Friday, May 17, 2013

Less Is More :)

As-salam semua ....................... ( berlagak macam la ramai yang baca blog aku ... follower pun tak sampai 15 org ... hik hik hik )

Okey ... tentang LESS IS MORE ... actually ni tak la sangat berkaitan dengan perkataan tu, tapi ada lah nak ceritakan sedikit ni.

Aku ni sukakan perkara-perkara yang melibatkan daya kreatif, contohnya jahitan, kraf ... aku suka surfing blog to blog, web to web ... tengok hasil creatif orang lain, paling suka tengok hasil creatif minah saleh. Mereka mempunyai daya kreativiti yang tinggi, yang mana kadang-kadang mereka boleh menghasilkan sesuatu yang cantik menggunakan bahan yang kita pernah nak fikir pun ... contoh paling senang ... gunakan kain bedsheet untuk buat skirt, guna kain sarung bantal yg dijual murah di wallmart untuk buat gaun kanak-kanak ... kain-kain ni bukan khas utk pakaian pun, tapi mereka gunakan dengan begitu kreatif sekali.

Ni contoh saya nak bagi :


Cantikkan skirt ni ... ? Dia gunakan bedsheet jersey jadikan skirt ... untuk post penuh skirt ni boleh tengok kat A Small Snippet Blog ... marbeles hasil skirt nya.

Ini pun contoh kedua skirt guna bedsheet ( cadar katil / tilam ) :

 Nah .... as simple as that .... kreatif kan ... ? Kita tak pernah terfikir pun nak beli kain lapis tilam buat skirt ... hehehehe .... boleh tengok tutorial skirt ni di jessicafreed.tumblr.com


Itu 2 contoh yang aku nak share. Bukan nak kata orang Malaysia nak kreatif, mungkin masih perlu diperkembangkan lagi. Memang la kadang-kadang kain macam bedsheet ni tak berkualiti ke ... apa ke .... tapi kita turn the fabric into something yang 'out of the box ' punya idea.

Selalunya kita mesti akan fikir macam ni :

- Kain buat baju, boleh buat baju jer lah ... tak boleh buat langsir.
- Kain buat langsir, buat langsir jer lah...tak boleh jahit jadikan beg ...

Itu contoh jer yer. Saya tak kritik orang Malaysia, sebab dulu saya pun begini jugak. Pemikiran tertutup. Sekarang dalam dunia internet serba nak laju ni, banyak benda kita boleh google, boleh cari info ... gunakan kemudahan internet yang ada utk cari ilmu, cari pengetahuan... jangan lah gunakan internet hanya utk baca kisah2 artis, nak bergosip jer semata-mata .... betul tak ....


Okey...sebenarnya ada satu kisah, terjadi kepada aku last few days. Aku post gambar kain di satu group, aku takde niat jual kain pun, intention aku sekadar nak share jer kain-kain yang aku jumpa. Termasuklah kain jersey nipis yang berharga RM3.50 semeter, yang mana warnanya memang menarik perhatian. Aku pegang kain tu, memang niat aku terus nak guna kain tu buat skirt, tapi aku share jugakla gambar tu di group tadi. Tak sangka lak ramai yang tertarik dengan kain jersey ni ... siap ada yang nak minta tolong belikan ... cuma ada la beberapa komen ni ( tak semena-mena aku sentap ) berbunyi macam ni : " Ni bukan kain lapis meja ke ? Bukan kain yang org guna untuk buat ropol di khemah orang kawin tu ke ?" Soalan itu datang dan pergi di gambar kain jersey. Aku jawab dengan penuh hemah, aku sendiri tak pasti apa guna kain tu. Aku faham apa yang mereka maksudkan kain langsir tu, sebab aku pernah beli kain tu di Jakel, berharga RM2.80 semeter, memang khas utk buat langsir, kainnya nipis ... jadi mereka-mereka yang bertanya ni kata kain ni macam serupa dengan kain tu.

Sudahnya aku bagi tahu, aku tak akan tolong mereka belikan kain tu sebab aku takut mereka tak puas hati dengan kain tu. Aku tak tahu kualiti macam mana yang mereka mahu. Kita hanya perlu fikir logik, dah harga pun rm3.50 semeter, begitulah juga kualiti kainnya yang setara dengan harga tu. Janganlah harap dengan harga tu boleh dapat kain jersey tebal ... ni balik-balik komen di gambar tu kata kain tu kain langsir, terasa macam aku kena kondem pulak ( sentap la sangat ! )

So today aku nak gi kedai tu balik, aku nak try sendiri jahit kain tu, jadikan skirt ... tengok hasil macam mana ... kalau cantik konpem ramai yang dengki nanti...hahahahahaha ....



Tuesday, May 14, 2013

---- Into the office

Best tak tajuk post ... ? Into the office .... hehehe .... jadi post ni berkaitan dengan suasan kerja aku dalam office.

Ada beberapa perwatakan pekerja yang sama seofis dengan aku :


1. Pengkomplen
 - Dia ni sebenarnya aku panggil kakak, super duper junior la sebab dah bekerja almost 30years di syarikat ni berbanding aku yang cuma 5 tahun lebih bekerja ni ...dia ni memang pengkomplen tahap cipan.
- Dia selalu sign attendance awal, dia selalu datang office awal, jarang lambat ( ini aku akui la ) sebab aku pernah tgk dia sign attendance dia letak di ruang masa masuk tu '6:30am ' -- aku masa ni masih lagi dirumah, prepare barang keperluan anak-anak, make sure susu kena refill dalam bekas susu, makesure ada air panas yang mencukupi dalam botol air panas, makesure air kosong cukup, makesure semua botol susu dah kena cuci, pendek kata makesure everything in order, atleast MIL aku tak perlu bersusah payah nak buat semua tu. Jadi kesimpulannya, aku memang unable la nak masuk ikut jam kakak tu masuk ofis.Malahan aku selalu lambat masuk ofis, kadang-kadang sampai terbabas lambat 15minit. -- Then i know kakak ni komplen aku selalu lambat, bila aku kata aku lambat sebab rumah aku jauh (yelah...aku ulang alik dari kampung hasben ke tpt kerja, 5days a week ... memenatkan -- dan ni jugak one of the reason kenapa aku mempertimbangkan nak resign ... )
- Memang merisaukan sebab kakak ni kalau sekali komplen, memang dia akan komplen ke pihak atasan terus. Based on history kerja dia, memang dia ada experience condemn pekerja lain, sampai pernah jadi kes besar ( x payah aku nak mention sini la ), cuma aku nak cakap dia ni memang macam talam 2 muka ... lalang ... tp aku tetap respect dia sebab dia orang tua.

2. Pemalas nak belajar dan ambil nota.
- Ada lagi kakak seorang ni, dia dipindahkan dari treasury department ke expenditure, seofis dengan aku. Tp dia masuk tempat aku ni dah lama, dari awal bulan Ogos last year lagi, kalau 3 bulan pertama mungkin aku boleh terima if dia masih rasa asing dengan system data entry yang kami gunakan ... tapi sampai sekarang ni ( jam 10:14am dated 14May2013 ) --- dia masih balik2 bertanya soalan yang sama kepada kami, baru 5 minit lepas kita ajar benda yang sama, 5 minit akan datang dia akan tanya lagi benda tu balik. Errrggghhh .... dah berapa bulan ni, itulah yang terjadi ... sampai semalam aku sound pada dia " kak, kan selalu dah akak buat tu, kalau kakak rasa kakak susah nak ingat, akak better buat nota supaya senang akak nak rujuk bila akak lupa. Aku bukan cakap aku terer, sebab aku pun sama macam tu dulu, sampai sekarang pun aku masih in learning process sebab kami guna system baru yang diimplementasikan tahun lepas ... aku pun sama buat nota ... erm.... nak cakap apa pada akak tu ? Masalahnya dia kena sound byk kali pun tetap tayang muka innocence dia.

Okeylah ... itulah entry for today...for this morning. Jd perasanla korang kan, 2 manusia ni betul-betul buat aku annoying that's ada entry pasal dorang.



******* aku x sabar nak buat kek tiramisu weekend ni ... yayayayayaya ******