Tuesday, November 17, 2015

Aromaterapi untuk masalah kulit - Part 1

As-salam...

Ok, untuk topik hari ni, kita nak share pasal aromaterapi lak. Actually aku bukanla expert sangat pasal aromaterapi ni, tapi since ada seorang kawan di fb share pasal aromaterapi, aku jadi tertarik nak tahu more about this aromatherapy. Tapi itulah...kawan aku ni beli set aromaterapi Young & Living .... harganya...fuuuuh...! Mantap ....

Nak di jadikan cerita, aku ni since last 5month ada masalah tangan alergik. Aku pun tak tahu alergic apa...tapi last time aku pergi klinik, doktor cakap tangan aku alergik detergent... jadi kena nasihat jangan mencuci, jangan makan seafood...jangan pegang cili... ergghhh....macam mana tu ? Aku ni mama budak... kalau aku tak mencuci, siapa nak mencuci... ?

Macam-macam krim aku cuba....aku dah pergi beberapa buah klinik (except aku belum pergi jumpa pakar kulit jer lagi )... aku kena bagi ubat tahan gatal...yang ada mild steroid... tapi aku tak boleh amalkan sangat sebab anak aku masih lagi BF. Aku pun tak tahan sangat makan ubat tahan gatal ni sebab aku jadi sangatlah mengantuk.

Puas gak aku google info tentang kulit alergic ni...macam-macam treatment macam-macam ubat...er....nantila aku share more detail pasal jari aku yang alergic ni ye....panjang sungguh ceritanya. Dan untuk aromaterapi ni, aku cuma nak cuba rawatan alternative lain yang tiada kaitan dengan bahan kimia.. bukan makan ubat..cuma more to natural way. Tapi....ada tapinya.....untuk aromaterapi ni...harga essential oil nya memang kaw-kaw jugak mahalnya... setakat ni paling murah aku jumpa E.O yang 10ml tu rm20+. Takde nye nak murah sangat.

Apapun aku try jugak carik info pasal E.O lain selain Y&L ni...sebab Y&L ni bukan jenis E.O yang mampu milik bagi aku... mungkin boleh try cari brand lain yang harga rendah sikit. Lagipun aku percaya bukan Y&L jer yang jual E.O. Apapun....keputusan kamu...dan kamu...dan kamu yang nak beraromaterapi tu terletak di tangan masing-masing nak pilih E.O yang kamu nak ye.... jangan ikut aku. Aku ni orang marhein... berbelanja kena berpada-pada sebab kerja gaji tak besar, anak dah 3...beli benda mahal ni macam pertaruhan gak...kalau mahal dan berkesan, alhamdulillah.... kalau tak berkesan.... nangis tak berhingus jadinya.... hahahahahaha...



Ok, jom kita godel info pasal aromaterapi. Ni aku share info yang aku jumpa dari webklinik DRJIM.
Harap bermanfaat untuk semua ya...mungkin boleh jadi garis panduan untuk kita yang baru nak berjinak-jinak dengan aromaterapi ni. Ni aku terjemahkan ke BM...dan aku tak ambil semua ayat dari web tu ye...kalau nak baca lebih detail sila klik web klinik DRJIM tu.


PENGERTIAN AROMATERAPI

Istilah yang digunapakai untuk proses penyembahan cara kuno yang menggunakan sari dari tumbuhan organic yang kemudiannya diubah menjadi minyak aroma terapi. Ianya digunakan untuk meningkatkan daya kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan, fikiran dan jiwa.


KOMPONEN AROMATERAPI.

Terdapat  2 komponen utama dalam oramaterapi iaitu Minyak Essential dan Minyak Carrier


A) Minyak Essential

Malas nak translate, ni ayat copypaste dari Web DrJIM...

Minyak esensial merupakan salah satu komponen di dalam aromaterapi yang berkhasiat yang diambil dari kantung kecil yang terletak di antara dinding sel tumbuhan.
Fungsi minyak esensial yang sangat berperan bagi manusia antara lain:
·         Melindungi pori – pori kulit dari angin
·         Melindungi kulit dari serangga yang mengganggu
·         Menyembuhan luka
·         Melindungi diri dari bakteri, jamur, dan mikroorganisme
·         Mengurangi penguapan air ketika suhu lingkungan meningkat yang mengakibatkan kekeringan pada kulit
Minyak esensial yang digunakan untuk tiga kebutuhan utama dalam kehidupan sehari – hari, yaitu : bahan pengolahan makanan, bahan kosmetika, dan bahan obat – obatan.
Contohnya : amrette seed, angelica, basil,bay, bergamot, birch, camphora, cedarwood, chamomile, citronella, cypress, eucalyptus, fennel, frankincense, galbanum, geranium, ginger,jasmine, juniper, laurel, lavender, lemon, lemongrass, lime, mandarin, magrigold, marjoram,mimosa, myrrh, neroli,orange, patchouli, peppermint, petitgrain, pine, rose, osemary, rosewood, sage, sandalwood, spruce, tarragon, tea – tree, thyme, valerian, violet, yarrow, ylang – ylang, dll.


B) Minyak Carrier

Minyak yang digunakan sebagai pelarut minyak essential. Minyak essential tidak dapat digunaka secara direct kerana mempunyai kepekatan yang sangat tinggi. Jadi maknanya kalau nak sapu pada kulit kena mix E.O dan C.O ni... tapi ada sukatan tertentu.

C.O ni pun ada banyak jenis contohnya minyak almond, apricot, canola dan banyak lagi.


PENGGUNAAN MINYAK ESSENTIAL :

A) Kulit Normal

     - untuk mendapatkan kulit halus, jarang berjerawat dan mengelupas.
     E.O : Kemenyan, Rose, Jasmine, Geranium, Lavender, Neroli
     C.O : Almond, Apricot, Olive, Jojoba, Sunflower Seed, Wheatgerm, kacang kedelai ( Kacang apa tu...???)


B) Kulit Kering
    - Kulit nipis, pori-pori halus, tegang setelah dibersih dengan sabun, mudah mengelupas dan mudah timbul garis-garis penuaan.

    E.O : Sandalwood, Rose, Jasmine, Neroli, Charmomile, Geranium, Lavender dan Rosewood.
    C.O : Almond, Evening primrose, jojoba, biji gandum, olive dan minyak avocado.




Erggghhh ..... nanti-nanti la sambung lagi ye....banyak lak kerja.









Monday, November 16, 2015

Meatball Carbonara + beef lasagna

As-salam...

Hahaha....gempak tak tajuk post...? Hihi...

Ok kali ni aku nak share resepi meatball carbonara plak. Dan berkaitan dengan tajuk post tu, sebenarnya aku guna lebihan inti daging yang aku masak untuk buat lasagna jadi base carbonara ni. Sayang pulak tengok kuah lasagna tu dalam peti sejuk tak di makan-makan. Jadi kira aku improvise la carbonara ni...hihi....


Meatball Carbonara :

Bahan-bahan :

Meatball ( aku guna homemade meatball, resepi boleh klik sini Homemade meatball
1 biji bawang Holland (Bawang besar lah tu !)
1 biji green capsicum
Mozarella cheese  secukupnya
Sos Carbonara ( aku buat sos carbonara sendiri a.k.a White sauce )

Cara Buat :

Masukkan minyak dalam frying pan, ramai yang guna olive oil, aku guna minyak biasa jer )
Goreng dulu meatball kira-kira half cook, then angkat.
Lepas tu guna balik minyak goreng meatball tu, masukkan bawang besar dan capsicum tadi. Tak perlu goreng lama sangat...layu sangat tak sedap. Tumis sekejap jer ok.. Letak tepi seketika.


Untuk White Sauce / Roux White Sauce :

1 sudu besar butter
2 cawan fresh milk
7 keping cheese keping (aku tak cukup stok, jadi aku guna 3keping cheesedale + cheese mozarella )
2 Sudu tepung gandum.
Black pepper

Cara Buat :

1. Cairkan butter.
2. Masukkan tepung gandum, gaul...tapi jangan sampai bergentel...
3. Masukkan Fresh Milk, kacau rata...
4. Masukkan cheese...kacau perlahan yer, biar kuah sebati.
5. Masukkan secubit garam dan black pepper.
6. Dah ...ok ... boleh tutup api...


Dan seterusnya, sediakan bekas untuk carbonara...aku buat letak dalam bekas foil macam kat bawah ni...senang nak makan...

Masukkan White sauce sehingga menutup dasar bekas.
Masukkan lebihan kuah lasagna
Susunkan meatball
Masukkan bawang dan capsicum tadi..
lepas tu masukkan lagi white sauce
Then taburkan mozarella secukup rasa..

Masuk oven, bakar guna api 145 dalam 30 minit ( ikut oven masing-masing lah ye.. )

Dah masak sila lah makan...panas-panas memang sedap...pergghhh ....

Okey..layanlah gambar kat bawah ok.

Selamat mencuba.






Homemade Meatball ( DIY )

Homemade meatball recipe

As-salam,

Okey...ni nak share resepi homemade meatball. Aku kan kaki D.I.Y...apa-apa barang selagi aku boleh DIY memang aku akan cuba DIY. Jadi...memandangkan September lepas aku dah beli food processor, daripada aku biar food processor tu menghiasi almari pinggan mangkuk, baik aku guna. Kalau nak harap mak mertua aku guna FP ni, memang tak la....

Idea untuk buat homemade meatball ni datang bila asyi tengok resepi meatball carbonara melayang-layang di wall fb aku. Alkisahnya 2 minggu sebelum ni aku dah la cuba beli readymade meatball Ramli dari Giant, bila cuba buat carbonara tu, rasanya kurang umph......takde feel makan daging...jadi aku rasa project tu tak sukses...sebab aku tak puas hati dengan rasa meatball tu.

Jadi aku nekad nak buat meatball sendiri. Kebetulan ada daging yang dah siap dipotong nipis dalam freezer. Ok...make it simple...jom share resepi...

Homemade Meat Ball ( Versi aku lerrr )

Bahan-bahan :

500g daging yang dipotong nipis ( boleh gak guna mince beef kalau nak )
2 sudu besar Bread Crumb ( Aku takde stok bread crumb di rumah, jadi aku bakar sekeping bread   dalam oven sampai keras, then blender halus )
Sedikit rempah kering oregano dan rosemary ( Aku hentam jer campur .... korang gunalah rempah yang korang suka ye..
Sebiji telur Gred C
30ml fresh Milk
1 sudu gula
Garam & Serbuk perasa secukupnya (ikut selera korang)
Daun Celery ( ku tambah sendiri )
Setengah Biji Bawang besar Holand ( potong nipis ) **
Halia - hiris nipis (korang tak nak letak pun takpe, ikut suka ) **


Cara Buat :

1. Bahan yang bertanda ** tumis sekejap, then angkat, masukkan dalam fp, macam dalam gambar bawah ni ha..

Bahan-bahan letak jer semua dalam fp... then blend ler.....apa tunggu lagi..



Nah....ini rupanya lepas di food processorkan.......excited aku tengok daging tu hancur lumat bercampur rata dengan bahan-bahan yang lain.



keluarkan daging tadi dari fp, masukkan dalam mangkuk lain.



Apa lagi....gentel-gentel, bulat-bulatkan jadi bentuk 'ball' nak besar buatla bulat2 besar....aku buat kecil-kecil jer..cukup sekali suap masuk mulut...anak pun senang nak makan...



Nah...kat bawah ni, aku guna separuh dari meatball aku tu untuk buat meatball carbonara. Sedap. Mantap. Juicy. Baru ada rasa makan 'meatball' hokey...

Carbonara ni nanti saya share resepi ye... mudah jer.....




Thursday, November 5, 2015

Re-set up my online business

As-salam,

Hokey...best tak tajuk post? Boring...? Ala....kalau boring, jangan baca...hihihi..
Why re-set up ? Ok, aku rasa perkataan tu takda dalam kamu oxford, ini perkataan manglish dah.
Ceritanya begini...dulu tahun 2011, aku pernah aktif jual button secara online. Masa tu anak baru seorang. Aku lagi memang gila tengok button yang comel-comel. Tapi aku tak pernah beli direct dari supplier button di luar negara, aku hanya beli button yang aku beli secara borong dari local craft seller. Untung..? Terus terang untung tu, dalam sebiji button adalah 2-3 sen... tapi customer aku ramai gak..

Tapi...bisnes aku perlahan-lahan tak aktif. Sebab...? Bukan takde customer. Tapi komitmen dengan kerja, komitmen dengan jaga anak..sebab anak dah 2 orang. Sampai la sekarang ni, stok button aku masih banyak belum terjual. Hanya aku guna button tu untuk kegunaan sendiri.

Jadi sekarang aku perlahan-lahan nak set up balik bisnes online aku. Tapi kali ni aku bagi banyak variety dalam barangan yang aku jual. Apa aku nak jual :

1. Button ( Of course la button... hahaha )
2. Headband ( Kanak-kanak or baby )
3. Fabric Flower
4. Any craft item.
5. Tudung/shawl...( percubaan baru.. )

Kenapa aku pilih semua kategori di atas :

1. Modal aku limited
2. Itu kemahiran yang aku ada.


Jadi aku harap orang-orang kat sekeliling aku sokonglah apa yang aku buat, semoga Allah setuju jugak dengan cita-cita aku ni. Aku buat ni pun bukan untuk cari untung semata-mata, tapi ni demi nak tolong hasben jugak...boleh support sikit...

Oklah, sekarang aku masih dalam proses nak buat label untuk barang aku. Label tu penting, supaya orang tak sesukahati guna pakai barang kita...biar ada exclusivity nya di sana. Kenapa aku tak jual tudung ready made..? Kos lagi murah. Tak perlu risau cari kain, nak beli mesin jahit, nak beli benang..? Tak nak la...sebab aku nak jual tudung keluaran aku sendiri..kita bebas nak design apa...warna apa....jadi design tak limited..

Dah la...nak sambung buat kerja.


Tuesday, November 3, 2015

Saya ada jual kain


Japanese Dull Satin 45"
RM12 / m



Valentro Dull Satin 60"
RM13 / m




Chiffon 60" 
RM14 / m 
(Chiffon Aritachi & Chiffon Jojet )


Lycra 60"
RM 10 / m


Lycra 60"
RM10 / m




Chiffon 45"
RM10 / m 
(Chiffon Aritachi & Chiffon Jojet ) 




Lycra 60"
RM10 / m



Chiffon 45"
RM10 / m 
(Chiffon Aritachi & Chiffon Jojet ) 


Cotton Lycra 60"
RM 13 / m




 Hehehe .... dah lihat harga kain... ? Saya pun ada jual kain macam dalam gambar di atas tu ha. Siap ada details dan jenis kain tu....sila-silalah cuci mata ye.

Kain-kain ni sesuai untuk tudung, shawl dan pakaian (baju & skirt ) depend dengan creativity kitalah nak buat apa.

Jadi kalau berminat nak order, apa lagi... jom whatsapp saya di 014-6851460 (only Whatsapp ye...sebarang panggilan tidak akan di layan )

Cara nak order :

** Listkan code kain (screenshot gambar sekali pun okey gak...lagi mudah )
     Contoh : Cotton Lycra 60" / Code 30 = 3m

** Whatsapp list order ke 014-6851460 // Madam Nana

**  Nanti kita akan reply untuk update total bayaran dan update bank details untuk pembayaran.

**  Postage cuma dilakukan pada hari Khamis dan Jumaat.

**  Payment mestilah dijelaskan sehari sebelum hari pengeposan.

**  Dan apabila dah habis buat pembayaran, tolong attach payment slip sebagai bukti pembayaran
      Jangan lupa provide :
       1. Nama Penuh
       2. Alamat untuk pos
       3. No telefon

** Penghantaran :
   - Semenanjung menggunakan KTM Domestik
     1m - 50m : RM10
     51m - 150m : RM20

   - Utk Sabah & Sarawak
     Menggunakan pos domestik (timbang)



Okey....faham kan peraturan macam mana nak order ? Senang jer pun, procedure biasa jer untuk urusan pembelian online. 

Jadi...kalau ada yang berkenan, silalah beli. Sebarang pertanyaan bolehla whatsapp saya directly ye.


Thanks.



Yang menjual kain ;





 

My DIY dangling shawl a.k.a Shawl juntai..


Tadaaaaaa ....

Cantik tak... ?

Aku post gambar ni dalam fb...bukan nak tayang gambar semata-mata hokey...aku more to nak share hasil shawl dangling yang aku jahit last weekend.

Senang jer nak pakai shawl ni. sarung sekali jer...lepas tu adjust kain panjang dari sebelah kiri ke kanan untuk tutup bahagian dada.

Tak pandai aku nak explain sebenarnya. Apapun aku happy tengok hasil jahitan aku ni walaupun jahitan aku masih perlukan improvement, ye lah kan...orang jahit shawl banyak yang guna mesin jahit tepi..hasil lagi kemas dan mantap, aku guna mesin jahit lurus portable jer pun... tapi okey lah jugak...aku yang pakai...bukan aku jual pun. Hihiih...

Sebenarnya shawl ni ikut pola asal memang ada soft awning. Tapi entah kenapa aku ni lembab sangat bab-bab buat awning ni. Aku suka awning yang boleh cover pipi aku yang debab, tapi pola awning yang ada dengan shawl ni macam pendek sikit, jadi aku tak ada masa sangat nak adjust sana sini...aku jahit jerlah body shawl ni....tanpa awning. Hasilnya....jadilah macam yang aku pakai tuuuuu....

