Ermm ....... berbulan dah rasanya takde update blog ......
Banyak benda yang aku rasa .... dan aku nak luahkan...
Aku rasa ...... i'm very-very happy be a mom .....perasaan menjadi seorang ibu memang susah kita nak describe. Apa yang aku tahu, once kita dah jadi ibu ( ini from my opinion...i dont know la plak apa pendapat ibu-ibu yang lain....) -- ok, sambung balik ayat tadi...once kita dah jadi ibu, kita akan paham perasaan berkorban tanpa minta balasan. Paham ke ayat tu? Kalau tak paham apa boleh buat la kan, sebab aku memang paham. Dulu-dulu masa kita kecil-kecil, masa kita meningkat remaja...ibu suruh sikit kita dah merungut, mak suruh kemas rumah...kita minta ganjaran..contohnya ganjaran dapat baju baru untuk upah kemas rumah. Tapi kita tak pernah terfikir, masa kita masih bayi..ibu jaga kita bersengkang mata, kalau sakit ibu rawat kita penuh sabar..bila kita menangis ibu pujuk gendong kita sana sini untuk pujuk kita..ONLY bila kita DAH JADI IBU baru kita faham, bukan senang jadi seorang ibu..bukan mudah...tapi untuk ibu kita, mereka gembira dgn kehadiran kita..mereka sanggup berkorban apa saja tanpa minta balasan. Jadi...jadilah ibu/ayah untuk kita memahami dengan lebih baik tentang pengorbana ibu mahupun ayah kita. For me..salah satu yang aku sanggup berkorban...setiap hari aku sanggup ulang alik driving jauh dari rumah ke tempat kerja, 1jam15minit pergi kerja, dan 1jam30minit balik keja (tambahan masa sebab petang balik kerja jalan jammed) ... jadi pagi seawal 715am dah bertolak dari rumah, petang dalam pukul 630-645pm baru sampai rumah...semuanya kerana ZAHIN, my baby...aku boleh bermalam di KK, di rumah kakak ipar yang letaknya dah sampai 5minit perjalanan ke pejabat (jalan kaki pun boleh dari rumah kakak ipar) tapi kenapa aku nak pilih gak memandu jauh-jauh? Sebab aku tak nak jauh dengan my baby. Memang my MIL yang jaga...tapi bagi aku cukuplah siang my MIL yang jaga, malam2 biarlah baby aku yang jaga....penat? ya memang penat...tapi bila sampai rumah, dengar suara Zahin ketawa..tengok wajah Zahin...penat dah hilang............
Aku rasa.... aku sedih sepanjang bulan October....bukan apa, terlalu banyak kisah menyayat hati di bulan October. Bacalah surat khabar, bacalah link-link cerita terbaru di dalam facebook..banyak kisah berkaitan kanak-kanak yang diperlakukan tidak seperti sepatutnya.
Pertama, bayi lelaki berusia 23hari diliwat ayah kandung sendiri kerana ibunya masih berpantang. Kalau ikutkan naluri perempuan aku, aku bagai nak rejam ja bapa bayi tu. Apa dosa bayi tu diperlakukan sebegitu rupa? Kenapa nafsu terlalu menguasai minda sehingga memperlakukan anak sendiri sebegitu rupa. Rasa nak menangis baca berita tu...http://www.hmetro.com.my/articles/Bayi23haridiliwatbapa/Article baca kat link ni berita tu. Kita sebagai manusia biasa, apalah hukuman paling teruk kita boleh bagi pada bapa bayi ni? Hanya ALLAH yang akan membalas perbuatan kejinya nanti...hermmm...semoga bayi tu pulih dan semoga apa yg telah ayah kandungnya lakukan tidak akan memberi perkembangan negatif dalam hidupnya nanti.
