Thursday, January 5, 2012

Topik apa best hari ni …………… ???


Udang  galah :

                                  Sumber Gambar : Google ^_^

Just want to inform here….. aku dah dpt udang galah yang ku idam-idamkan….hoyeeeee…!!!!! Akhirnya last week, aku dengan my MIL pergila ke tamu di Membakut. Alhamdulillah…jumpa la pulak udang galah dibahagian tempat jual barang makanan basah. Aku apa lagi, tak nak cerita panjang…terus beli  sekilo…rm25 sekilo ok ! Hahaha..harga? Tak jadi masalah, aku pun malas nak tawar menawar. Untuk ibu mengandung macam aku ni, asal dapat makanan yang diidam, itu tidak akan mengambil kira harga barang yang kita nak. Pendek kata, biar habis duit, asal dapat apa yang kita nak…hergggh…memang lupa dunia. Hahaha… dan ceritanya, bila balik ke rumah..apa lagi, aku tak tunggu lama, terus rebus serai je udang galah tu. Korang masak apa? Selalu masak udang galah macam mana? Kalau family hubby aku ni, dorang memang masak rebus jugak udang tu, tapi  dorang tak campur serai, tak campur asam keeping, tak campur cili padi…Cuma masukkan bawang jer. Kata my MIL, kalau masukkan serai nanti rasa udangnya hilang. Erm…. Aku? Aku tetap dengan resipi masakan udang rebus turun temurun dari mak aku ler…rebus masukkan bawang merah, cili padi, asam dan yang paling penting…serai tu! Aroma serai bergabung dengan aroma udang…Ppppperrrrrrggghhhhh…….memang marbeles ! Tak kisah la pun kalau family hubby tak makan disebabkan kewujudan serai tu, yang penting aku makan dengan penuh berselera sampai tak Nampak telinga.



Dabai Vs Kembayau :

                            Sumber Gambar : Google ^_^

Dabai….. ada sesiapa pernah tengok dan makan? Sure semua pernah especially Sarawakian. Hehehe…tahu kenapa aku taip Dabai Vs Kembayau? Sebab di Sarawak buah tu namanya Dabai, di Sabah nama buah tu dikenali dengan nama buah Kembayau. Ok..sini aku nak mengulang tayang cerita macam mana Dabai dan Kembayau tu punya cerita.
Di satu petang, tidak jauh dari roundabout membakut, terdapat la gerai yang menjual banyak buah-buahan. Tujuan aku bawa hubby singgah sana sebab nak beli langsat..tak terfikir nak beli dabai pun sebab aku dah set dalam mind aku, di Sabah ni takda buah dabai. Ok..inilah sesi perbualan ringkas aku dengan penjual sambil mengendong Zahin:
Aku: er…pakcik, ini buah dabaikan? [ konpinden habis ni muka aku bertanya, tak terfikir langsung perbezaan bahasa ]
Pakcik: Bukan….ini buah kembayau… [ pakcik tupun jawab dengan penuh konpiden ]
Jadi, bila mendengar pakcik penjual tu menjawab macam tu, di kepala aku terus banyakla tanda soalan berterbangan. Tertanya-tanya la aku…pakcik ni tak tahu buah dabai ke atau aku yang tak tahu buah kembayau? Oleh kerana aku ni punya semangat ‘inquiry’ yang amatla sangat  atau ‘itok’ bak kata orang Sarawak, jadi aku membelila rm5 aka setengah kilo [1kg = Rm10.00 ---- mahal thou…padahal berdasarkan putik buah dabai yang dijual pakcik tu, aku tahu buah tu tak lemak dan isinya tak tebal, tapi aku beli gak sebab ini salah satu makanan yang selalu mengganggu minda aku ]. Dan bila balik rumah, aku rendam dan makan, erm……..dabai tu la kembayau. Apala……………………dan semasa pergi ke tamu Membakut dengan my MIL, berhabisan aku membeli dabai yang cantik-cantik buahnya dengan harga rm4 sekilo dan Rm7 sekilo. Murah beb ……… buah pun bagus. Balik rumah makan sampai nak terkeluar isi perut..hahahaha…overload!



Terong Asam a.k.a terung Iban:



                         Sumber Gambar : Google ^_^

Pernah Nampak? Pernah? Pernah? Tak pernah? Ini satu lagi makanan tempatan rakyat Sarawak. Mak aku selalu la tanam terong asam ni kat tepi-tepi rumah. Buahnya masam…tapi sorry to say ye, kalau petik tak boleh terus makan. Kena masak dulu…baru makan. Apa masakan boleh di buat dengan terong asam? Banyak macam masakan boleh, antaranya :
1.       Tumis macam sayur biasa yang lain
2.       Jadi bahan tambahan dicampur dengan ikan/udang ---- pergggghhh…sedap wooooo…
3.        Masak lemak pedas-pedas sikit….sedap! terus terasa nak meleleh air liur membayangkannya..huhuhuhu…dahla tengah mengidam nak makan benda ni..
Buah ni kalau mentah warnanya hijau, masak pula warna kuning ataupun kadang-kadang kuning oren. Kalau aku, selalunya kupas kulitnya, hiris2 macam kita selalu hiris buah epal, cuci..buangkan bijinya. Ada juga sesetengah orang mereka tak buang kulit, Cuma kerat-kerat jer…dan ada juga yang suka masak dengan biji-bijinya sekali [tapi mak aku tak suka kalau masak dengan biji sekali…takut nanti jadi appendik katanya – sebab bijinya kecil-kecil macam biji cili besar tu..] Rasanya masam-masam….paling malas masak terjun jer terung ni…pun sodap! Makan lagi dengan nasi panas…..aiyyyooo…amma…appa…..

No comments: