Sunday, September 12, 2010

Selamat Hari Raya !!!

Alhamdulillah....10 Sept 10 kita telah menyambut 1 Syawal yang kita nanti2kan setelah genap sebulan kita berpuasa. Aku takde la ambil cuti lama... 10 Sept cuti sehari je, lepas tu 11 Sept lak aku Offday...then today, aku keje start kol 1pm. Memang bosan giler....mood nak keje pun takde. Tengok muka passenger pun semacam je.

Keja punya keja...dalam pukul 5 barula mood keja tu datang sikit. Atleast aku ada juga ucap "terima kasih...selamat hari raya.." untuk pax yang datang ke kaunter dengan berbaju kurung dan berbaju  melayu. Bukan apa...aku bosan la keja waktu orang tengah beraya sakan ni. Cemburu gak tangok mereka hujung2 minggu sempena raya ni berpakaian cantik2...beramai-ramai dengan mak bapak adik beradik beraya sakan..

Apapun, cuma ada satu masalah...time raya macam ni area kampung aku lak takde air paip. Entah apa masalahnya, kata mereka-mereka yang berkaitan, kepala paip ada masalah. Ish..ish..ish...kenapa la masa raya perkhidmatan bekalan air terganggu. Nasib baik rumah dekat dengan sungai, so...apa lagi..mengembalikan nostalgia silam di zaman sekolah rendah ler, MANDI SUNGAI..!!!!!

Erkhhh...kata kawan aku zura, hari ini aku masuk kerja dengan muka penuh riak 'kebingungan'. Agaknya memang betul la tu tekaan dia...aku bingung + takde mood...sebab keja masa raya dan bingung fikirkan majlis perkahwinan aku yang akan berlangsung pada 19 Sept ni nanti. Huhuhuhuhu...ingat senang ke nak kawen...????!!!!


---- XoXo -----

Wednesday, September 8, 2010

2 in 1 : Preparation for Hari Raya and My Wedding

Huhuhu......malam ni dah tengok anak bulan, tp rasanya...raya memang ajakn jatuh pada hari Jummat bersamaan dengan 10 Sept 2010. Untuk tahun ni, maybe preparation raya aku agak kurang meriah, sebab banyaknya kuih dan biskut aku order dari orang lain atau dalam erti kata lainnya, main tunjuk jer...........

Apapun, aku cuma teringin nak buat satay jer, nak cuba resipi buat satay sebab mak aku buat satay selalunya rasa satay tu kurang menjadi. Jadi ada lagilah nampaknya satay versi 'try and error' aku sempena 1 syawal ni nanti..

Untuk baju raya, aku buat sepasang jer baju kurung. Malas la nak buat banyak sangat baju...tak ke mana sangat pun aku nak berziarah waktu raya nanti, cuti pun terhad..raya ke -3 dah masuk keje balik. Jadi...persiapan serba sederhana..sepasang baju kurung..sedondon warnanya dengan baju tunang aku..

Sebut pasal preparation untuk wedding tu, yang ni lah yang buat aku stress yang amat sangat. Huhuhu..bukan senang nak buat majlis persandingan dengan budget yang limited. Secara ringkasnya aku nak majlis yang sederhana sahaja, tak nak la membazir, berbelanja secara berlebihan. Apa yang penting, majlis pernikahan berjalan dengan lancar..majlis berlangsung dengan meriah dan semua orang yang datang berasa gembira dan puas hati..

Erm....sekarang ni pun aku kurang sihat jer memanjang. Agaknya kerana stress la tu. Dalam bulan september ni saja dah dua kali aku ambil sick leave. Huhuhu...hari ni aku keje pun dengan suara ala2 sinchan yang serak....dah beberapa hari aku batuk sampai tekak rasa perit yang amat sangat!

Tak tahu nak cite apa lagi. Agaknya sampai setel majlis persandingan aku nanti barulah idea aku nak tulis blog ni melimpah ruah kot.....

xoxo ---- babyblue in da house !!! -----xoxo

Wednesday, September 1, 2010

PJJ - Perhubungan Jarak Jauh

 source: google


Ok..kali ni kita mengupas tajuk PJJ. Bukan pembelajaran jarak jauh k...tp perhubungan jarak jauh. Mula-mulanya, aku tak pernah terfikir pun aku akan mengalami perhubungan jarak jauh ni. Tapi...dah nama ketentuan Tuhan, kalau dah jodoh tu dengan orang jauh, begitulah adanya. 

Nak dijadikan kisah benar..my Mr. Fiance ni orang Kota Kinabalu, dan saya lak org Sarawak. Bleh la tahan jauhnya, tp jangan ler nak bandingkan jauhnya Malaysia- Amsterdam ...huhahaha...kenape aku sebut Amsterdam? Bukan London? Bukan New York? Sebab ........ aku suka Amsterdam ler...hihihihi...

Aku dengan Mr Fiance ni, jumpa pun 2-3 bulan sekali. Itupun kami bertukar giliran. Kalau bulan pertama dia yang datang ke Miri, dua atau 3 bulan lepas tu turn aku la pulak pegi KK. Harus ada kompromi!!!! Dulu masa mula-mula bercinta, memang la sengsara nak mampus je aku cuba sesuaikan diri. Kadang-kadang macam hilang keyakinan diri, selalu fikir benda tak baik, itu la..ini la...paling tak seronok bila tengok kawan-kawan yang bercinta 'jarak dekat' - maknanya kekasih ada depan mata le tu..., tengok dorang keluar sama, pegi makan sama..terdetik juga la perasaan cemburu. Aku ni pulak, 2-3 bulan sekali baru la dapat dating. Itupun kami banyak habiskan masa dengan keluarga masing-masing ( kenal keluarga pasangan tu penting you !!! Hubungan mesti direstui barula membawa berkat...tak bleh membelakangkan orang tua gitu! )

Tapi sekarang after 2 tahun bercinta, alhamdulillah. So far so good. Aku bersyukur sebab aku dengan Mr Fiance dapat lalui segala bentuk rintangan dengan baik. Hubungan kami tak ler happy memanjang, tetap ada juga pasang surutnya, tp...alhamdulillah. Mana ada hubungan yang 100% sempurna.

Dan sekarang aku happy dengan apa yang aku ada. Sebelum ni kami jarang dating...tp tak pe, aku dah biasa. Walaupun jarang dating, jarang jumpa tak bermakna cinta kasih kami tak berkembang. Ala....kalau dah jodoh, jumpa setahun sekali pun....tetap jodoh tu jugak yang akan datang..kalau takde jodoh, bercinta la korang 10 tahun sana...tetap takkan menjadi jugak..( based on my experience k..! )

Ni aku tgh kira hari nak nikah. Orang lain dok sibuk nak raya, aku lak dok sibuk kira hari nak nikah! gatallll ! Hahahaha....

P/s: Aku tak prejudis dengan hubungan jarak dekat....korang jangan lak salah faham k.

source: google

xoxo..
Peace No war!