Kedua...sedih dengan cerita kanak-kanak usia 2 tahun digilis sebuah van dan sebuah lori di China, sungguh sedih, sungguh kasihan...kanak-kanak sekecil itu digilis dua buah kenderaan, orang yang lalu lalang ditempat kejadian takde seorang pun yang datang menolong. Kenapa? Orang kat situ takde kesedaran sivik ke? Sungguh takde perasaan belas kasihan..http://www.ammboi.com/2011/10/21/wang-yue-budak-2-tahun-digilis-dua-kenderaan-disahkan-meninggal-dunia/ ---ada cebisan kisah tu di link ni. Kasihan. Mereka di sana tu sungguh pentingkan diri sendiri. Fankly nak bagi tahu...aku tak sanggup tengok berita berkaitan kanak-kanak ni, video yang orang upload kat youtube, yang kawan-kawan share kat fb pun aku tak sanggup nak tengok sebab aku tahu aku memang akan menangis kalau tengok, erm...entahla, semenjak dah jadi mama, aku punya jiwa ni terlalu sensitif...
Ketiga...kisah bayi baru lahir dikelar oleh ibu sendiri sehingga menyebabkan kematian bayi tersebut. Sedih tau kalau tengok gambar baby yang dikelar tu, sampai terkeluar perutnya. Tak tahula apa yang merasuk fikiran si ibu yang baru berada di tingkatan 4 tu untuk berbuat demikian.http://trigyy.com/2011/10/berita-pelajar-sekolah-menengah-kelar-bayi-sebaik-dilahirkan-di-betong-sarawak/..bacalah sendiri cebisan beritanya kat link ni. Kesian baby girlnya. Dapat ke korang bayangkan bagaimana sakitnya kena kelar hidup-hidup? Kita luka sikit pun terkena pisau dah sakit macam apa...inikan kalau badan dikelar, leher dikelar...belakang dikelar....Ya Allah ya tuhanku...aku tak sanggup nak bayangkan..syurga menantimu wahai bayi.......erghhh.....sambil taip ni pun aku nak menangis dah. Tak sanggup rasanya nak bayangkan apa-apa ....
Dan ini lagi satu.....sanggup campak bayi......waaaaa.....kenapa? kenapa? kenapa? Kenapa kita semakin hilang peri kemanusiaan ? Korang sanggup...nah tgk sini http://trigyy.com/2011/10/berita-gambar-bayi-dicampak-dari-tingkat-dua-2-pangsapuri-di-selayang-gombak-3-oktober/ ............Ya Allah ya Tuhanku....aku tak sanggup dah. Apalah dosanya? Bayi ini tidak berdosa sekalipun mungkin kewujudannya bukan sesuatu yang diingini...tapi tidak selayaknya kita membunuh mereka sebegini rupa...
Allah bagi kita nikmat...nikmat ni ada pelbagai...contohnya kat atas ni, Allah bagi kita nikmat ada anak...tapi, kita sia-siakan nikmat yang Allah bagi ni, kita sanggup aniaya mereka, kita bunuh mereka....sesungguhnya balasan dari Allah ada perlbagai macam...Alfatihah untuk semua bayi-bayi ini .... untuk yang masih lagi hidup sejahtera hidupnya...
Aku rasa ............ aku malas nak kerja...
Aku rasa ....aku rasa .... aku rasa lah kan...bila aku dengar Dato' Siti menyanyi lagu Inggeris, erm.....tetapla kurang sesuai...memang la boleh, not bad..tapi better lagu melayu la lagi sesuai. Lagipun nak dapatkan ramai peminat tak semestinya kene nyanyi lagi Inggeris. K-Pop tu, penyanyi Korea kenapa bleh gelemorrrrr kat Malaysia walaupun mereka menyanyi dalam bahasa ibunda mereka yang kita tak paham ntah apa apa maksudnya...kenapa kita tak jadi macam mereka? Tak confident ekkkk.....
Aku rasa....cukuplah post untuk kali ni. Aku lom buat reconciliation aku dari pagi sebab nak post ni...huhuhuhu......
Good Day everyone !
No comments:
Post a Comment