Sunday, March 6, 2011

Hari Minggu ini .................

Hari minggu seperti hari minggu yang sudah-sudah.......

Kadang-kadang bosan gak bila hubby tak selalu ada di sisi..kami bukan berjauhan pun, cuma dari pagi dia sibuk jaga kedai kadang-kadang balik malam. Erm.....entahla...sekali-sekala aku nak jugak spend petang minggu aku dengan hubby, lepak-lepak sambil minum petang..tengok pemandangan sawah padi di tepi rumah...

Aku memang nak ke kedai jengok dia, sama-sama jaga kedai dengan dia..tapi dia tak suruh, sebab takde tempat rehat, al-maklum..aku kan tengah mengandung. Tapi.....aku bosan la. Takde tempat aku nak tuju untuk melepak..takde cousin2 yang aku kenal untuk melepak...biasalah, kalau kita berada di tempat orang, agak susah sikit untuk membiasakan diri.

Erm...agaknya...petang ni...seperti biasa la. Aku akan merenung sawah sesorang jer...minum petang..entah, minum tak kira waktu pun....alahai hubby..miss you !

Puding Roti

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 4 keping roti, disapu mentega
  • 450ml susu segar
  • 3 biji telur
  • 25g gula
  • 1 sudu besar tepung kastard

Cara-cara

  1. Potong roti sesuka hati dan susun di dalam loyang.
  2. Panaskan susu di atas api(jangan sampai mendidih).
  3. Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu yang telah dipanaskan.
  4. Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati.
  5. Tuang campuran atas susunan roti. Biarkan selama 15min supaya roti kembang.
  6. Bakar 20-30min pada suhu 180. Kemudian sejukkan

Hikmah Melihat Wajah Orang Yang Kita Sayang Sedang Tidur....





Okey...kita share2 la info baik untuk mengasah minda kita agar berfikir dengan lebih mendalam plak hari ini. Artikel ni aku copy dari notes yang kawan aku sharekan dalam facebook. Makin lama baca notes yang dia share hati semakin terharu...jom kita baca....



Hikmah Melihat Muka Orang Yang Kita Sayang Sedang Tidur....
melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur... .. Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka... ..

Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.

Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

--->  Herrrrmmm....pernah ke korang tengok wajah orang yang korang sayang semasa dia tido? Aku memang selalu sangat perhatikan wajah orang-orang yang aku sayang sedang tido..contohnya wajah hubby aku masa tido...wajah mak dan ayah aku bila mereka tertido masa tengah tengok tv...wajah anak-anak buah aku...wajah tu nampak bersih jer..okey..kita sambung lagi k!

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. ... Lihatlah ibu anda... . Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

---> Part ni yang buat aku sebak sangat. Tak sedar plak mengalir air mata kat pipi. Sebagai anak yang pernah melalui zaman-zaman remaja yang penuh kegilaan, aku memang tak pernah terkecuali dari buat silap. Tapi bila usia dah semakin meningkat..kita akan semakin pandai berfikir sendiri. Betul la bak kata orang..pengalaman itu adalah guru terbaik untuk mengajar kita.

Ibu dan ayah kita ... pernah kita terfikir ke sebagai anak-anak, adakah kita mampu membalas jasa mereka..? Erghh...tak dapat mengomel panjang lak kat sini...nanti makin deras lak air mata ni mengalir. Anak2 kat luar sana tu, ada masa cubala perhatikan wajah orang tua kita semasa mereka sedang tidur, nilaikanlah apa yang telah mereka lakukan dan korbankan untuk kita. Mungkin kadang2 mereka tak dapat hulurkan kemewahan untuk kita, tapi bukankah hidup kita serba lengkap dengan sikap mereka yang kaya dengan kasih sayang...okey...next !


Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu... Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.

Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah Tak lain adalah KITA... ..

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "

---> Jadi...mari kita sama-sama fikirkan.................jangan asyik dok tengok muka sendiri kat cermin mengira bintik2 kat muka..kira biji2 jerawat jer......sekali sekala perhatikan lah wajah insan2 yang kita sayang okey ...!


Hahahaha.....korang pernah rasa tak ada bos yang korang tak suke? Yang tegas sangat ? Pemarah..? Hah...curi2 la tengok dia tido kalau berpeluang..hahaha...macam kat atas ni........tapi, mana ade bos pernah tertido dalam opis kan..? Ada ke..? Ada...? Hahahaha

With Love!
- xoxo -

Thursday, March 3, 2011

HONEY CORNFLAKE ( My version la...)

BAHAN-BAHAN:

1. 125g mentega ( butter )
2. Cornflake ( sekotak kecil yg 250g )
3. 1/2 cawan gula halus ( kalau tak nak manis sangat boleh kurangkan )
4. 5 sudu makan madu ( secukup banyak yang anda mahu.. :) )
5. Papercup ( yang kecil-kecil tu )
6. Bahan-bahan untuk hiasan tambahan ... boleh guna chocolate rice ( coklat / warna-warni ), ceri yg dipotong2 halus..ikut suka anda )

CARA-CARA :

1. Mula-mula cairkan mentega, lepas tu masukkan gula.
2. Apabila gula dah larut dalam mentega, masukkanlah madu.
3. Bila semuanya dah bergaul sebati...masukkanlah cornflake dan gaul perlahan-lahan sehingga semua cornflake tu bersalut dengan bahan madu tadi.
4. Setelah semuanya bersalut madu, bolehla sudukan cornflake tu ke dalam mangkuk kertas. Taburkan hiasan tambahan di atas cornflake.
5. Selesai.............bolehla masukkan ke dalam bekas kedap udara bila cornflake dah sejuk sikit.
*** ada gak yang bakar lagi dalam oven selama 5 minit, kemudian baru masukkan ke dalam bekas kedap udara, tapi saya simple je....tak yah bakar2...cornflake tu dah cukup sedap dah...

Selamat mencuba ye.......

BISKUT MAKMUR


BAHAN DOH:

  • 500 g tepung gandum
  • 1/2 tin kecil minyak sapi
  • marjerin ( kalau nak... )



  •  INTI:

  • 200 g kacang tanah ( Untuk yg tak nak kacang, boleh skip kan kacang ni..)
  • gula pasir secukup rasa
  • gula aising / gula pasir yang dikisar halus untuk disalut pada kuih

  • *** Resipi simple versi saya : Gula aising mix dengan susu tepung nespray (secukup rasa) utk salut pada biskut bila dah masak...rasanya memang ummmph...2tahun lepas buat cara ni, anak2 buah habiskan biskut tak sampai sehari..

    CARA-CARA MEMBUATNYA:

    1. Tepung gandum disangrai di atas api yang perlahan, sejukkan lepas tu diayak.
    2. Kemudian masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati...campuran akan jadi berderai.
    3. Masukkan marjerin juga sedikit demi sedikit , uli hingga menjadi doh yang lembut.
    4. Bentukkan doh mengikut bentuk kesukaan anda sama ada bulat2 atau bujurkan (isi inti sapa nak yang ada inti). Bakar pada 160 darjah celsius selama 20-25 minit....atau hingga masak
    5. Bila dah masak, golekkan atas gula aising.
    6. Cara buat inti...goreng kacang tanpa minyak, buang kulit, blend jangan halus sangat tau pas tu campurkan gula pasir.
    Okey. Untuk yang berminat, selamat mencuba k. Kadang-kadang buat biskut ni ikut kemahiran tangan masing-masing, pandai-pandaila kita adjust resipi tu ikut suka kita, yang penting menjadi. The biggest secret of good cooking is...cook with your own recipe..

    xoxo


    Jom...kita share resipi..........macam-macam ada.......

    Okey....aku suka makan...aku suka masak...aku suka makan apa yang aku sendiri masak, aku suka makan masakan mak aku, dan aku paling suka sup ayam special yang ayah aku selalu masak.

    Aku suka makan seafood...tapi dah masuk 6 bulan pregnant ni, lama dah aku takde g makan seafood pun. Ergghh..melalut la pulak. Jomla...aku nak buat entry untuk resipi la plak. Ada resipi ni aku ubah suai ikut cara yang aku pernah masak/buat hidangan tu k. Mintak maaf la kalau gambar takde...mak aku dulu-dulu simpan resipi pun takde yang bergambar sakan...contoh paling baik, resipi semua hand writing..dalam sebuah buku jer ... ( mak...aku rasa aku dah hilangkan buku resipi kek lapis mak la...hukhukhuk )


    Wednesday, March 2, 2011

    I Miss My Hometown....

    Bila tengah2 mlm macam tok, mula la banyak berfikir before nak tido. Sebenarnya aku malas nak buka laptop aku, asal bukak jak laptop ku, mula la aku nangga gbr2 yang ada dalam laptop aku. Huhuhu...for sure la, menatap gambar dak family member di Miri..anak-anak buah aku, aku rindu nak dengar sora2 gaok daknya ngaco aku, bunyi sora tetak daknya. Lamak sik jumpa daknya 3 ya..dolok time di Miri, walaupun daknya sik la selalu bersama dengan aku, tapi atleast 2 minggu sekali mesti akan ada jumpa daknya.Mun tauk daknya ada balit kpg...confirm aku akan carik masa untuk balit kpg bila aku offday. Dah kumpul di kampung ramei2, suka angkut daknya jalan-jalan k keta aku mpun, mbak g kedai jalan2..beli kopok sikit..makanan sikit..mbak main...suk hati mun nangga biak kecik tok happy.

    Sepanjang aku d KK, aku selalunya busy dengan kerja aku ajak bila siang hari...tapi malam2 tetap ku rasa sunyi. Rindu ngan laki aku yang d kampungnya nun..tp hakikat dah kawen, sik semestinya mun kt dah kawen akan sentiasa bersama, mungkin tok la pengorbanan aku..terpaksa berjauhan dari family mpun.. dan berjauhan juak dari laki aku selama 4hari dalam seminggu.

    Mun ku nangga gbr dak family aku di rumah sewa aku di miri dolok, startla aku rasa sedih. 2 tahun lebih aku stay di rumah sewa ya, dengan family yang on  and off ajak stay ngan aku. Most of the time aku stay sorang-sorang. Except lepas aku kawen, baru ada adik aku stay dengan aku sebab aku dak peknen..dan masa ya laki gik jauh dari aku...

    Masa before transfer ke KK, aku selalu mikir..adakah aku ready nak berjauhan dengan family aku..? Readykah aku nak berjauhan dengan anak2 buah aku, dengan mak bapak aku...? Sememangnya aku bukan 100% ready pun. Tapi aku buat semua tok sebab ngenang laki aku, tempat seorang isteri adalah di sisi suami...

    For my dearest family, tq so much sebab before tok (before aku kawen)..kitak orang sentiasa ada by my side, susah senang kita bersama..aku bersyukur juak, kesusahan yang pernah aku alami mengajar aku untuk menjadi seorang yang bersyukur dan sentiasa menghargai orang2 yang aku sayang..org2 yang sayangkan aku. Jatuh bangun keluarga kita, susah senang keluarga kita..biar gney dolok2 org pernah mencela, menganok, mengata kekurangan kita...kita tetap kita...

    For my hubby, I love you so much....thanks....coz ktk accept kmk seadanya, yg penting..ktk terima juak keadaan keluarga kamek seadanya. Family ktk family kmk juak, mcm ya juak...family kmk, family ktk juak. Kmk harap kt akan hidup rukun bahagia...dan kamek harap kmk akan dpt menyesuaikan dirik dengan cepat di tempat tinggal baru kmk tok.

    p/s: Pesanan buat anak2 di luar nun ... ingatla, jgn membelakangkan mak/bpk dalam setiap perkara yang kita buat...sik kira gney kekurangan daknya, percayalah...daknya penjaga kita yang terbaik sebelum kt melangkah ke alam rumah tangga. Especially untuk anak-anak ompuan...bukan senang makbapk nak jaga kita wpun kita hanya seorang..