Tuesday, February 22, 2011

What a life................

Kadang-kadang memang bosan ..... rutin harian hidup seakan sama ....... erm..malam-malam online check facebook. Kenapa ekkk facebook macam wajib nak kene check, padahal......facebook tak bagi jawapan untuk exam pun (untuk student la..) facebook tak bagi komisen pun untuk setiap klik2 kita kat profile orang...untuk setiap komen yang kita taip...kadang-kadang facebook memang membosankan, tapi...dah tahu membosankan kenapa masih juga nak check facebook..? Ada apa dengan facebook ni....? Agak-agaknya jampi serapah apa yang pencipta facebook gunakan sampaikan kita semua macam 'angau' kat facebook. Sehari tak tengok facebook...bagaikan mandi tak basah, tido tak lena...makan tak kenyang...

Apa baiknya facebook? Mula-mula jejak kasih (cari kawan-kawan lama), lepas tu mencari kekasih...nasib baik bertemu jodoh dalam facebook bolehla bawa ke jinjang pelamin (Alhamdulillah..........) tapi yang tak seronoknya tak kurang banyaknya rumah tangga yang hancur kerana facebook akibat dari 'menghibur hati' yang sunyi di dalam facebook. Alahai...pendek kata...macam-macam ragamla dengan facebook ni.

Untuk yang berbisnes dan mempromosi bisnes masing-masing menggunakan facebook, itu memang satu langkah yang bijak. Sebab...promosi guna facebook tak ada dikenakan bayaran. Tapi...ada tapinya lagi....ada gak penjual yang 'terlalu' sangat aktif 'tagged' kan kita kat gambar-gambar produk yang mereka jual. Aduhhh...kadang-kadang merimaskan..........sekali sekala tak apa ler.....tapi sekejap-sekajap dia tag gambar...hurraagggghhhhh.........

Apa lagi gunanya facebook? Korang ada tak motif lain selain dari cari kawan-kawan lama....contoh motif lain...nak skodeng-skodeng EX-gepren/ EX-boypren korang...? Ada tak...? Ada tak...? Hihihihi....baik-baik kalau nak skodeng, jangan sampai sakitkan hati sendiri, jangan sampai hubungan lama bertaut kembali. Kalau sekarang ni korang sama-sama masih single dan available...itu tak pe....tapi kalau masing-masing dah ada hidup sendiri, keluarga sendiri.....baik tak payah...! Biarla berpada-pada ok!

Okey....aku sekarang ni tengah buat satu blog baru, khas untuk aku publishkan hasil tulisan aku. Aku ada 2 full manuskrip yang tak pernah diterbitkan di mana-mana syarikat penerbitan, jadi...ini hasil tulisan yang biasa-biasa sahaja...hasil tulisan yang sederhana, dari seorang 'unknown author' seperti aku...setakat ni aku dah masukkan 4 bab karya aku dalam blog tu. Kalau nak baca silalah klik http://nukilansitulip.blogspot.com kat sana la aku publishkan karya-karya 'tak ternama' aku.

Mesti korang tertanya kenapa baru sekarang nak publish..? Sebenarnya aku dah terlalu lama kekeringan idea nak menulis. Manuskrip yang aku publishkan ni pun....aku siapkan dalam tahun 2004. Lepas tu hidup aku ada kucar-kacir sedikit...semua jadi tunggang langgang dan aku pun dah takde idea untuk menulis atau menaip.

Okey....stop plak pasal manuskrip. Jom kita bercerita tentang telefon bimbit atau dalam bahasa mudahnya henpon! Hahahaha...yalah, pagi tadi sambil aku driving gi keja, sempat jugalah mendengar satu perbincangan menarik dalam radio. Pasal budak-budak sekolah zaman sekarang ni yang majoritinya dah ada telefon bimbit, paling dasyat sampaikan penggunaan telefon bimbit mengganggu tumpuan pelajar di dalam kelas kerana masing-masing sibuk 'bersms' sesama sendiri.

Zaman aku baik dari sekolah rendah, sampai sekolah menengah...aku tak pernah la ada henpon. Membeli henpon tu di luar kemampuan keluarga aku. Masa sekolah menengah tak pernah mimpi or simpan niat atau angan-angan pun nak beli henpon. Lagipun masa aku sekolah menengah, penggunaan telefon taklah 'seglemer' sekarang. Semestinya masa itu henpon hanya untuk keluarga-keluarga berada sahaja. Zaman sekolah menengah aku adalah zaman surat-menyurat, takde email-email, takde internet2, takde facebook, takde henpon.....semua yang basic-basic....tapi zaman sekolah tu tetap cukup menyeronokkan.

Agaknya budak-budak zaman sekarang semua berhenpon sebab harga henpon semuanya murah-murah. Seingat aku, henpon pertama yang aku ada adalah telefon Sony Ericsson flip tu (dalam tahun 2000)..itupun aku beli semasa terima PTPTN, niat aku cuma supaya mak ayah senang nak call aku. Harganya..mak aiiii...rm900+, dahla skrin kecil jer...takde sms...cuma untuk call jer...ermmm...lepas tu tak lama mana telefon tu rosak lak...jadi lepas tu lama aku tak berhenpon.

Sekarang ni pun aku tak de la update sengat pasal telefon bimbit. Aku guna sekarang ni pun cuma Nokia Classic jer....sedangkan majoriti orang lain dah guna Blackberry, Iphone4...yang 3g...4g semuanya. Argghh..biarlah, ada rezeki lebih kita belila telefon yang mahal-mahal. Setakat ni...apa yang ada tu pun dah cukup. Biarlah kalau orang nak cakap aku cikai ke...apa ke...jadi hidup aku bahagia. Huhuhu...tapi yang seronoknya...bila balik kampung berkumpul ramai-ramai dengan sanak sedara, waaaaa...tengok telefon kazen-kazen aku yang masih sekolah menengah tu.......semuanya jaoooooh lebih canggih.

Erm....apa nak buat? Kita harus terima hakikat budak-budak zaman sekarang dah makin canggih. Aku dulu membesar tengok mak ayah tanam padi...budak-budak sekarang mana ada tengok mak ayah tanam padi......

Okeyla..melalut dah...................................

No comments: