Huhuhu......malam ni dah tengok anak bulan, tp rasanya...raya memang ajakn jatuh pada hari Jummat bersamaan dengan 10 Sept 2010. Untuk tahun ni, maybe preparation raya aku agak kurang meriah, sebab banyaknya kuih dan biskut aku order dari orang lain atau dalam erti kata lainnya, main tunjuk jer...........
Apapun, aku cuma teringin nak buat satay jer, nak cuba resipi buat satay sebab mak aku buat satay selalunya rasa satay tu kurang menjadi. Jadi ada lagilah nampaknya satay versi 'try and error' aku sempena 1 syawal ni nanti..
Untuk baju raya, aku buat sepasang jer baju kurung. Malas la nak buat banyak sangat baju...tak ke mana sangat pun aku nak berziarah waktu raya nanti, cuti pun terhad..raya ke -3 dah masuk keje balik. Jadi...persiapan serba sederhana..sepasang baju kurung..sedondon warnanya dengan baju tunang aku..
Sebut pasal preparation untuk wedding tu, yang ni lah yang buat aku stress yang amat sangat. Huhuhu..bukan senang nak buat majlis persandingan dengan budget yang limited. Secara ringkasnya aku nak majlis yang sederhana sahaja, tak nak la membazir, berbelanja secara berlebihan. Apa yang penting, majlis pernikahan berjalan dengan lancar..majlis berlangsung dengan meriah dan semua orang yang datang berasa gembira dan puas hati..
Erm....sekarang ni pun aku kurang sihat jer memanjang. Agaknya kerana stress la tu. Dalam bulan september ni saja dah dua kali aku ambil sick leave. Huhuhu...hari ni aku keje pun dengan suara ala2 sinchan yang serak....dah beberapa hari aku batuk sampai tekak rasa perit yang amat sangat!
Tak tahu nak cite apa lagi. Agaknya sampai setel majlis persandingan aku nanti barulah idea aku nak tulis blog ni melimpah ruah kot.....
xoxo ---- babyblue in da house !!! -----xoxo
No comments:
Post a Comment