Monday, November 16, 2015

Meatball Carbonara + beef lasagna

As-salam...

Hahaha....gempak tak tajuk post...? Hihi...

Ok kali ni aku nak share resepi meatball carbonara plak. Dan berkaitan dengan tajuk post tu, sebenarnya aku guna lebihan inti daging yang aku masak untuk buat lasagna jadi base carbonara ni. Sayang pulak tengok kuah lasagna tu dalam peti sejuk tak di makan-makan. Jadi kira aku improvise la carbonara ni...hihi....


Meatball Carbonara :

Bahan-bahan :

Meatball ( aku guna homemade meatball, resepi boleh klik sini Homemade meatball
1 biji bawang Holland (Bawang besar lah tu !)
1 biji green capsicum
Mozarella cheese  secukupnya
Sos Carbonara ( aku buat sos carbonara sendiri a.k.a White sauce )

Cara Buat :

Masukkan minyak dalam frying pan, ramai yang guna olive oil, aku guna minyak biasa jer )
Goreng dulu meatball kira-kira half cook, then angkat.
Lepas tu guna balik minyak goreng meatball tu, masukkan bawang besar dan capsicum tadi. Tak perlu goreng lama sangat...layu sangat tak sedap. Tumis sekejap jer ok.. Letak tepi seketika.


Untuk White Sauce / Roux White Sauce :

1 sudu besar butter
2 cawan fresh milk
7 keping cheese keping (aku tak cukup stok, jadi aku guna 3keping cheesedale + cheese mozarella )
2 Sudu tepung gandum.
Black pepper

Cara Buat :

1. Cairkan butter.
2. Masukkan tepung gandum, gaul...tapi jangan sampai bergentel...
3. Masukkan Fresh Milk, kacau rata...
4. Masukkan cheese...kacau perlahan yer, biar kuah sebati.
5. Masukkan secubit garam dan black pepper.
6. Dah ...ok ... boleh tutup api...


Dan seterusnya, sediakan bekas untuk carbonara...aku buat letak dalam bekas foil macam kat bawah ni...senang nak makan...

Masukkan White sauce sehingga menutup dasar bekas.
Masukkan lebihan kuah lasagna
Susunkan meatball
Masukkan bawang dan capsicum tadi..
lepas tu masukkan lagi white sauce
Then taburkan mozarella secukup rasa..

Masuk oven, bakar guna api 145 dalam 30 minit ( ikut oven masing-masing lah ye.. )

Dah masak sila lah makan...panas-panas memang sedap...pergghhh ....

Okey..layanlah gambar kat bawah ok.

Selamat mencuba.






No comments: