Wednesday, March 6, 2013

Sedih : Tribute to our Fallen Heroes Of Lahad Datu

As-salam semua ... ( anggao jer la kunun2nya ramai follower blog aku nih ... :) )

Hari ni hari pertama aku kerja minggu ni. Hari Isnin dah Selasa aku cuti, semua gara-gara aku risaukan keselamatan diri sendiri yang nak kena drive jauh dari kampun hubby ke tempat kerja, agak-agak dalam 1jam 15minit gitu ...

Last Friday, mulalah kecoh di pejabat, penceroboh di Lahad Datu tembak mati 2 orang komando Polis ( anggota Vat 69 ) ... memang agak mengejutkan dan tidak terduga sampai macam tu sekali jadinya rentetan kes pencerobohan tu.

Sehingga hari ni pun aku masih tumpang bersedih dengan apa yang terjadi. Kenapa harus ada pertumpahan darah?

Sedih tengok ahli keluarga pegawai atau anggota PDRM yang terkorban. Kita yang memandang dari kejauhan ni saja dah terasa sebaknya, dah terasa sesaknya nafas...pernah tak bayangkan perasaan ahli keluarga mereka, ahli keluarga yang mereka tinggalkan..? Ayah, Ibu, Isteri, anak2, adik beradik mereka ... Ya Allah.... Sungguh lemah hamba Mu ni, tidak dapat menahan kesedihan.

Nantila kita sambung lagi ini ye .... xoxo