As-salaaaaaaaaaaaaaam ....
Amboi tajuk post ! Baru nak post pasal azam...padahal dah 17 hari berlalu masuk tahun 2013 ... but not too late jugak kan .... hikhikhik..
Post simple jer la kan....
Azam 2013 -----
1. Register my online business -- hehehe ... aku ada buat business online sikit, craft supply ( more on buttons) ...
2. Nak buat handbouquet --- klu berjaya nak komersialkan....jual la jugak...
3. Nak buat plushie / soft toy / bantal --- if berjaya, pun nak jual la jugak....
4. Kumplu duit nak kembangkan ladang sawit kami sekeluarga ( amboi....macamla business untung berjuta lemon...hakhakhak )
Okey...itulah entry simple aku. Semenjak dah ada anak dua ni, banyak benda nak kena pakai, nak kena sedia, nak kena beli...kalau nak harap gaji semata-mata, tidakla mencukupi .... jadi tidak salah mencari alternatif lain untuk menambah pendapatan kan .....
Okeylah ... xoxo ...
Thursday, January 17, 2013
Wednesday, January 16, 2013
Merlin - Final Episod Season 5
Lamanya dah tak bersiaran di dalam blog ni ... :) bz mengalahkan Daten Rosemah ( maap ini bukan nama sebenar...hakhakhak ! )
Entry kali ni, aku cuma nak luahkan perasaan aku tentang siri tv kegemaran aku from the past 3 years. Tak lain tak bukan drama epik Merlin. Memang dari awal lagi aku dah follow cerita ni, dari masa masih bujang sampai la sekarang ni dah kahwin dan dah ada anak 2 ... hehehe ..
Aku minat tengok cerita ni ... sebab aku storyline nya ... best!. Bukanla aku taksub dengan magic, tapi jalan cerita menyeronokkan aku ( sebab aku minat ofkoz la aku seronok...kalau korang tak minat, for sure korang banyak komen cakap tak best etc... - ermm...do i care .... ???? )
Ramai yang tak puas hati dengan ending siri Merlin ni, termasukla aku. Sebab bertahun-tahun aku follow ceritanya ni, ending taklah seGRAND seperti yang aku harapkan.
Okey...ramalan aku untuk ending :
1. King Arthur jadi the great king ... boleh terima magic di Camelot.
2. Merlin buat confession yang dia ahli sihir, lepas tu Athur terima Merlin seadanya dan mereka sama-sama mentadbir negara Camelot dengan penuh gilang gemilang..-- memangla Merlin mengaku di saat Arthur cedera tu, tapi harap sangatla kisah mereka tak akan berakhir di situ
3. Dalam siri perperangan dengan Morgana, diharapkan Merlin akan menggunakan secara fully blast magicnya untuk lawan Morgana dan melindungi Arthur ... ( Memandangkan dari awal berkali-kali Morgana kata Emrys a.k.a Merlin itulah yang akan menghancurkan dia.. ) -- tapi mana sangka lak, Morgana cuma mati di hadapan Arthur yang tinggal nyawa-nyawa ikan setelah Merlin stab dia guna pedang milik Arthur (yang di hembus dengan api / nafas naga ) --> Morgana tu kununnya paderi ajaran lama dan tidak akan dapat dibunuh dengan senjata biasa melainkan dengan pedang nafas naga.....
Tapi hakikatnya ending cerita tu, Arthur mati di pangkuan Merlin. Kata naga tua merlin tu, Arthur akan bangkit semula .... -- rasanya ini clue kot untuk siri Merlin adventure yang akan datang...ada ke...? Ada ke...? Hope so la adakan.... hehehe
Apapun, cerita ni kelihatan mahu ditamatkan dalam keadaan tergesa-gesa. Final season memang ditunggu, tapi dalam 13 episod...semuanya dah tamat macam tu. Entahla apa agenda director drama ni kan... tergesa-gesa. jer padahal banyak watak yang tergantung ceritanya. Contohnya si naga putih tu...wataknya belom cukup umur lagi ( hehehe... ), Albion....manakah negara yang disebut-sebut itu....??
Ooohh...dan paling aku tak dapat terima, Modred boleh betrayed Camelot hanya kerana Arthur hukum GF dia sebab GF Modred cuba nak bunuh Arthur. Kenapa Modred tak siasat bila mana Arthur bersedia mahu melepaskan perempuan tu, tapi perempuan tu yang degil dan ego dan masih berkeras nak Arthur mati. Modred patut dengar statement perempuan tu depan Arthur...tapi Modred buat keputusan sendiri. Erm....macam tak cukup kukuh jer alasan ni digunakan Modred untuk dendamkan Arthur, untuk dedahkan identiti Emrys yang sebenar kepada Morgana...
Haiiisssh....banyakla aku membebel. Taip tujuh hari tujuh malam pun tak akan habis bebelan aku dengan Merlin ni..
Apapun...jom layan gambar merlin yang aku colek dari encik gugel..... (psssttt...i like Colin Morgan yang berlakon sebagai Merlin tu... comel budaknya..... huahahaha....ampun encik hasben ! :) )
~
~
~
next
~
~
~
~
~
lagi.....
|
|
|
|
|
|
|
Oppppppssssss........ kenapa ni.....????? Aiiiii ...............
Sekian...wassalam ....
