengajaran hidup...pandangan mata orang tua memang tajam. Bila mereka sentiasa menentang apa yang kita buat, that's mean memang ada something wrong la tu.....lama-lama benda yang kita akan buat tu tetap tak akan menjadi. Sebab tu orang cakap, restu orang tua tu penting....baru hidup kita berkat!

    Aku sayang sangat kat anak-anak buah ku sebab aku suka budak-budak. Dengan merekala aku menumpang manja. Masa aku sedih mereka la yang menghiburkan aku. Aku pernah terbaca komen seorang lelaki yang bergaduh dengan gfnya dalam fb " budak kecik takde life...hisap puting je...dudok bawah ketiak .." - i'm realy2 not agree! Sangat-sangat tidak setuju. Itu adalah kata-kata manushia yang jahil (bagi aku..). Budak-budak la penyinar kehidupan..penyeri..penghibur..merekalah yang memberi kita kehidupan. Dan alhamdulillah..sekarang aku sedang mengandung 5 bulan...hopefully me and my baby sihat walafiat. Aku tak sabar mahu ada zuriat sendiri. Ofkoz aku akan sentiasa sayang anak-anak buah aku...

    Erm....240am dah.....nak tido la. Esok lusa la sambung cerita lagi. Da.........

    x0x0

    Monday, February 7, 2011

    I Miss My Family so much ......................

    Nothing much i can say .... just...... i miss my family so much..! Miss my mother, my father...my 3 little gangster :- Abdul Rauf Afran, Nur Iman Farhana and Nur Fatin Qahira ... my little brothers..... i miss them all..!


     Sebulan lebih dah aku berada d Kota Kinabalu, transfer ke new town setelah berkahwin. But so sad.... almost every nite aku sentiasa sedih, kadang2 menangis sendiri. Agaknya mungkin kerana aku selalu bersendirian. Org cakap kalau rindu, tengok la gbr.....tp aku.......tak mampu dah nak tengok gambar. Asal tengok je mesti menangis.

    Adakah ini homesick .... or sensitip gara2 mengandung...........?

    Apapun...........aku mmg rindukan family aku. Mak...ayah....i miss both of you!