As-salam,
Sebelum mula entry, Jom....
Kita berdoa dulu...doa semoga dimurahkan rezeki ..
Bismillah...
Ya Allah Ya Tuhanku,
Bukalah pintu rezekiku hari ini,
Begitu juga kedua ibubapaku,
Dan semua umat Nabi Muhammad S.A.W.
Amin....
***jangan lupa sedekahkan Al Fatihah untuk kedua tua kita setiap pagi setiap hari ye.... hihii
Okey, tentang rezeki...bersemangat betul aku nak buat post ni...bukan apa, semalam call mak di Miri, cerita ceritu dengan mak, lastly buka topik pasal bakal hilang kerja. Aku just bagitahu mak " Mak, next year saya confirm dah takde kerja, contract kerja dengan MAS (a.k.a MAB New Co ) akan tamat end of December, hari isnin lepas kami dah meeting dengan boss, kami kena suruh clear semua kerja kami yg dalam status backlog by end of December ni..."
Terus mak aku cakap " Jadi, takde kerja la engkau ? Cuba lah cari kerja di kawasan dekat-dekat rumah tu..."
Aku faham, mak aku risau kalau aku tak kerja, macam mana nak support encik hasben. Anak pun dah 3. Hasben aku bekerja sendiri, kedai runcit keluarga....selama ni memang dia pun banyak support, nak harap gaji aku tak banyak mana pun...
Jadi aku jawab pada mak " Takpe lah mak...bukan kita tak nak kerja...tapi kita nak fokus jaga anak...tahun depan Abam Zahin dah mula pre school..kesian lak mertua nak handle semua awal-awal pagi...mertua pun selain hari2 jaga anak aku yang 3 orang tu...dia turut jaga anak buah aku yang seorang lagi...rezeki tu nanti adalah. Mungkin kita nak cari rezeki dengan bisnes sendiri, buat cake ke...menjahit ke. sekarang asal rajin semua boleh jadi mata pendapatan... "
Terus mak aku tak cakap apa-apa. Mungkin tak tahu nak kata apa agaknya. Aku ni bukannya apa...aku jenis tak dapat nak duduk makan gaji sangat. Aku lebih suka independant dalam mencari duit. Yelah, InshaAllah next year, mesti kuat semangat untuk aktif semula bisnes online. Dulu masa anak baru seorang pun aku aktif juga berniaga online, jual butang-butang untuk kraf..kadang-kadang bila rajin promote online...boleh juga hasil jualan tu cecah rm300 ke rm400 seminggu...kalau malas dalam rm100 lebih jelah jawabnya. Cuma aku tak berapa aktif sejak anak no 2 lahir.... bukan takde customer...tapi leceh nak kira butang yang cinonet tu dengan anak-anak sama sibuk 'membantu'. Hohohoho
Ok...jom....baca ni...
Nah....mari kita sama-sama amalkan tips ni....semoga kita beroleh rezeki yang berkat ye...
Itu jer lah dulu....
Yang menulis dari hati ,
No comments:
Post a Comment