Friday, June 25, 2010

Ikan Bawal Masak Kari



Hehehe….aku suka mencuba perlbagai jenis masakan ( aku orang Swk, memang ada masa ku update blog pake bahasa swk…tapi ada masa aku nak guna bahasa yang semua orang paham..bahasa melayu campur ler….bahasa omputeh aku kureng arif…mesti ada grammar error lak…hikhikhik )

Aku update blog sambil nangga FIFA World Cup Cameroon vs Netherlands (this team adalah team favourite tunang aku…)

sebenarnya ada sejarah di sebalik kari ikan bawal ni. Tak tahu la nak cerita kat sini atau tidak. Cerita…tidak…cerita….tidak….cerita….ok. Aku cerita lah sikit2.

Dulu sebelum aku pindah ke tempat aku tinggal skrg ni, aku tinggal menumpang kat rumah seorang manusia ni (mereka sekeluarga okey…). Kiranya aku bukanlah dialu-alukan sangat pun tinggal kat rumah tu, tapi oleh kerana faktor2 tertentu, aku terpaksa terus tinggal di situ dan mereka yang tidak suka aku pun terpaksa terima kehadiran aku di rumah mereka.

Alkisahnya, aku ni rajinla bawa bekal makanan ke tempat kerja. Sedap kalau bawa makanan yang dimasak sendiri. Walaupun aku tinggal serumah dengan family manusia tu, biasanya makanan yang aku masak itulah yang akan aku ‘tapau’ untuk di makan di pejabat sewaktu rehat. Erm….kenapa aku masak sendiri..? Sebab selera tak sama. Sebab apa yang aku masak kadang-kadang mereka tak makan..jadi daripada berbuang baik aku bawa lebihan ke ofis.

Pada suatu hari…nenek manusia tu masakla kari ikan bawal. Punyalah sedap aromanya, menusuk ke lubang idung je. Memang nenek tu berhati mulia bila dia Tanya aku nak bawa bekal ke tidak…aku cakap memang la aku nak bawa bekal. Lepas tu lagi dengan baik hati dia siap offer, kalau nak bawalah kari tu. Aku apa lagi, punyalah seronok..cepat-cepat ambil Tupperware..tapi, ada tapi nya lagi..bila aku pegang senduk nak ceduk kari, nenek tu cepat-cepat hampiri aku, sambil kata ‘nanti aku pilihkan  ikan untuk engkau..’

Aku apa lagi, teruslah handoverkan senduk tu kepada nenek manusia tu. Punyalah concentrate mata aku memerhati tangan orang tua tu mencari hirisan ikan utk  aku, dan akhirnya dia sendukkan dua hirisan kecil isi ikan bawal tu. Dia pun cakap ‘cukuplah untuk bekal makanan kau..’

Terkebil je biji mata aku tengok. Kenapa la macam tu sekali? Haruskah pilih mcm tu sekali..? Sebak rasa hati. Dan hari itu aku bawa juga bekal kari ikan bawal itu ke pejabat dari berat hati, makan dengan ditemani perasaan sedih sambil rindukan emak di kampung. Agaknya..mungkin kerana 2 tahun aku makan hati berulam jantung tinggal menumpang di rumah manusia tu, maka body aku slim semulajadi tanpa perlu diet sehinggakan ringannya badan aku mencecah 43kg. huhuhuhuh

Jadi skrg ni aku dah terlepas dari mereka, aku hidup heppi2 je. Aku jalani hidup aku gembira seadanya. Dan…aku akan masak apapun yang terlintas di fikiran aku..dan kari ikan bawal tu bolehla dikira pembalasan si pitung untuk rasa terkilan aku kerana diberi hirisan kecil ikan bawal pada masa dulu (aku bukan tamak nak hirisan besar..Cuma aku terkilan sebab sampai makanan yang aku nak makan pun mereka nak kira….) and now…aku pening kepala fikir nak diet, sebab berat badan aku dah mencecah 53kg …senang hati sangat ke aku…? Ha ! Ha ! Ha !



Resipi Kari Ikan Bawal (terjun) Edisi Omnia ni..



1 ekor ikan bawal (cukup utk seorang jer..)
Bwg Merah dan Bwg Putih secukupnya.
Halia
Serai
Asam keping /  asam jawa (secukup rasa)
Ofcourse…Kari Ikan
Santan
Minyak masak..
Cili (kalau nak)
Kacang Ladyfinger..

Cara membuatnya:
  1. Tumbuk bwg merah, bwg putih, serai (yang dihiris halus2), halia dan cili sampai lumat – kata tunang aku bahan masakan yang ditumbuk guna lesung tangan lagi best berbanding dikisar menggunakan blender..hehe
  2. Tumis minyak masak..dah panas masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi. Goreng ler hingga naik bau..
  3. Lepas tu masukkan kari yang dicampur sedikir air. Tumis sampai pecah minyak
  4. Masukkan ikan yang telah dihiris
  5. Masukkan santan.
  6. Last…masukkan lah bahan2 perasa.
  7. Masukkan Ladyfinger.


Itu sahaja…sekian terima kasih!