Wednesday, February 9, 2011

Am i busy enuff...???

Erm........tick tock rick tock.........jarum jam sudah pun menunjukkan pukul 2am. Cant sleep oredy! Huhu..bukannya apa...tadi pukul 8mlm dah tertido. Ingatkan nak baring berehat jer, nah......sekali tertido sampai terbangun pada pukul 1130pm. Sekarang mata terus tak nak lelap.

For month of February...aku dah ada jadual cuti. 14 Feb terpaksa minta cuti sebab nak pegi Klinik Putatan untuk check darah. Last month check di klinik desa petagas..dorang suruh pegi Klinik Putatan untuk check darah kerana 2 sebab:
1. Oleh kerana aku baru transfer, dorang check la rekod2 dalam buku merah rawatan aku tu, menurut kata dorang kat dalam buku tu tak ada diletakkan keputusan pemeriksaan darah aku yg di ambil semasa mula-mula mengandung dulu. Sebenarnya....aku pun tak paham...mcm mana boleh takde ekk..? Suppose boleh pun buat blood test kat Klinik Petagas tu, tp equipment utk blood test tu dah habis. Aku pun ok-ok jer...
2. Oleh kerana medical equipment d Klinik Petagas dah habis, jadi kenalah buat susulan ke Klinik Putatan. Semangatnya aku dengan Hubby g klinik Putatan...sampai kat sana...nah...bolehnya staff situ bagitahu plak equipment dorang plak rosak. Adoooooh....apa la nak buat ni? sedangkan aku perlu tahu blood test punya result tu nanti sebelum my next appointment with doctor on the 16th Feb. Jadi staff kat situ pun bagitahu..."awak datang la sini lagi sebelum 16 tu..." - alahai...senangnya berpesan. Aku ni orang keja office hour, ingat senang ke aku nak kuar masuk opis sesuka hati..? Jadi mahu tak mahu kenalah aku ambil cuti on the 14th (bukan nak celebrate Valentines ok!) sebab 15th tu dah PH...dan 16 tu aku dah ada appointment dgn doktor.

16th pun sehari cuti dah diluluskan, mcm tu jugak 28th nanti...cuti pun bos dah luluskan. Nasibla bos memahami...senang-senang jer dia approve my leave. Nak buat mcm mana bos...saya minta cuti bukan utk suka-suka...saya peknen ler....hehehehe....saya kena pastikan me and my baby oways sehat2.

-- Dah sunyi pepagi buta ni, mesti aku teringatkan family lagi. Bukan aku tak rindukan hubby yang berada di kpg Bongawan, tp hubby aku dah consider dekat berbanding family aku. Dulu sebelum kawen...aku d Miri, hubby (yg masih tunang mase tu) jauh di sabah..tp aku tak la sesedih ni. Agaknya memang betul kata hubby aku, aku ni anak manja!

Nak kata aku tak pernah berjauhan dari family, tu memang tipula. Sebabnya..dulu aku pernah study d Kuching, pun consider jauh dari Miri, tapi aku masih boleh tahan lagi. Takde la emo-emo sedih macam sekarang. Balik cuti pun 5-6 bulan sekali semasa semester break.

Agaknya...mungkin kerana few years back, masa aku tengah susah yang amat sangat, masa hidup aku berada dalam keadaan hampa yang amat sangat..mak, ayah dan adik-adik la yang berada paling hampir dengan aku. Especially my mak and bapak...masa aku susah..masa aku sakit berbulan-bulan...masa aku kena dumb like a stupid ever person in this world, mereka la yang tetap sayangkan aku seadanya. Sedihla....kerana aku, maruah mereka tercalar.. (Ya Allah Ya Tuhanku, Permudahkanlah kehidupan orang tuaku, senangkan perjalanan kehidupan mereka, murahkanla rezeki mereka...jauhkan la mereka dari manusia-manusia lain yang akan mencalarkan lagi maruah mereka...)

Dulu aku seorang yang degil, ego....bila mak cakap 'no' aku lawan. Bila ayah kata 'itu tak sesuai' aku ingkar. Tapi inilah pengajaran hidup...pandangan mata orang tua memang tajam. Bila mereka sentiasa menentang apa yang kita buat, that's mean memang ada something wrong la tu.....lama-lama benda yang kita akan buat tu tetap tak akan menjadi. Sebab tu orang cakap, restu orang tua tu penting....baru hidup kita berkat!

Aku sayang sangat kat anak-anak buah ku sebab aku suka budak-budak. Dengan merekala aku menumpang manja. Masa aku sedih mereka la yang menghiburkan aku. Aku pernah terbaca komen seorang lelaki yang bergaduh dengan gfnya dalam fb " budak kecik takde life...hisap puting je...dudok bawah ketiak .." - i'm realy2 not agree! Sangat-sangat tidak setuju. Itu adalah kata-kata manushia yang jahil (bagi aku..). Budak-budak la penyinar kehidupan..penyeri..penghibur..merekalah yang memberi kita kehidupan. Dan alhamdulillah..sekarang aku sedang mengandung 5 bulan...hopefully me and my baby sihat walafiat. Aku tak sabar mahu ada zuriat sendiri. Ofkoz aku akan sentiasa sayang anak-anak buah aku...

Erm....240am dah.....nak tido la. Esok lusa la sambung cerita lagi. Da.........

x0x0

No comments: