Saturday, November 27, 2010

Money Money Money

Money...duit....money....duit.....

Mesti kitak orang tauk apa yang berlegar-legar di kepala aku. Hurmmm... selalu ktk orang dengar nak...kerja itu satu ibadah...jadi menurut pemahaman aku, mun benar-benar kita maksudkan 'kerja itu satu ibadah' semestinya di dahulukan dengan nawaitu di hati kita yang kita IKHLAS dengan kerja yang kita buat.

Sesiapa pernah bekerja di tempat kerja sama macam kerja aku..? Aku DAH BOSAN to the MAX kerja aku kinek tok bah. How i wish aku boleh neriak ngan semua orang aku DAH BOSAN! Memang la kadang-kadang kita silap perhitungan dengan memilih kerjaya kita. Kadang-kadang kita 'terpaksa sengaja menyalah hitung' memilih kerja sebab desakan hidup. Kenyataankan...zaman sekarang tok, bukan senang nak carik kerja ... walaupun aku ada degree topi segiempat ya, ya sik menjamin langsung aku akan dapat kerja dengan senang dari dolok. Lagik pun aku sama juak sik mengharapkan degree aku ya. Pegi konvo pun aku sikda. 

Satu-satunya kebaikan yang aku tauk dengan kerja aku kinek tok...ada tiket free nak terbang ke mana-mana yang kita maok. Tapi....ada tapinya lagik...walaupun ada tiket free tapi gaji macam ciput ... ko nak make tiket free terbang ke siney...? Alah..kinek tok apa juak nak diheran gilak nak terbang, airline banyak malahan ada yang jual tiket murah-murah .... dan sekali lagi dengan jujurnya aku madah ... aku terpaksa bertahan dengan kerja yang aku ada kinek tok aku memenuhi keperluan hidup...bukan untuk aku simpan duit pegi melancong shopping jauh-jauh. Lainla...mun ada lebihan duit...then baru aku pergi bercuti.

Customer Service. Sia ajak dah tauk apa pun yang kamek orang buat semua berkaitan dengan customer. Ada masa kita rasa dihargai, bila customer appreciate servis yang kita berik..even if daknya says THANKS pun hati dah cukup best jak rasa. Tapi .... yang appreciate ya terlalu sedikit berbanding yang sentiasa komplen. Paling dasyat...silap orang lain, silap department lain..hujungnya kamek orang kenak salah. Bila kmk orang cuba memperbetulkan keadaan, cuba explain dengan menahan rasa amarah lam hati (tapi explain dengan pax dengan muka senyum --- salah satu ciri2 aku sik ikhlas dah tok ... no work for ibadah :) )...ujung nya kelak kmk orang juak kenak blame orang2 di atas sana .... 

Basic gaji sik la besar ney ... mun mok gaji besar ujung bulan haruslah rajin OT ... dan janganlah selalu menolak OT. Tapi .... bila selalu OT, maksudnya kurangla masa rehat kita. Aku rasa badan aku dah sik mampu nak menampung beban kerja / OT selalu gilak. Lately, jadual kerja terlalu banyak dipinda sampe offday pun dah sik macam offday ... sampei kmk orang dah sik dapat nak travel masa off day kmk orang sendirik. Jadi .... apalah guna tiket free ... gaji kecik ... cuti limited ... alahai ...yalah nasib orang2 kerja syif mcm kmk orang. Tapi...erm....sik juak semua orang kerja syif sengsara macam kmk orang ... ada juak kompeni2 lain keja syif 4hari keja,4hari off .. mesti best ! How i wish kmk orang mcm ya juak ... tp ...ishhh...tapi lagik!.

Ok la, sebenarnya cerita aku tadik ... aku nak carik kerja untuk nambah duit. Carik side income. sik keterlaluan mun aku nak madah, aku nak kerja sendiri, buka bisnes sendirik.. aku DAH BOSAN JADI KULI ... mun jadi kuli tp ada dihargai bila polah kerja bagus sik juak apa ... tok, apa pun sikda. Uhuuuuk ....

Aku banyak kali dah surfing ... banyak kali dah mikir apa aku nak buat sebenarnya. Dolok ku pikir nak jual eksesori ... tapi, macam sik best lah. Modal mahal. Memangla boleh jual dengan harga yang mahal...tapi...entahlah. Jadi...benda ya stuck sia ajaklah...


Aku da nangga cupcakes. Memang cute2. Aku ada nangga tart ... macam-macam resipi tart sampei aku terfikir nak buat bisnes cafe indah..ha ha ha ...tapi aku rasa ya bukan benda mudah nak polah. Lagikla besar modalnya. Uhukkk...


Dan pagi tadik aku tersurfing hal buat homemade coklat. Macam menarik. Boleh ku start dari rumah. Cuma aku perlu meli buku panduan buat coklat ya ajak ... wah.... hati ku terpikat...


Dan .... aku rasa aku nak belajar buat coklat sendirik lah. Aku mesti usaha untuk carik duit sendirik. Aukkkkk...aku dah kawen, hubby ku boleh tanggung hidup aku ... tapi, mok juak merasa duit sendirik. Jangan la pikir aku gago carik side income tegal lakiku sik dpt nanggung aku. Bukan macam ya. Nya mampu, terlebih dari mampu nanggung aku ... tapi side income ya ... untuk kegunaan bersama ... ada duit lebih... nak penuhi hajat mak ngan bapak g nait haji ... mun bisnes bagus ...boleh bah tolong family sendirik. Kesian bapak aku dah tua ya la .... sik kan sampe berumur nak ngambik sawit. Mok juak balas jasa orang tua .............


