Monday, March 9, 2009

Miskin jadi kaya...? Tidak Mustahil....

Bila sebut jadi kaya...jadi jutawan...ramai yang akan menggeleng kepala. Sambil merenung jauh ke hadapan, mereka akan bertanya sesama sendiri..." ingat mudah ke nak jadi kaya..? Jadi jutawan..?"

Secara ringkasnya, kita harus teliti beberapa perkara :

•Tiada sijil atau ijazah bukanlah penyebab sesorang tidak boleh menjadi kaya.
•Keadaan persekitaran juga bukalah menjadi penyebab, walaubagaimana anda dibesarkan anda masih boleh menjadi kaya.
•Lebih kuat anda bekerja, maka lebih kaya adalah satu perumpamaan yang tidak benar.
•Sesiapa juga boleh menjadi kaya asalkan jujur dan amanah!

Di sini saya ingin berkongsi satu cerita yang menarik tentang kejayaan seseorang, yang dalam diam saya amat kagumi bakatnya dan kesungguhannya. Jom......

Daripada Surirumah kepada Pengarang $100juta
Nama : Joanne Rowling
Warganegara : England
Umur : 34 tahun
Idea Jutawan :
  • Seorang budak kurus yang memakai cermin mata besar,bernama Harry Potter. Karakter beliau ialah seorang anak yatim yang melarikan diri dari Sekolah Ahli Bijaksana Sihir, danmenjadi seorang hero.
  • Modal permulaan : Beberapa pound sterling ( 1pound = 6ringgit)
  • Bagaimana idea digerakkan : Melalui agen. Dua syarikat penerbitbuku menolak karya beliau, sebelum Bloomsbury menerimanya pada 1996.
  • Jualan : Seluruh dunia.
  • Buku pertama : Harry Potter and the Sorcerer’s Stone. Lebih38 minggu menjadi No. 1 sebagai buku paling laris di New York Times.
  • Buku Kedua : Harry Potter and the Chamber of Secrets.
  • Buku Ketiga : Harry Potter and the Prisoner of Azkaban,Sehingga kini lebih 30 juta buku sudah dijual. Rakyat Amerikamembeli hampir 50% buku-buku beliau. Diterjemahkan kepada 28 bahasa.
  • Pendapatan : Royalti mencecah 11.5 juta pound ditambah dengan pendahuluan $2 juta pound untuk buku kedua dan ketiga. Sekarang buku ke3,4 dan 5 dan filem yang box-office, jumlah pendapatan telahmencecah $100 juta pound.

Seorang janda , Joanne Rowling yang hidup dalam kesempitan dan tinggaldi apartment satu bilik yang sejuk di Edinburgh, dimana beliau jugamembesarkan anak perempuannya, Jessica. Untuk melarikan diri darikesejukkan, Joanne selalunya akan pergi ke sebuah kedai minuman, café dan memesan secawan kopi, yang dihabiskan selama berjam lamanya keranabeliau sudah pokai! Kesusahan ini memberikan dorongan kepada beliauuntuk mengikut satu idea iaitu menulis satu novel mistik atau khayalan.Berumur 29 tahun pada ketika itu, perkara yang paling buruk yang akanterjadi daripada idea beliau ialah jika buku beliau ditolak oleh penerbit!Ini memberikan semangat kepada beliau untuk menulis setiap hari.Pada sebelah pagi, Joanne akan membawa Jessica ke taman permainan,berjalan-jalan sehinggalah anaknya tertidur, kemudian beliau akan teruske café, menulis sehingga 2 jam semasa anaknya tidur.Sekali lagi pada waktu petang, semasa Jessica sedang tidur, Joanne akanmenulis sehinggalah beliau penat dan tidur. Walaupun menulis Harry Potter and the Sorceree’s Stone satu kerja yang cukup susah, beliau masih waras.Semasa buku beliau dalam pembikinan, beliau menghadapi satu lagi masalah,beliau tidak mampu untuk membeli komputer untuk menaip novel beliau. Jadi beliau mengupah beberapa pound kepada seorang tua untuk menaip novelbeliau. Kemudian Joanne terpaksa menaip satu lagi buku kerana beliautidak mampu untuk membuat salinan fotostat!Beliau mencari dua agen ditelefon direktori dan mengeposkan buku tersebut kepada mereka. Beliau beritahu bahawa hari yang paling gembira dalam hidup beliau ialah apabila salah seorang dairpada mereka bersetujuuntuk menerbitkan buku beliau. Buku pertama diterbitkan di England pada bulan Jun, 1997. Harry Potter mencatat kejayaan yang cukup mengkagumkan dengan publisiti yang meluas.Joanne mengaku bahawa beliau tidak menduga perkara ini akan terjadi.Walau pun buku beliau adalah berkenaan kisah kanak-kanak, tetapi orangdewasa ramai yang meminatinya. Buku beliau kini diletakkan sebaris dengan buku-buku popular dunia sepertiLord of the Rings, The wizard of OZ, Alice in Wonderland. Harry Potter dengan hanya tiga pengembaraan telah menjadikan Joanne seorang jutawandengan harta mencecah $100 juta pound (RM600 juta!)

