Saturday, October 30, 2010

What -to-update...??

Hurrrrmmmm....sigh....sigh....sigh...

Lamanya aku dah tak update blog aku ni. Agaknya dah sebulan lebih kot....hehehehe. Sebenarnya selepas selesai majlis kahwin aku hari tu, aku selalu merehatkan diri dari dunia online..ada tak ada, aku aktif fb je, tu pun update sikit-sikit...view-view je banyak.

Dah sebulan lebih aku mendirikan rumah tangga, aku dah pun disahkan hamil..hehehe...rezeki dari Allah, bak kata kawan-kawan aku, itu namanya bunting pelamin. Alhamdulillah..aku tak tolak rezeki dari Allah, cepat atau lambat aku terima dengan hati yang terbuka. Malahan aku lebih bersyukur sebab rezeki nak dapat anak tu datang awal berbanding kawang-kawab aku yang dah kahwin awal dari aku tapi belum mendapat cahaya mata.

Aku takde update erkkk gambar aku masa kahwin..? Nantila tunggu free sikit ku upload la gambar-gambar yang beratus-ratus lemon tu kat blog ni. Buat masa sekarang ni aku masih lagi dalam keadaan malas yang amat sangar, agaknya mungkin kerana pembawaan budak kot...

Oklah...nanti la aku sambung lagi k.

xoxo.