Thursday, January 17, 2013

Azam 2013

As-salaaaaaaaaaaaaaam ....

Amboi tajuk post ! Baru nak post pasal azam...padahal dah 17 hari berlalu masuk tahun 2013 ... but not too late jugak kan .... hikhikhik..

Post simple jer la kan....

Azam 2013 -----

1. Register my online business -- hehehe ... aku ada buat business online sikit, craft supply ( more on buttons) ...
2. Nak buat handbouquet --- klu berjaya nak komersialkan....jual la jugak...
3. Nak buat plushie / soft toy / bantal --- if berjaya, pun nak jual la jugak....
4. Kumplu duit nak kembangkan ladang sawit kami sekeluarga ( amboi....macamla business untung berjuta lemon...hakhakhak )

Okey...itulah entry simple aku. Semenjak dah ada anak dua ni, banyak benda nak kena pakai, nak kena sedia, nak kena beli...kalau nak harap gaji semata-mata, tidakla mencukupi .... jadi tidak salah mencari alternatif lain untuk menambah pendapatan kan .....

Okeylah ... xoxo ...

Wednesday, January 16, 2013

Merlin - Final Episod Season 5

As-salam ...

Lamanya dah tak bersiaran di dalam blog ni ... :) bz mengalahkan Daten Rosemah ( maap ini bukan nama sebenar...hakhakhak ! )

Entry kali ni, aku cuma nak luahkan perasaan aku tentang siri tv kegemaran aku from the past 3 years. Tak lain tak bukan drama epik Merlin. Memang dari awal lagi aku dah follow cerita ni, dari masa masih bujang sampai la sekarang ni dah kahwin dan dah ada anak 2 ... hehehe ..

Aku minat tengok cerita ni ... sebab aku storyline nya ... best!. Bukanla aku taksub dengan magic, tapi jalan cerita menyeronokkan aku ( sebab aku minat ofkoz la aku seronok...kalau korang tak minat, for sure korang banyak komen cakap tak best etc... - ermm...do i care .... ???? )

Ramai yang tak puas hati dengan ending siri Merlin ni, termasukla aku. Sebab bertahun-tahun aku follow ceritanya ni, ending taklah seGRAND seperti yang aku harapkan.

Okey...ramalan aku untuk ending :

1. King Arthur jadi the great king ... boleh terima magic di Camelot.

2. Merlin buat confession yang dia ahli sihir, lepas tu Athur terima Merlin seadanya dan mereka sama-sama mentadbir negara Camelot dengan penuh gilang gemilang..-- memangla Merlin mengaku di saat Arthur cedera tu, tapi harap sangatla kisah mereka tak akan berakhir di situ

3. Dalam siri perperangan dengan Morgana, diharapkan Merlin akan menggunakan secara fully blast magicnya untuk lawan Morgana dan melindungi Arthur ... ( Memandangkan dari awal berkali-kali Morgana kata Emrys a.k.a Merlin itulah yang akan menghancurkan dia.. ) -- tapi mana sangka lak, Morgana cuma mati di hadapan Arthur yang tinggal nyawa-nyawa ikan setelah Merlin stab dia guna pedang milik Arthur (yang di hembus dengan api / nafas naga ) --> Morgana tu kununnya paderi ajaran lama dan tidak akan dapat dibunuh dengan senjata biasa melainkan dengan pedang nafas naga.....

Tapi hakikatnya ending cerita tu, Arthur mati di pangkuan Merlin. Kata naga tua merlin tu, Arthur akan bangkit semula .... -- rasanya ini clue kot untuk siri Merlin adventure yang akan datang...ada ke...? Ada ke...? Hope so la adakan.... hehehe

Apapun, cerita ni kelihatan mahu ditamatkan dalam keadaan tergesa-gesa. Final season memang ditunggu, tapi dalam 13 episod...semuanya dah tamat macam tu. Entahla apa agenda director drama ni kan... tergesa-gesa. jer padahal banyak watak yang tergantung ceritanya. Contohnya si naga putih tu...wataknya belom cukup umur lagi ( hehehe... ), Albion....manakah negara yang disebut-sebut itu....??

Ooohh...dan paling aku tak dapat terima, Modred boleh betrayed Camelot hanya kerana Arthur hukum GF dia sebab GF Modred cuba nak bunuh Arthur. Kenapa Modred tak siasat bila mana Arthur bersedia mahu melepaskan perempuan tu, tapi perempuan tu yang degil dan ego dan masih berkeras nak Arthur mati. Modred patut dengar statement perempuan tu depan Arthur...tapi Modred buat keputusan sendiri. Erm....macam tak cukup kukuh jer alasan ni digunakan Modred untuk dendamkan Arthur, untuk dedahkan identiti Emrys yang sebenar kepada Morgana...

Haiiisssh....banyakla aku membebel. Taip tujuh hari tujuh malam pun tak akan habis bebelan aku dengan Merlin ni..

Apapun...jom layan gambar merlin yang aku colek dari encik gugel..... (psssttt...i like Colin Morgan yang berlakon sebagai Merlin tu... comel budaknya..... huahahaha....ampun encik hasben ! :) )


~
~
~
next
~
~
~
~
~
lagi.....
|
|
|
|
|
|
|

Oppppppssssss........ kenapa ni.....????? Aiiiii ...............


Sekian...wassalam ....

P/s : Aku stress dengan makcik meja sebelah aku ni ....