** So bagaiman..? Kagumkan...? Seandainya kita berpeluang menjadi seperti beliau, alangkah beruntungnya. Tidakkah kita berbangga setiap buku yang tulis mendapat sambutan yang luar biasa di seluruh dunia. Harry Porter bagai ada peminat fanatiknya sendiri. Kalau tidak, masakan setiap kali keluarnya buku terbaru Harry Porter, peminat Harry Porter sanggup berbaris di luar kedai buku untuk membeli dan memiliki buku tersebut......

*** Ingatlah. Usaha tangga kejayaan......di mana ada usaha, di situ ada jalan untuk berjaya.

Sunday, March 8, 2009

Pelbagai Petua Kecantikan

Saya suka mengumpul berbagai petua kecantikan untuk rujukan peribadi saya, terutama sekali petua yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang saya sendiri sering hadapi. Jom...kita share bersama....


Petua Lain Bagi Mengatasi Masalah Keguguran Rambut:
  • Sapukan minyak bijan di akar rambut / kulit kepala sebelum tidur. Paginya, bersyampu dan bilaslah rambut seperti biasa. (Anda boleh dapatkan minyak bijan di kedai mamak)
  • Daun lidah buaya digunakan bersama daun bunga raya putih untuk dijadikan resipi bagi mengurangkan rambut gugur. Kalau tak ada daun lidah buaya, gunalah daun bunga raya putih sahaja. Itupun sudah memadai.
  • Lagi satu petua, gunakan lendir daun rambutan untuk lebatkan rambut.

Merawat Bibir Yang Hitam:

  • Bibir hitam kerana lipstik itu sendiri. Ada satu petua untuk membeli lipstik supaya bibir tidak hitam selepas menggunakannya. Lipstik yang menyebabkan bibir hitam mempunyai bau (wangi atau apa2 bau). Oleh sebab itu, sebelum memilih lipstik kesukaan anda, cium dahulu lipstik tersebut. Kalau ada apa-apa bau, maknanya elakkan membeli lipstik tersebut. Kalau tak ada apa-apa bau, maknanya selamatlah lipstik tu.
  • Antara petua untuk memerahkan kembali bibir anda yang telah hitam kesan penggunaan lipstik yang salah :
  • i) Sapukan madu ke bibir selama lebih kurang 15 minit. Kemudian bilas dengan air. Kalau nak biarkan pun ok juga. Cuma mungkin kita akan rasa kurang selesa atau mungkin juga bibir akan digigit semut nanti
  • ii) Sapukan ubat gigi ke bibir 3 minit sebelum mandi. Di samping memerahkan bibir, ubat gigi ni juga boleh membuang semua kesan lipstik pada bibir anda.

Petua Kuruskan Badan:

  • Paling senang dan mudah, amalkan dua petua "jangan" ini untuk maintain berat badan. Pertama, jangan minum minuman berais, amalkan meminum air suam sahaja setiap hari. Kedua, jangan makan melebihi 7.00 malam. Mudah sajakan...?

***** So selamat mencuba......

Petua Awet Muda Untuk Semua

Proses penuaan pada tubuh manusia adalah ketetapan semulajadi yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun ada beberapa petua yang mudah dan murah yang boleh kita amalkan untuk kelihatan muda (awet muda). Diantaranya ialah :

1. Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

2. Makan banyak ulam-ulam sebagai sebahagian dari diet kita

3. Solat subuh : Tahukah anda air wuduk yang kena muka dapat memberi kesan yang amat baik untuk kita

4. Bersenam 30 minit 3 kali seminggu dengan konsisten

5. Yang paling penting sekali --> SENYUMLAH SELALU...