As-salam .... selamat hari Jumaat, penghulu segala hari ...........
Erm ... pernah kan dengar atau baca ayat biar papa asal bergaya. Aku tak nak mengata lebih la pasal orang-orang yang berkaitan dengan ayat tu, tapi kalau boleh aku nak elakkan la dari menjadi salah seorang yang 'biar papa asal bergaya' tu.
Aku ni dari keluarga sederhana. Puas gak la merasa susah. Tanam padi ...? Yesss ... pernah! Jual kueh...? Yess .... pernah ! Duit belanja ke sekolah 20sen je sehari (paling byk 50sen)..? Yess...pernah! Tapi itu tak pernah membebankan,, malahan keadaan itu memberi pengajaran supaya aku tak lupa asal usul diri aku. Mungkin ya... ada ketika nya aku pernah terlalai...tp setelah sekian lama bertahun-tahun..akhirnya aku sedar diri gak. Hukhukhuk ... yang bertahun-tahun nak sedar diri itu la jugak yang aku masih kesalkan sehingga kini. I love you mak dan ayah .....tsskkk...tssskk....tak payah la cite-cite kat sini. Malas i .....
Okey, berpatah balik le kita ke topik asal tadi. Sekarang ni orang semua tengah gilakan Ipad... samsung galaxy...iphone 4...dgr2 nya dalam bulan september nanti ada lak iphone 5. Wahh...rambang sungguh rasa telinga mendengarnya. Aku nak ke...? Sapa kata aku tak nak...minat memang ada. Tengok orang ada Ipad pun, aku teringin jugak nak ada Ipad ... tengok orang pakai hp canggih macam Iphone pun aku terasa macam nak beli Iphone. Tapi ... setiap kali fikirkan harganya, roughly rm1k++... mesti niat aku terbantut. Jadi untuk mengelakkan aku membeli sesuatu yang 'bukan keperluan wajib' dan hanya memenuhi nafsu 'nak bergaya' semata-mata ... aku cuba la buat cenggini ...
1. Ipad ... perlu ke...? --- aku ada laptop, walaupun laptop aku ni jenama Dell, di beli pada tahun 2008, tapi fungsinya masih sangat ok..version laptop yang boleh dikira agak berat...tp, kalau masih boleh pakai, baiklah aku pakai sehingga ianya tak boleh dipakai lagi (ada paham ka itu ayat..?). Kaitannya dengan Ipad, nanti kalau aku beli Ipad..laptop ni tinggal berhabuk aku tak pakai kan rugi...Lagipun Ipad ni sesuai la untuk orang-orang yang selalu travel ke sana ke mari..aku ni mana nak travel jauhnya pun, rumah..pejabat...kampung je ....erkhh....tak payah la beli Ipad...jangan membazir! ( melainkan aku ada budget melampau-lampau lebih boleh la angkut satu kot..! ) Hahaha .... ni ha, Ipad junior lam perut ni dah nak deliver...lagi mahal budget dari Ipad.......tskkk....tssskkk....
2. Iphone ..... perlu ke? Erm...tak tahula Iphone ni keperluan atau satu kehendak. Tp aku masih ada henpon nokia classic yang aku bleh guna, takde masalah melainkan memori henpon selalu penuh sebab selalu sms dengan hubby time kami berjauhan. Ambik gambar pun ok.... jadi, tak payah la dulu beli Iphone. Kita gunakan apa yang ada...ada rezeki lebih nanti la beli Iphone.
Sebenarnya kan, aku ni jenis orang yang shopping tapi tak tengok sangat brand barang yang aku beli. Bukan aku tak minat barang berjenama... kalau nak sebut jenama yang aku minat..mmg byk..kalau untuk jeans, ofcourse aku minat Levi's, perfume..aku minat Bvlgary dan CK ....utk jam..aku minat Fossil...yang lain aku minat secara random je...aku suka tengok design gak...
Skrg zaman orang gilakan shawl. Ala....selendang lilit2 di kepala terus la menjadi tudung. Hehe... aku kan baru jer mula bertudung dari awal tahun ni dulu. jadi mula2 dulu aku suka pakai tudung instant, Senang la kiranya, tinggal masuk je. Tapi kos tudung instant ni agak mahal la jugak..makin cantik tudung makin mahal la harganya..(memang la aku paham...mana ada orang jual benda cantik dengan harga yang murah sangat...tp kita pandai2 la memilihkan...). Jadi sekarang aku dah ada option yang lebih berbaloi kit kalau nak bergaya even bertudung. Pakaila shawl. Rajin-rajin la surf cari yang jual murah...sometime ada yg jual clearance stok...ada yg jual 5 shawl dengan harga borong...percayalah, semakin rajin kita buat searching di internet, kita akan dapat apa yang kita nak.
Jangan risau ... kadang2 yang jual murah tu tak semestinya tak cantik. Kesabaran tu mesti ada. Kadang2 yang jual murah tu sebab penjual nak habiskan stok. Mungkin yelah..orang lain dah awal2 beli shawl mcm yang kita 'baru nak beli'..tp pedulila...hahaha...
Jadi sebenarnya dalam pada aku bercerita panjang lebar ni tadi mesej yang aku nak sampaikan cuma ... kalau nak bergaya biarla berpada-pada. Jangan la bergaya sebab nak ikut orang lain. Itu akan menyusahkan diri sendiri cik adik oi...kalau mampu tak pe. Tapi ini kalau gaji cukup2 nak bayar utang kereta, bayar utang rumah, beli makanan utk sebulan lepas tu sibuk2 lak nak bergaya membeli brg mahal2...takde maknenya....
No hard feeling ye ...... sama-sama la kita saling nasihat menasihati ... xoxoxo
No comments:
Post a Comment