Petua Lain Bagi Mengatasi Masalah Keguguran Rambut:
- Sapukan minyak bijan di akar rambut / kulit kepala sebelum tidur. Paginya, bersyampu dan bilaslah rambut seperti biasa. (Anda boleh dapatkan minyak bijan di kedai mamak)
- Daun lidah buaya digunakan bersama daun bunga raya putih untuk dijadikan resipi bagi mengurangkan rambut gugur. Kalau tak ada daun lidah buaya, gunalah daun bunga raya putih sahaja. Itupun sudah memadai.
- Lagi satu petua, gunakan lendir daun rambutan untuk lebatkan rambut.
Merawat Bibir Yang Hitam:
- Bibir hitam kerana lipstik itu sendiri. Ada satu petua untuk membeli lipstik supaya bibir tidak hitam selepas menggunakannya. Lipstik yang menyebabkan bibir hitam mempunyai bau (wangi atau apa2 bau). Oleh sebab itu, sebelum memilih lipstik kesukaan anda, cium dahulu lipstik tersebut. Kalau ada apa-apa bau, maknanya elakkan membeli lipstik tersebut. Kalau tak ada apa-apa bau, maknanya selamatlah lipstik tu.
- Antara petua untuk memerahkan kembali bibir anda yang telah hitam kesan penggunaan lipstik yang salah :
- i) Sapukan madu ke bibir selama lebih kurang 15 minit. Kemudian bilas dengan air. Kalau nak biarkan pun ok juga. Cuma mungkin kita akan rasa kurang selesa atau mungkin juga bibir akan digigit semut nanti
- ii) Sapukan ubat gigi ke bibir 3 minit sebelum mandi. Di samping memerahkan bibir, ubat gigi ni juga boleh membuang semua kesan lipstik pada bibir anda.
Petua Kuruskan Badan:
- Paling senang dan mudah, amalkan dua petua "jangan" ini untuk maintain berat badan. Pertama, jangan minum minuman berais, amalkan meminum air suam sahaja setiap hari. Kedua, jangan makan melebihi 7.00 malam. Mudah sajakan...?
***** So selamat mencuba......
No comments:
Post a Comment