Hari minggu .......... seperti biasa la aku suka sangat nak online window shopping dari dok menghadap tv.
Ada apa dengan Shawl atau lebih dikenali dengan selendang ni..? Sebenarnya memula aku bukan suka pakai shawl pun. Aku tengok macam leceh je orang pakai...pusing sana..pusing sini..pin sana...pin sini...lebih kurang macam lecehnya kalau pakai tudung bawal. Sebabnya bukan apa .... aku ni jenis yang suka pakai tudung yang simple-simple...dalam erti kata lainnya tak reti ler nak bergaya sakan lam bab-bab pakai tudung ata selendang ni.
Nak dijadikan cerita, satu hari aku dudok ler melepak depan tv bersama kakak ipar aku. Time tu pun aku tgh tengok tv sambil surf internet cari nak beli tudung online. Masa tu kakak ipar aku sempat gak bertanya...ada tak kedai-kedai online yang aku surf tu jual selendang. Aku jawab la ada. Tapi masa tu aku selalunya skip2 jer label Shawl ... tak pandang pun...balik2 aku klik kat label 'tudung instant' tu je yang aku klik-klik. Dari satu patern ke satu patern. Rambang mata i ni you tengok tudung terkini...ada tudung instant denim lagi tu... isk...isk...isk...tp bila tengok part harga, gullllppp.... mencecah rm40++ sepasang. Huhuhuhu... aku nak pakai tudung hari-hari sebab 5days in a week aku kerja, aku memang bertudung. Kalau aku beli yg RM40 lebih tu SATU je...paling2 aku bleh pakai sekali seminggu ( kira maksud aku ni aku recycle la pakai tudung tu setiap minggu ) hahaha ...... mahal gak modal pakai tudung, makin nak cantik makin la mahal...kenyataan hidup di zaman moden..sama la mcm kita pakai mekap, makin mahal mekap...makin baik dan long lasting melekap kat wajah berbanding yang harga murah. Iskk....iskk.....
Ok..berbalik la plak kepada kakak ipar aku tadi. Aku pun tunjuk-tunjukla tudung instant yang cantik-cantik tu pada dia. Tapi dia macam tak berminat pun. Katanya dia lagi minat dengan shawl. Sebabnya kalau pakai tudung instant, macam kaum2 ibu la rupenya (maklum kakak ipar aku blom kawen lagi ). Tersentap gak ...hahaha... tapi bila pandang perut sendiri yang tengah memboyot, aku senyum sendiri. Memang ak kaum ibu pun...bakal menjadi ibu...! Lagipun, tambah kakak ipar aku..pakai shawl lagi mudah, sangkut-sangkut jer di kepala. Aku pun tertanya sendiri...iye ke...?
Jadi di satu ketika, adalah salah sebuah kedai online yang aku add dlm fb ni tag aku gambar2 shawl yang dia jual. Cantek! Aku suka sangat. (Sebenarnya aku pernah beli tudung instant yang tokey kedai tu buka untuk clearance sales dlm fb dia... memang berbaloi..tudung yang biasa di jual berharga RM20++ dia jual lelong rm10 je. Aku beli 6 pasang dari dia...siap satu aku bagi kat mertua...satu lagi aku reserve utk mak aku ler...cantek you walaupun tudung clearance sales..)
Alkisahnya, almost 10kali gak aku balik2 view album shawl tokey kedai tu, last2 tersangkut beli 8 pasang. Jangan terkejut...aku beli yang murah jer...rm9-rm10 sepasang. Lepas tu aku siap tawar menawar lagi. ( walaupun beli online, boleh jugak kita cuba tawar menawar ye...especially kalau kita beli dalam kuantiti yang banyak..insyaallah, tokey kedai akan mempertimbangkan..) - jadi tips paling baik, harus ada hubungan yang baik dengan penjual okey...tapi kalau beli sepasang tu...erm...harga tetap la kita dapat..
Dan, dlm temph 3 hari aku dapat la shawl aku. Uiissshhh...cantek..! Tapi...tertanya lak dengan diri sendiri..cam mana nak pakai ekk...? Dan utk minggu pertama selepas menerima shawl tu aku tak pakai langsung pun shawl. Masih gak pakai tudung instant yang kesemuanya saban minggu aku recycle balik2 tu. Malam-malam habis kerja aku online, aku sibuk la buka youtube, cari tutorial cara nak pakai shawl. Memang aku tabik spring la kat dorang yang sediakan tutorial cara nak pakai shawl ni, creative sungguh .... mana lagi lilitnya..mana lagi innernya...mana lagi pinnya. Nampak senang sangat. Tapi bila aku cuba nak ikut cara dorang..dohh....berpeluh gak ketiak...hahaha .....
Tapi dah letih2 aku malas la nak ikut cara yg dalam tutorial tu. Aku guna cara aku sendiri lagi mudah. Trial and error...menjadi gak aku pakai shawl.
Erm....tiba-tiba lak aku kehabisan idea ... esok2 la sambung lagi ... xoxo
No comments:
Post a Comment