Ok la, ya ajak.  Lak sambung gik mun rajin. 


xoxo

Monday, November 1, 2010

Awak ni Kristian...?

Semalam aku keja...seperti biasa..dengan uniform aku, dan dengan penampilan aku yang bertudung. Erm...mesti tertanya-tanya dengan soalan yang di atas tu kan..? Harap sesiapa yang baca, jangan salah anggap okey. Aku bukan nak cerita pasal agama ni......cuma aku tersentap dengan cara seorang passenger kami yang bertanya aku semalam.

Mereka ni ada 3 orang ( Group of 3 ). 2 orang itu bukan orang malaysia...yang seorang ni lagi orang Malaysia. Dalam sibuk aku masukkan berat badan mereka dalam sistem daftar masuk kami, tiba-tiba orang Malaysia tu bertanya pada aku.." Eh! Awak ni Kristian ke?" Aku tersentap. Aku tengok muka dia dalam-dalam. Lepas tu aku perhatikan kad pengenalan dia, memang sah kat sana tulis nama dia...agama dia Islam ... orang mana spesifikasi dia, malas la nak letak detail negeri tu kat mana..(aku tak nak la plak nanti menimbulkan sifat kenegerian...nanti orang cakap gara-gara nila setitik rosak plak susu sebelanga.. )

Agaknya dia tak puas hati aku tak jawab, then dia tanya lagi untuk kali ke 2 " Awak ni Kristian ?" Aku masih tak jawab soalan dia, aku cuma tengok muka dia betul-betul. Aku BERTUDUNG kenapa dia nak tanya aku yang aku ni beragama KRISTIAN..? Tak tahu ke dia kami ni seagama..????

Agaknya dia perasan kot aku memang tak nak jawab soalan dia (jawapan tu ada sendiri dalam kepala dia pun..buat apa nak jawab! ) dia tukar soalan pulak. " Awak Iban ye..?" Lagi la aku terkejut. Aku tak paham betul apa yang tak kena dengan mamat ni. Tak cukup dia kata aku Kristian, dia kata lak aku ni Iban. Aku tak de masalah dengan orang Iban ni pun, aku ni orang Sarawak..kawan aku bermacam-macam bangsa..iban, melayu, cina..semua aku kawan. Ok..kita berbalik lagi kepada mamat tu tadi, aku cuma senyum sumbing kat dia, aku geleng kepala.

Agaknya tak puas hati jugak, dia tanya nama aku.." Nama awak tu RATNA tak macam melayu la.."

Ok...Ok...aku semakin rimas. Mamat tu dah habis satu, satu lagi soalan yang entah apa-apa entah dia tanya kat aku. Dia memang bernasib baik, semalam aku banyak berdiam diri sebab tahan rasa nak muntah akibat morning sickness...kalau tak memang habis la aku bersoal jawab dengan dia.

Aku memang terkilan...tanpa kata minta maaf..dia ketawa-ketawa beredar dari kaunter aku. Apa niat dia ye tanya aku macam tu? ...

- Minda orang memang susah nak paham..-

Saturday, October 30, 2010

What -to-update...??

Hurrrrmmmm....sigh....sigh....sigh...

Lamanya aku dah tak update blog aku ni. Agaknya dah sebulan lebih kot....hehehehe. Sebenarnya selepas selesai majlis kahwin aku hari tu, aku selalu merehatkan diri dari dunia online..ada tak ada, aku aktif fb je, tu pun update sikit-sikit...view-view je banyak.

Dah sebulan lebih aku mendirikan rumah tangga, aku dah pun disahkan hamil..hehehe...rezeki dari Allah, bak kata kawan-kawan aku, itu namanya bunting pelamin. Alhamdulillah..aku tak tolak rezeki dari Allah, cepat atau lambat aku terima dengan hati yang terbuka. Malahan aku lebih bersyukur sebab rezeki nak dapat anak tu datang awal berbanding kawang-kawab aku yang dah kahwin awal dari aku tapi belum mendapat cahaya mata.

Aku takde update erkkk gambar aku masa kahwin..? Nantila tunggu free sikit ku upload la gambar-gambar yang beratus-ratus lemon tu kat blog ni. Buat masa sekarang ni aku masih lagi dalam keadaan malas yang amat sangar, agaknya mungkin kerana pembawaan budak kot...

Oklah...nanti la aku sambung lagi k.

xoxo.

Sunday, September 12, 2010

Selamat Hari Raya !!!

Alhamdulillah....10 Sept 10 kita telah menyambut 1 Syawal yang kita nanti2kan setelah genap sebulan kita berpuasa. Aku takde la ambil cuti lama... 10 Sept cuti sehari je, lepas tu 11 Sept lak aku Offday...then today, aku keje start kol 1pm. Memang bosan giler....mood nak keje pun takde. Tengok muka passenger pun semacam je.

Keja punya keja...dalam pukul 5 barula mood keja tu datang sikit. Atleast aku ada juga ucap "terima kasih...selamat hari raya.." untuk pax yang datang ke kaunter dengan berbaju kurung dan berbaju  melayu. Bukan apa...aku bosan la keja waktu orang tengah beraya sakan ni. Cemburu gak tangok mereka hujung2 minggu sempena raya ni berpakaian cantik2...beramai-ramai dengan mak bapak adik beradik beraya sakan..

Apapun, cuma ada satu masalah...time raya macam ni area kampung aku lak takde air paip. Entah apa masalahnya, kata mereka-mereka yang berkaitan, kepala paip ada masalah. Ish..ish..ish...kenapa la masa raya perkhidmatan bekalan air terganggu. Nasib baik rumah dekat dengan sungai, so...apa lagi..mengembalikan nostalgia silam di zaman sekolah rendah ler, MANDI SUNGAI..!!!!!

Erkhhh...kata kawan aku zura, hari ini aku masuk kerja dengan muka penuh riak 'kebingungan'. Agaknya memang betul la tu tekaan dia...aku bingung + takde mood...sebab keja masa raya dan bingung fikirkan majlis perkahwinan aku yang akan berlangsung pada 19 Sept ni nanti. Huhuhuhuhu...ingat senang ke nak kawen...????!!!!


---- XoXo -----

Wednesday, September 8, 2010

2 in 1 : Preparation for Hari Raya and My Wedding

Huhuhu......malam ni dah tengok anak bulan, tp rasanya...raya memang ajakn jatuh pada hari Jummat bersamaan dengan 10 Sept 2010. Untuk tahun ni, maybe preparation raya aku agak kurang meriah, sebab banyaknya kuih dan biskut aku order dari orang lain atau dalam erti kata lainnya, main tunjuk jer...........

Apapun, aku cuma teringin nak buat satay jer, nak cuba resipi buat satay sebab mak aku buat satay selalunya rasa satay tu kurang menjadi. Jadi ada lagilah nampaknya satay versi 'try and error' aku sempena 1 syawal ni nanti..

Untuk baju raya, aku buat sepasang jer baju kurung. Malas la nak buat banyak sangat baju...tak ke mana sangat pun aku nak berziarah waktu raya nanti, cuti pun terhad..raya ke -3 dah masuk keje balik. Jadi...persiapan serba sederhana..sepasang baju kurung..sedondon warnanya dengan baju tunang aku..

Sebut pasal preparation untuk wedding tu, yang ni lah yang buat aku stress yang amat sangat. Huhuhu..bukan senang nak buat majlis persandingan dengan budget yang limited. Secara ringkasnya aku nak majlis yang sederhana sahaja, tak nak la membazir, berbelanja secara berlebihan. Apa yang penting, majlis pernikahan berjalan dengan lancar..majlis berlangsung dengan meriah dan semua orang yang datang berasa gembira dan puas hati..

Erm....sekarang ni pun aku kurang sihat jer memanjang. Agaknya kerana stress la tu. Dalam bulan september ni saja dah dua kali aku ambil sick leave. Huhuhu...hari ni aku keje pun dengan suara ala2 sinchan yang serak....dah beberapa hari aku batuk sampai tekak rasa perit yang amat sangat!

Tak tahu nak cite apa lagi. Agaknya sampai setel majlis persandingan aku nanti barulah idea aku nak tulis blog ni melimpah ruah kot.....

xoxo ---- babyblue in da house !!! -----xoxo

Wednesday, September 1, 2010

PJJ - Perhubungan Jarak Jauh

 source: google


Ok..kali ni kita mengupas tajuk PJJ. Bukan pembelajaran jarak jauh k...tp perhubungan jarak jauh. Mula-mulanya, aku tak pernah terfikir pun aku akan mengalami perhubungan jarak jauh ni. Tapi...dah nama ketentuan Tuhan, kalau dah jodoh tu dengan orang jauh, begitulah adanya. 

Nak dijadikan kisah benar..my Mr. Fiance ni orang Kota Kinabalu, dan saya lak org Sarawak. Bleh la tahan jauhnya, tp jangan ler nak bandingkan jauhnya Malaysia- Amsterdam ...huhahaha...kenape aku sebut Amsterdam? Bukan London? Bukan New York? Sebab ........ aku suka Amsterdam ler...hihihihi...

Aku dengan Mr Fiance ni, jumpa pun 2-3 bulan sekali. Itupun kami bertukar giliran. Kalau bulan pertama dia yang datang ke Miri, dua atau 3 bulan lepas tu turn aku la pulak pegi KK. Harus ada kompromi!!!! Dulu masa mula-mula bercinta, memang la sengsara nak mampus je aku cuba sesuaikan diri. Kadang-kadang macam hilang keyakinan diri, selalu fikir benda tak baik, itu la..ini la...paling tak seronok bila tengok kawan-kawan yang bercinta 'jarak dekat' - maknanya kekasih ada depan mata le tu..., tengok dorang keluar sama, pegi makan sama..terdetik juga la perasaan cemburu. Aku ni pulak, 2-3 bulan sekali baru la dapat dating. Itupun kami banyak habiskan masa dengan keluarga masing-masing ( kenal keluarga pasangan tu penting you !!! Hubungan mesti direstui barula membawa berkat...tak bleh membelakangkan orang tua gitu! )

Tapi sekarang after 2 tahun bercinta, alhamdulillah. So far so good. Aku bersyukur sebab aku dengan Mr Fiance dapat lalui segala bentuk rintangan dengan baik. Hubungan kami tak ler happy memanjang, tetap ada juga pasang surutnya, tp...alhamdulillah. Mana ada hubungan yang 100% sempurna.

Dan sekarang aku happy dengan apa yang aku ada. Sebelum ni kami jarang dating...tp tak pe, aku dah biasa. Walaupun jarang dating, jarang jumpa tak bermakna cinta kasih kami tak berkembang. Ala....kalau dah jodoh, jumpa setahun sekali pun....tetap jodoh tu jugak yang akan datang..kalau takde jodoh, bercinta la korang 10 tahun sana...tetap takkan menjadi jugak..( based on my experience k..! )

Ni aku tgh kira hari nak nikah. Orang lain dok sibuk nak raya, aku lak dok sibuk kira hari nak nikah! gatallll ! Hahahaha....

P/s: Aku tak prejudis dengan hubungan jarak dekat....korang jangan lak salah faham k.

source: google

xoxo..
Peace No war!

Sunday, August 15, 2010

Preparation for Br!de 2 Be .. (^_^)



Hi ... hi .. hi ...

Aku dah semakin sibuk, tak menang tangan nak buat semua benda. 

For the moment aku blum dpt nak update semua benda yang aku dah buat dengan detail.

Ini ringkasan preparation yg aku dah buat:

1. Photoghrapher ..



 I pilih ... Faizal Huio. Hehehe..memang ramai yg promote tukang gbr pada aku, tapi aku pilih berdasarkan keselesaan aku. Kenapa aku pilih Faizal Huio?  

 a ) Sebab dia kawan sekerja aku ler.... then hasil kerja dia pun bagus. Sesapa yang nak tgk contoh hasil gambar dia bleh klik kat link ni yer http://www.faizalhuio.com/blog boleh ler tgk2 hasil kerja Faizal Huio and the geng..

b) Alasan kedua, oleh kerana dia kawan sekerja aku, bermaksud aku nak bekerja dgn tukang gambar yg aku dah kenal, dan aku selesa dengan mereka. Apapun, aku masih lagi memilih pakej yang aku nak dari Faizal Huio..perkara paling utama yg aku nak pertimbangkan untuk pilih pakej ni of course ler dari segi harga .. dan kemudiannya perkara-perkara sampingan cthnya... aku nak sticky album atau pun custom made album (like a story book.. : ) )



2. Tudung .. 

Actually aku ni 'free hair' punya orang ler..but untuk majlis nikah, aku prefer untuk pakai tudung, lebih molek gitu. Jadi, oleh kerana aku ni berada di Miri, mmg sangat terasa susah la aku nak cari tudung putih.. aku dah byk buat blog review, macam-macam pendapat lak aku baca. Apapun, aku tak kisah sangat la. Ada yang kata kalau guna tudung yang ada 'awning' nanti susah plak husband nak cium dahi semasa upacara membatalkan air sembahyang. Tapi..tengok-tengok plak sekarang ramai lak pengantin pakai tudung ada awning ni. Erm...agaknye...depend dengan pengantin tu sendiri la nak pilih jenis tudung yg mereka nak pakai..Dan aku...he he he ...aku dah beli inner tudung plain warna putih, dengan layah simple warna putih gak..nanti kalau aku rajin dan berkesempatan, agaknya aku akan buat ujikaji untuk menjahit manik-manik kat awning tu..

Tengah pikir ni nak corak yang mana 1 :


Yang ni memang cantik ... ngam sesangat la utk tema hari pernikahan aku...white & silver..


Corak ni cantik. Of course ler tudung aku bukan kaler ni..aku suka tengok coraknya. Rase nye aku tahu kat mana nak beli bahan untuk buat corak mcm ni.. he he he


Bunga nye cantik...... 

Erm...pendek kata nya aku agak cerewet jugak bab-bab pilih tudung ni. Tapi nak buat macam mane..kawen tu sekali seumur hidup (Insyaallah...harap2 nanti rumahtangga aku berkekalan dan bahagia sehingga ke akhir hayat )

P/s : Aku tak nak pakai crown...Tak nak..! Tak nak ! Tak nak..! 



Antara gambar-gambar yang memberikan inspirasi ... I LIKE !!!

3. Mak Andam ...

Mak Andam  .... yang ni la paling awal aku cari ... aku dah book kawan aku Geena Vee (bleh cari namanya dalam FB yer....) .. so, tak perlu la aku nak risau-risau ke hulu ke hilir cari mak andam. 

Erm...itu je la untuk sementara waktu...mcm habis idea lak...


Muahhhssss...
xoxo

Tuesday, July 6, 2010

The truth of me : Part 1 : My Interest


SUKAN

Olahraga
Time sekolah rendah, aku adalah biak ompuan yang amatlah lasak. Sukan paling aku minat adalah lumba lari (acara pecut la terutamanya...100m..200m...lari jarak jauh eboh suruh akulah, mok suruh aku semput boleh..!) Aku selalu mewakili sekolah, tiap-tiap hari aku berlatih lari. Jadual berlatih ya selalunya tiap-tiap pagi selama 30minit sebelum kelas bermula...dan petang ya nang standardla...kadang-kadang pukul 5ptg baru balit rumah. Iboh ditanya la gney rupa fizikal aku...kulit nang kaler gelap lah..Aku memang berik full komitmen dengan sukan olahraga kegemaran aku tok sampei aku pernah simpan cita-cita mauk jadi pelumba lari wanita bertaraf antarabangsa (tek kononlah..ha ha ha ha ha )
Bola Tampar a.k.a Volleball

Then, aku sangat suka dengan bola tampar. Asal ada masa free petang selain berlatih lumba lari, memang akan bermain bola tampar bersama dengan kawan-kawan.Kebetulan ada cikgu yang memang suka main bola tampar, apa lagik...enjoy berhabisan lah kamek orang main bola tampar.

Bola Sepak 

Dan seterusnya...bola sepak. Tok adalah puncanya gney aku boleh minat bola. Selalu time PJK kamek orang akan berebut milih permainan yang kamek orang maok main. Sik la sepanjang masa asal PJK kmk orang nak main bola tampar ajak. Jadi selalu juakla time PJK kmk orang bermain bola..tendang sia tendang sitok..sama juak ngegeh nandok bola, sak jak rambut tocang duak, nang benar kedak kerbo nandok orang lah..

Tapi....all my interest ngan sukan lumba lari, bola tampar dengan bola sepak kurang diamal pabila aku masuk sekolah menengah agama. U know...dah nama sekolah agama..memang banyak benda kenak limit. Masa form one aku masih gik aktif dengan sukan lumba lari walaupun sukan dengan bertudung..dan bola tampar aku aktif starting form 3 (jangan nak mempersoalkan minat aku ngan bola tampar, kerana aku pernah diberik pilihan pilih mewakili sekolah utk bola tampar atau ikut kursus pengawas [aku bakal penolong ketua pengawas masa aku form 4] aku milih untuk stay di sekolah dan berlatih main bola tampar). Cuma aku terkilan,cikgu ya tipu aku..sedangkan kawan aku yang dipilih untuk pergi kursus pengawas ya sama juak terlibat dengan bola tampar, tapi lepas habis kursus nya tetap disuruh main bola tampar. Ini tidak adil! Ini tidak adil ! Tapi sik apa, walaupun terkilan aku anggap ajak ya bukan rezeki aku lah utk jadi penolong pengawas..bukan aku ingin pun, sebab aku sikda hebatnya berbanding kawan-kawan aku yang lain yang melayakkan aku untuk pegang jawatan penolong pengawas ya. Aku bukanlah penjahat, tapi aku sik suka terkawal dengan peraturan, aku suka terbang bebas seperti burung...


SELEBRITI KEGEMARAN


Jonathan Brandis



Tokla pelakon yang aku gila-gilakan macam nak mampus. Huh...dolok aku ada scrab book, pake aku melekatkan gambar pelakon tok. Time ya aku gila nangganya berlakon dalam siri tv Seaquest DSV. Nang aku rasanyalah pelakon paling cute di seluruh alam. 

Untuk entry tok aku sik akan engkah biography nya lah. Apapun pelakon tok dah pun meninggal dunia lam tahun 2003, committed suicide. Sayang sekali nya bunuh diri masa umurnya 27tahun. Tekanan kerana penurunan kerjaya..


p/s: Aku pernah tulis surat ngan nya tok. Dapat alamatnya dari sebuah magazine, lalu aku tek mengutuskan surat ngannya. Aku tulis in bm, then aku mintak tolong kawan aku translate to english. Aku dah pos..wallahualam..entah surat ya nya dah terima atau sik, apa yang pasti sampeinya dah mati aku sik pernah terima surat balas. Huhuhu...past is past la...huahahaha...




Nick Carter


Nick & Backstreet Boys

Dolok kononnya aku tok suka menggelar dirik aku Nick Manisa(apakah juak...cissss....ha ha ha). Setiap album (kaset lah ya) terbaru sidak Backstreet Boys tok aku beli, asal keluar album baru memang aku sanggup mintak keluar ke kedai untuk beli album terbaru daknya. Dapat menjadi antara orang terawal meli kaset daknya menjadi kepuasan bagi aku. Banyak poster daknya, tapi semua dah kenak makan anai-anai. Ha Ha Ha 



Aku suka Nick masanya aktif dengan Backstreet Boys. I'll never break Your Heart...huhuhu...aku gik ingat lagu ya. 

Tapi kinek tok Nick...huh...



What the H***........sot bah! Ciiissssss....

To be continue la entry tok. Tired gila babi mata ku sepanjang hari nangga skrin komputer...

All about Friend & Friendship


The Health Benefits of Friendship



The health benefits of friendship include a longer, healthier life. Plus, being a good friend makes your life more fun, interesting, and easy to handle! Another health benefit of friendship is that when you have even one best or close friend, your attitude and ability to deal with stress and problems is greatly increased.

Surprisingly, even spending time with an intimate partner doesn't provide the same health benefits as friendship. Good friends offer a different kind of support than lovers, siblings, parents, or children do. Good friends provide a different level of understanding and communication -- and this positively affects your health, wellness, and attitude. Strong feelings of connectedness is another health benefit of friendship.

Researchers haven’t figured out exactly how, but friends boost your immune system. Good friends help you relax, take a deep breath, and remember what really matters – and why. The connection and relationship you feel when you’re with your friends boosts your feelings of hope, faith, and belief that things will be Okay. Friends provide comfort and companionship, laughter and honesty. A strong support network can also keep you motivated and energized! This is why it's important to know how to be a good friend.

6 Ways To Be A Good Friend

  1. Spend time together :- If you can’t go for walks or to yoga class together, then telephone or email your friend regularly. The conversations needn’t be long or personal; those quick “I’m thinking of you” moments can go a long way in making a strong support network.
  2. Make friends a priority  :- Maybe you “should” clean the house, wash the dog, go grocery shopping, or watch tv (some people feel they should do that!). But give those “shoulds” the brush and prioritize your friendships. There will be plenty of time for those “shoulds” when you’re dead. For now, think about the health benefits of friendship.
  3. Be there for the good and bad:- Show up for the funerals and the weddings, the surgeries and the celebrations! Be sincerely sad or genuinely happy for your friend – and include them on the good and bad in your life, too. One way to be a good friend is to be inclusive.
  4. Don’t keep score:-  Who called who last? Who bought lunch last? Who spent the most on Christmas gifts? Who forgot whose birthday? Who cares? If you have a good friend, cut a little slack. If your friendship really isn’t that great, then maybe you need to re-evaluate it. The health benefits of friendship will outlast the score-keeping cards.
  5. Notice the little stuff :- The conversations that matter the most are the quick little ones that last only a few minutes. It’s not always the deep long heart-to-hearts that bond friends together -- it's the day to day minutiae of everyday life. One way to be a good friend is to have short, sweet conversations.
  6. Focus on the positive :- We all have quirks and weaknesses; focusing on your friend’s strengths and wonderful qualities will keep your friendship alive and strong. To be a good friend, forget about the things you wish were different.





Huhuhuu....let share one short story about what truly friend is..

This story is dedicated to all those who believe in friendship. 

Readers! Once upon a time there lived two great friends in a hamlet near Jaipur. Jay and Vijay had been friends since their childhood. Now they were studying in a college, which was at far distance from their place. In the way they had to cross a river, pass hills and sandy area too. They used to go to college together. Their friendship was famous in college. 

One rainy day the two friends set out for college as usual. They were chatting while walking. Perhaps they were discussing some point of atomic theory which was taught on previous day. The two had different opinions. There began heated arguments. This was followed by abusive language by both sides. Things got so bad that in a fit of anger Jay slapped Vijay. Shell shocked Vijay stared at his friend and wrote on sand that “today my best friend slapped me.” Both resumed their walk but now they were silent. Meanwhile they reached the river which was overflowing today. Vijay was not a good swimmer. He stepped into the river but … began to drown and flow with force of water in the direction of the flood. Jay saw this and without thinking for a second jumped into the river. With difficulty he could drag Vijay out of the river. He helped Vijay restore his normal breath. When Vijay became normal, he wrote on a hill that “today my best friend saved my life.” 

Jay who was observing all this could not help asking “why did you write it on sand when I slapped you and why are you writing on the hill when I’ve saved your life?” Vijay replied that “we should soon forget wrong done by our friends and dear ones as writing on sand gets erased in no time, but if they do something good for us we should always remember their kindness just as writing on stones is for ever.” Saying this Vijay hugged his friends and two wend to college as if nothing had happened. 



So,,,enjoy friend. 

p/s: utk sesiapa yang menganggap dirinya betul-betul seorang kawan, kajilah sikap sendiri dulu..jangan dalam jadi kawan kamu menjadi duri dalam daging........

Remark: Aku sebenarnya seorang yang ada masalah untuk percayakan sebuah 'friendship' sebab aku selalu kenak khianat oleh kawan sendirik....sakit rasa dikhianat kawan sendirik. But for now after so many years berlalu,,aku bagi peluang kepada dirik aku untuk mempunyai kawan...no matter how old are them, yang pasti daknya buat aku happy..

Monday, July 5, 2010

-----> FOOTBALL FEVER <-----


World Cup Fever…? Hak Hak Hak .. ini adalah demam yang melanda seluruh dunia..tapi tak merbahaya seperti H1N1.

Whose Your Favourite team? Which Country..?

-         Me myself….like SPAIN very much..dari dulu sampai sekarang..

Honestly…aku sangat minat kepada pemain veteran Spain (taklah veteran sangat..tapi yang pasti untuk 2010 ni dia tak lagi turun padang…tak muda lagi..ha ha ha). Pemain tu tak lain dan tak bukan Raul Gonzales. Aku minat sangat kat dia, tapi aku minat tak lah terlalu fanatik sampai aku nak beli semua barang yang ada nama dia, sampai aku nak show off  kat semua orang aku minat dia. Aku minat aku simpan dalam hati. Aku minat Spain pun aku diam-diam je...tak nak over-over...

Aku pun tahu...tak ramai yang predict Spain akan masuk melepasi tahap semi final. Tapi aku berbangga jugak ler...sebab team kegemaran aku ni dah bertahan. Alkisahnya kawan-kawan aku, ramai yang minat team-team gergasi, seperti Brazil (Joyce, i’m not talking bout you haaaaa...ha ha ha)...ada yang minat Itali..ada yang minat Argentina. But that’s all up to them bah...tiada manjadi masalah untuk aku mereka nak minat sesiapa pun…sokong Negara mana pun untuk world cup..tapi…tapi….aku tak suka bila ada yang mempersoalkan ’why dulu kau tak minat..?’ ’why dulu kau tak macam ni..?’ ”why....? why....? why...?’ so many why….!!! Really make me pissed off!

Inilah wajah pemain kesukaan aku : 

 -
-
-
-

Tak puas jugak…nak tengok muka…? Okey..ni muka dia….


-
-
-

Tak puas hati lagi…? Ni biography dia…



-
-
-
Tak puas hati jugak ke.............??? Cari mu sendiri dalam internet...banyak info dia tu.

p/s: Mun suka gilak mempersoalkan interest orang 'kau' ya...lak ku update ngan kau warna seluar dalam aku lah......

Sakitnya Hati ku................


Ok…this is a simple entry…

I cant get it bila ada some of my friend bila rasa dirinya sudah tidak dapat membangkang hujah kawan-kawan yang lain, mereka lebih cenderung memilih untuk mengungkit semula kelemahan kawan…kisah-kisah silam yang memalukan..demi untuk memastikan mereka sentiasa menang semasa berhujah, semasa berdebat..baik pun semasa berbincang..

Yalah...tak dinafikan, ada kawan yg sikapnya sangat-sangatlah mengganggu kita, very-very annoying kata org ( sorry eek if my tatabahasa dlm penggunaan English sangat teruk..ha ha) but they are still our friend. Yang hairannya, dorang tak sedar ke..apa yang dorang cakap tu dah mengganggu sensitiviti orang lain..?





p/s: Ko punyalah semua tu......apa pun ko lah yg hebat..kko lah yg pandai...kau lah yang lebih.....idiottttt..!!! Menyakitkan hati.........!!!

Sunday, July 4, 2010

- Mentality Manusia -

Entry kali tok berkisar tentang persiapan aku dlm nak mereadykan dirik utk majlis perkahwinan aku, biarlah aku meng'sub'topikkan nya...

PELAMIN
  
Hal pelamin, me and my family dah setuju utk menjimatkan kos utk membuat sendirik jak pelamin. Bukan apa...utk membuat pelamin, mun gik nak sewa2 di Miri tok, harga very the expensive. Puas aku ngeliling bandar Miri tok, mencarik tempat yg menyediakan persiapan perkahwinan dgn harga yg berpatutan. Erm...tp....dah kira tambah tolak darab bahagi..aku tetap juak decide utk buat pelamin sendirik. Biarlah kacak sik kacak di mata orang, yang penting aku suka...aku puas hati.  Why harga barang di Miri mahal gilak....?. So last2 beli jak kain sendirik, kebetulan last time gi KK, berkesempatan g KK membeli kain. Murahhhhhhh......kain pun okey...who care's juak kain ya murah ka mahal..? Aku dan tunang aku punya duit, sukati kami la....yg penting kmk org buat ikut kemampuan kmk orang..biarlah...


Tok adalah gbr contoh....idea buat pelamin tok boleh la diguna pakai. Lagikpun majlis sanding aku kan buat di rumah...so..tema adalah 'sederhana' tp 'happening;....hahaha....oopppssss...tema majlis aku adalah Merah dan Putih...


BAJU PENGANTIN

Baju tok juak cgek hal. Carik baju pengantin di Miri, ya rabbi...harga...heeeerrrmmm..sendat geruk ku nak nyebut. Bolehnya mencecah harga sampe rm500+ hingga rm600+ sepasang. Oleh kerana aku tok berasal dari golongang yang sederhana, jadi bagi aku harga ya memang lah 'agak mahal'. Utk org mampu...memanglah klik jari jak daknya. Actually, aku sik kisahlah berbelanja rm500 sepasang ya, asal ku rasa puas hati dan harga rm500+ ya berbaloi dgn rupa baju. Dan...dan....sekali lagik aku rasa...quality baju not so good. Dan juga buat kesekian kali nya, aku menyewa baju d KK...mmg agak simple la designnya, tp compare dgn harga memang consider berbaloi. Once again aku nak madah...dulilah baju aku harga berapapun..janji aku happy, aku puas hati....aku dan tunang aku punya duit, sukati kamilah...ha ha ha ha ha
Ada member selalu tanya, ko sewa or buat sendirik baju..? Aku honestly madah, aku sewa. Why sewa..? Setiap org ada pendapat sendirik berkenaan isu sewa dan buat sendirik baju pengantin tok. Tp sbnrnya bagi aku..baju k nikah yang penting dibuat sendirik. Baju sanding, sewa ajaklah. Paling2 mun kita tok nang pandei jahit..sik apalah buat baju sendirik pun (time mcm tok la aku nyesal sik mok belaja jahit..mak aku berkali-kali nyuruh belaja jahit, aku bengkeng sik mok. Time sekolah pun aku ambik sains pertanian...sik mok ambik sains rumah tangga..ha ha ha..sot..) Terserahla kawan2 mun nak buat baju sendirik, kedei kain byk..asal sanggup berbelanja ajak. Bagi aku lagik penting kita buat sesuatu semampunya kita, jgn melebihi kemampuan hanya kerana mok dptkan majlis yg grand2..ya nyusah dirik namanya..

Jom..kita tgk baju2 pengantin...contoh2 ajaklah...sikkan aku nak upload awal baju sanding aku..ha ha ha ha


Gold color.....nice one....anyway...baju ini cantik jugak....




Tok kelabu.....erm....tema baju d Bongawan lak.......
*** Makcik andam...baju kami tempah dah alter ke....??? Hik...Hik...Hik....


BUNGA

Bunga...? Erm....penting bunga tok utk eksesori tambahan dlm apa2 majlis pun. Sekda bunga sekdalah serinya.

Okay...dengan happynya aku nak madah, bunga pilihan aku adalah bunga tulip.  Tok ku upload gbr bunga tulip. Sebenarnya tunang aku pun sik tauk gney rupa bunga tulip. Bengong sungguh dia itu....

Red Tulip 

Cantikkan White Tulip..
This is the color of the flower yang aku tgh carik..

WHY TULIP....?????

Bila kita dah minat, kita sik akan dpt explain in detail kenak kita minat sesuatu benda ya..betul sik...? Rasanya aku dah ada post before tok kronologi tulip aku tok. Apapun...aku suka sesuatu yang unik...so..bunga mawar @ ros terlalu common utk aku. Yessss....bunga tulip susah nak dapat...mun ada pun bunga freshnya, mesti harganya mahal. Dah nama aku suka...so....ada aku kesah....? Yang penting aku heppi...hi hi...

P/s: utk my fiance...inilah bunga tulip sayang ooooiiii......


KAD JEMPUTAN
Kad jemputan tok memang susah nak cerita. Aku mok kad yang simple2..jimat belanja. Gik pun aku rasa aku sik lah tempah kad byk gilak...cukup2 dalam 200 kad ajak..hi hi hi...byk kawan promote kad, semua madah mun tempah dgn nya tok murah, tempah ngannya ya murah...tp aku madah aku bukan nak tempah kad sampei seribu pun. Huhuhu...ada yang bila nanggar aku carik2 kad jemputan utk ditempah secara online, bila nangga harga yang aku aim ya berposen sekeping...ada yang senyum sumbing. Kenaklah...? Apa juak masalahnya mun aku ambik kad yang harganya kurang dari rm1 sekeping..? Bukan aku sik mok dgr pendapat...aku cuma nak jimat jak. Byk nak pakei duit ya kelak time majlis sanding. Jgn berbelanja lebih ngan kad ajak...asal unik rupa okeylah ya..kan aku dah padah majlis aku bertemakan 'sederhana tapi meriah'...yang penting ya adalah majlis nikah..halal segalanya..

Okeyla...ya ajak dolok setakat tok. Gik ngantok mataku..isshhh..issshhh


P/s: I Love My fiance...I Love my family...muahhhhhssssss xoxo

Friday, June 25, 2010

Ikan Bawal Masak Kari



Hehehe….aku suka mencuba perlbagai jenis masakan ( aku orang Swk, memang ada masa ku update blog pake bahasa swk…tapi ada masa aku nak guna bahasa yang semua orang paham..bahasa melayu campur ler….bahasa omputeh aku kureng arif…mesti ada grammar error lak…hikhikhik )

Aku update blog sambil nangga FIFA World Cup Cameroon vs Netherlands (this team adalah team favourite tunang aku…)

sebenarnya ada sejarah di sebalik kari ikan bawal ni. Tak tahu la nak cerita kat sini atau tidak. Cerita…tidak…cerita….tidak….cerita….ok. Aku cerita lah sikit2.

Dulu sebelum aku pindah ke tempat aku tinggal skrg ni, aku tinggal menumpang kat rumah seorang manusia ni (mereka sekeluarga okey…). Kiranya aku bukanlah dialu-alukan sangat pun tinggal kat rumah tu, tapi oleh kerana faktor2 tertentu, aku terpaksa terus tinggal di situ dan mereka yang tidak suka aku pun terpaksa terima kehadiran aku di rumah mereka.

Alkisahnya, aku ni rajinla bawa bekal makanan ke tempat kerja. Sedap kalau bawa makanan yang dimasak sendiri. Walaupun aku tinggal serumah dengan family manusia tu, biasanya makanan yang aku masak itulah yang akan aku ‘tapau’ untuk di makan di pejabat sewaktu rehat. Erm….kenapa aku masak sendiri..? Sebab selera tak sama. Sebab apa yang aku masak kadang-kadang mereka tak makan..jadi daripada berbuang baik aku bawa lebihan ke ofis.

Pada suatu hari…nenek manusia tu masakla kari ikan bawal. Punyalah sedap aromanya, menusuk ke lubang idung je. Memang nenek tu berhati mulia bila dia Tanya aku nak bawa bekal ke tidak…aku cakap memang la aku nak bawa bekal. Lepas tu lagi dengan baik hati dia siap offer, kalau nak bawalah kari tu. Aku apa lagi, punyalah seronok..cepat-cepat ambil Tupperware..tapi, ada tapi nya lagi..bila aku pegang senduk nak ceduk kari, nenek tu cepat-cepat hampiri aku, sambil kata ‘nanti aku pilihkan  ikan untuk engkau..’

Aku apa lagi, teruslah handoverkan senduk tu kepada nenek manusia tu. Punyalah concentrate mata aku memerhati tangan orang tua tu mencari hirisan ikan utk  aku, dan akhirnya dia sendukkan dua hirisan kecil isi ikan bawal tu. Dia pun cakap ‘cukuplah untuk bekal makanan kau..’

Terkebil je biji mata aku tengok. Kenapa la macam tu sekali? Haruskah pilih mcm tu sekali..? Sebak rasa hati. Dan hari itu aku bawa juga bekal kari ikan bawal itu ke pejabat dari berat hati, makan dengan ditemani perasaan sedih sambil rindukan emak di kampung. Agaknya..mungkin kerana 2 tahun aku makan hati berulam jantung tinggal menumpang di rumah manusia tu, maka body aku slim semulajadi tanpa perlu diet sehinggakan ringannya badan aku mencecah 43kg. huhuhuhuh

Jadi skrg ni aku dah terlepas dari mereka, aku hidup heppi2 je. Aku jalani hidup aku gembira seadanya. Dan…aku akan masak apapun yang terlintas di fikiran aku..dan kari ikan bawal tu bolehla dikira pembalasan si pitung untuk rasa terkilan aku kerana diberi hirisan kecil ikan bawal pada masa dulu (aku bukan tamak nak hirisan besar..Cuma aku terkilan sebab sampai makanan yang aku nak makan pun mereka nak kira….) and now…aku pening kepala fikir nak diet, sebab berat badan aku dah mencecah 53kg …senang hati sangat ke aku…? Ha ! Ha ! Ha !



Resipi Kari Ikan Bawal (terjun) Edisi Omnia ni..



1 ekor ikan bawal (cukup utk seorang jer..)
Bwg Merah dan Bwg Putih secukupnya.
Halia
Serai
Asam keping /  asam jawa (secukup rasa)
Ofcourse…Kari Ikan
Santan
Minyak masak..
Cili (kalau nak)
Kacang Ladyfinger..

Cara membuatnya:
  1. Tumbuk bwg merah, bwg putih, serai (yang dihiris halus2), halia dan cili sampai lumat – kata tunang aku bahan masakan yang ditumbuk guna lesung tangan lagi best berbanding dikisar menggunakan blender..hehe
  2. Tumis minyak masak..dah panas masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi. Goreng ler hingga naik bau..
  3. Lepas tu masukkan kari yang dicampur sedikir air. Tumis sampai pecah minyak
  4. Masukkan ikan yang telah dihiris
  5. Masukkan santan.
  6. Last…masukkan lah bahan2 perasa.
  7. Masukkan Ladyfinger.


Itu sahaja…sekian terima kasih!