InshaAllah, sebenarnya ni pun kira project untuk bisnes online next year. Aku tengah praktis menjahit..supaya hasil jahitan aku lagi kemas.

Agak-agak korang kalau aku jual ni, berapa RM sesuai ? Hhihi...kalau aku jual ni, aku takkan buka slot untuk borong kut...jual as a limited edition dari aku. Maybe kena improvise here and there lagi la.

Ok la... nanti sambung cerita.

P/S : Kena banyak belajar lagi untuk buat awning yang best.


Yang menulis dari hati;


Monday, November 2, 2015

Tips menjahit kain Lycra

As-salam,

Jom hari ni nak share tips untuk menjahit kain jenis lycra atau kain yang memeri (getah gitu). Sekarangkan kain lycra banyak digunakan untuk buat tudung atau shawl...tak terhad kepada pakaian semata-mata.

Ok, tak nak bicara panjang, ni nak share tips nya ye.

Tips No 1 : JARUM.

Ramai yang ingat kena tukar jarum setiap kali nak jahit kain lcyra, contohnya tukar kepada jarum emas. Sebenarnya menukar jarum ni hanya untuk mesin jahit portable sahaja, macam yang saya pakai.. hohoho...kalau anda guna mesin jahit industry, tak yah la susah-susah nak tukar okey, guna jarum no 11 pun dah okey dah. Itupun bergantung kepada kain. Kalau kain tebal, gunalah jarum no 13. Okey... ?

Tips No 2 : KETEGANGAN BENANG ( TENSION)

Sepertimana yang kita tahu, fabric lycra adalah fabric yang sangat mudah diregang.Jika jahitan melompat atau longgar, ketatkan lagi tension benang. Adjustlah sedikit demi sedikit sehingga mendapat hasil jahitan yang dikehendaki.

Tips No 3 : Mata Jahitan (Length )

Mata jahitan sebolehnya jangan terlampau kecil (cthnya 2 atau kurang ) dan cubalah guna mata jahitan 2.5 atau 3 untuk jahitan yang lebih cantik.

So itulah 3 tips utama kalau nak jahit kain lycra. Ni note untuk aku juga sebab aku pun selalu fail jahit lycra.

Hihihih...

Jom kita belajar bersama-sama ya...


Selama Menjahit.


Yang menulis dari hati;



1. JARUM : ramai yang ingat kena tukar jarum mas/emas jarum untuk jahit lycra . sebenarnya jarum ini hanya untuk mesin jahit portable sahaja. untuk mesin jahit industri mmg tak perlu pun jarum ni . cuma gunakan jarum saiz 11 pun dan ok . bergantung kepada ketebalan kain. lagi tebal kain , gunakan jarum 13

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu


 


 
 
1. JARUM : ramai yang ingat kena tukar jarum mas/emas jarum untuk jahit lycra . sebenarnya jarum ini hanya untuk mesin jahit portable sahaja. untuk mesin jahit industri mmg tak perlu pun jarum ni . cuma gunakan jarum saiz 11 pun dan ok . bergantung kepada ketebalan kain. lagi tebal kain , gunakan jarum 13 2. KETEGANGAN BENANG: anda boleh adjust ketegangan benang seperti gambar di atas. Fabrik lycra adalah fabrik yang mudah diregang, jadi ketatkan ketegangan benang dengan memulas ke arah jam jika mata jahitan asal melompat2 atau longgar. Berbeza dengan fabrik yang biasa seperti cotton, poly , fabrik lycra perlukan ketegangan benang yang lebih untuk mencengkam fabrik. Adjustment ni kena la dibuat secara sedikit demi sedikit sehingga mendapat mata jahitan yang dikehendaki. Jika mata jahitan terlampau rapat dan tegang, pulaskan ke arah lawan jam . 3. MATA JAHITAN: Mata jahitan jangan terlampau kecil seperti 2 atau kurang , guna saiz 2.5 atau 3 untuk lebih cantik Wallahualam... harap dapat cuba.. hasil dari pengalaman mengkaji, membaiki dan menggunakan mesin jahit sendiri Semoga tips ni berguna utk kawan2 sekalian

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Friday, October 30, 2015

What to do this weekend .. ?

Amboi... bukan main.....datang rajin nak hapdet blog...hihih...harussss kasi aktif ni blog. Nanti dah mula balik my online business, blog ni akan banyak kegunaannya...hopefully my target customer akan aware dengan kewujudan blog ni.

Business online? No worries. Saya akan jual sesuatu yang cantik dengan harga berpatutan...Bak kata orang, jangan jual barang mahal, orang datang beli sekali tapi possibility untuk membeli semula tidak ada, bagusla jual sesuatu yang cantik dan berkualiti dengan harga mampu milik, moga-moga customer itu datang membeli lagi dan lagi dan lagi.... hihi

Ok, tak nak bebel panjang sangat.

Whishlist weekend ni macam banyak sikit. Ketepikan project baking, nak proceed dengan sewing project. Aku nak bereksperimen buat shawl 2muka, shawl twist dan syria scaloop.....dan buat simple skirt anak2 dara. Utk abam zahin...nanti la akan difikirkan kemudian, paling paling pun jahitkan seluar pendek jer untuk dia...

Oklah. Dah nak balik kerja.



Yang menulis dari hati,


InshaAllah, rezeki Allah itu luas....

As-salam,

Sebelum mula entry, Jom....

Kita berdoa dulu...doa semoga dimurahkan rezeki ..

Bismillah...

Ya Allah Ya Tuhanku,
Bukalah pintu rezekiku hari ini,
Begitu juga kedua ibubapaku,
Dan semua umat Nabi Muhammad S.A.W.

Amin....

***jangan lupa sedekahkan Al Fatihah untuk kedua tua kita setiap pagi setiap hari ye.... hihii


Okey, tentang rezeki...bersemangat betul aku nak buat post ni...bukan apa, semalam call mak di Miri, cerita ceritu dengan mak, lastly buka topik pasal bakal hilang kerja. Aku just bagitahu mak " Mak, next year saya confirm dah takde kerja, contract kerja dengan MAS (a.k.a MAB New Co ) akan tamat end of December, hari isnin lepas kami dah meeting dengan boss, kami kena suruh clear semua kerja kami yg dalam status backlog by end of December ni..."

Terus mak aku cakap " Jadi, takde kerja la engkau ? Cuba lah cari kerja di kawasan dekat-dekat rumah tu..."

Aku faham, mak aku risau kalau aku tak kerja, macam mana nak support encik hasben. Anak pun dah 3. Hasben aku bekerja sendiri, kedai runcit keluarga....selama ni memang dia pun banyak support, nak harap gaji aku tak banyak mana pun...

Jadi aku jawab pada mak " Takpe lah mak...bukan kita tak nak kerja...tapi kita nak fokus jaga anak...tahun depan Abam Zahin dah mula pre school..kesian lak mertua nak handle semua awal-awal pagi...mertua pun selain hari2 jaga anak aku yang 3 orang tu...dia turut jaga anak buah aku yang seorang lagi...rezeki tu nanti adalah. Mungkin kita nak cari rezeki dengan bisnes sendiri, buat cake ke...menjahit ke. sekarang asal rajin semua boleh jadi mata pendapatan... "

Terus mak aku tak cakap apa-apa. Mungkin tak tahu nak kata apa agaknya. Aku ni bukannya apa...aku jenis tak dapat nak duduk makan gaji sangat. Aku lebih suka independant dalam mencari duit. Yelah, InshaAllah next year, mesti kuat semangat untuk aktif semula bisnes online. Dulu masa anak baru seorang pun aku aktif juga berniaga online, jual butang-butang untuk kraf..kadang-kadang bila rajin promote online...boleh juga hasil jualan tu cecah rm300 ke rm400 seminggu...kalau malas dalam rm100 lebih jelah jawabnya. Cuma aku tak berapa aktif sejak anak no 2 lahir.... bukan takde customer...tapi leceh nak kira butang yang cinonet tu dengan anak-anak sama sibuk 'membantu'. Hohohoho

Ok...jom....baca ni...



Nah....mari kita sama-sama amalkan tips ni....semoga kita beroleh rezeki yang berkat ye...

Itu jer lah dulu....

Yang menulis dari hati ,



Thursday, October 29, 2015

Update Update

As-salam..

Hahaha...entah apa apa entah tajuk post....no idea sebenarnya. Tapi aku tengah berusaha tukar layout blog aku ni...lama dah tak update, berhabuk bersawang....jadi baru lepas 'renovate' sikit........biar nampak fresh.

Semenjak anak dah 3 ni, banyak benda aku takda masa sangat nak buat. Niat tu ada....tapi masa tu takde...

Oklah...nantilah cerita panjang-panjang ye.