P/s : Aku stress dengan makcik meja sebelah aku ni ....
Tuesday, October 16, 2012
Bagi Betis nak paha ...
Assalamualaikum ...................
Lamanya dah tak update blog ni kan...? heehe...so busy since baby dah tambah seorang....
Dipendekkan cerita, nak share la pengalaman sepanjang saya menjual button supplies secara online ( now business a bit slow due to too many commitment ), customer memang banyak sangat ragam, dan saya pun dah belajar banyak dari pengalaman yang saya dapat ni.
Pengalaman Pertama :
" Kak, saya dah bayar...bila barang akan sampai ... ? " - sesungguhnya aku sangat annoying la dengan soalan ni. Bukan apa...aku jual buttons, aku pack button tu bila customer dah bayar, dan selalunya aku g pejabat pos untuk pos2 order customer twice a week. ( Aku ni tak dapat la tiap2 hari nak bertenggek kat pejabat pos..jadi selalunya aku akan announce kat page bila aku akan pos order - selalunya Isnin & khamis atau Selasa & Jumaat )
Okey..berbalik kepada soalan tadi, ingin jer aku nak jawab... " Ko ingat aku ni kerja kat pos malaysia ke yang kau nak tanya bila barang kau nak sampai ?" Itu aku 'ingin' jer nak tanya...tp konpom punya aku tak akan tanya soalan tu customer aku. Paling2 aku hanya tarik nafas panjang jer dan akan menjawab dengan perasaan penuh sabar " Insyaallah, pos esok..lusa sampai sebab guna pos laju " ~~~~ haisshhh...mengong sungguh !
Kalau aku, sebagai buyer online, once seller bg tahu dah pos barang dan bg tracking number, aku check jer movement brg tu kat web pos malaysia. Lainla kalau dah seminggu pos, barang tu belum sampai...itu cerita lain .... tp kena jugak check dgn pos malaysia ......
Pengalaman kedua :
" Kak, bagi less ye kak... sebab saya nak order barang lain gak untuk buat kraf ... " hangin satu badan aku dengan statement ni ... !!!! Barang yang dibeli adalah barang yang ada harga offer, bila kira total nak kena bayar cth la RM53.00 ... siap minta tawar lagi buang RM3 yang hujung tu... okey lagi ... bila next order, minta tawar harga lagi sebab nak beli brg kraf lain...soo...so...so....ada aku kesah ko nak beli brg kraf lain? Jadi kerana ko nak beli barang lain, aku kena markdown lebih2 barang aku untuk kau ? Manyak cantek punya muka...!!!! Moralnya sini...kalau nak tawar or minta discount, biarla berpada-pada, aku pun buyer jugak...aku paham...if seller dah bg discount sikit pun dah cukup bersyukur. Jgn la minta lebih sangat. kalau nak murah, apa kata engko beli sendiri secara borong kat China ... murah...............4 or 5 sen... hambik mu urus byr pos semua. Engko belum jadi seller agaknya sebab tu engko x faham.
Pengalaman Ketiga :
Aku ada menjual dies ( acuan potong bunga untuk Bigshot )... aku jual brand MFT, sebab masa tu aku dah memborong membeli dies sizzix byk. Jadi mana2 dies yang aku tak pakai, aku nak let go jer.. Jadi dlm ramai2 customer ni, adalah sorang minah ni. Inbox punya inbox dalam fb, terjadilah conversation macam ni.
Aku : Dies saya pernah guna sekali untuk cuba potong felt, lepas tu tak pernah pakai, Condition still baru.. sekarang saya nak let go RM60 jer.
Dia : Okey ... nanti saya fikir dulu ...
Aku : Okey. Kalau nak inform cepat yer.. RM60 including postage ni ( Up offer, sebab aku memang tak nak simpan dies ni sampai berhabuk tak berpakai ... lagipun aku rasa harga tu kira okey, memandangkan aku baru gelek sekali jer..bukan aku pernah guna byk kali )
Dia : Saya rasa harga tu tak berbaloi la nak beli dies second hand...kalau RM60 tu saya dah boleh beli dies sizzix...
Aku : Its okey...kalau tak nak tak apa ...
Actually aku willing to markdown the price to Rm55 including postage if dia gunakan 'bahasa yang baik' dengan aku...ni siap bandingkan harga dies tu dengan dies Sizzix. Roughly dies sizzix RM75.00+ , RM 89.00+ yang penting jarang yg ada harga rm60.00 unless dia beli dies second hand adalah kot...
Lagipun ni aku punya barang, sukahati akulah nak jual harga berapa pun. Dia tak nak beli, tetap jugak aku berjaya jual dies tu kepada customer lain yang betul2 berminat ....
Okeylah...itulah sekian bebelan aku hari ni ...
*** Bosanla, kamera aku rosak....aku nak update button baru pun tak dapat, sebab tak dapat ambil gambar. Henpon aku ni henpon Nokia classic...ambil gbr pun tak clear. Ermm...nak bisnes online, harus pandai ambil gambar cecantik utk tarik perhatian customer .... tak gitu ...?????
XoXo...

Tuesday, April 17, 2012
Kenapa susah nak cari supplier button / butang di Malaysia ...?
Assalamualaikum ........
Hurrmm.............
Lamanya sudah aku tak update blog. Huhuhu...alkisahnya adalah malas sikit, sebab sibuk sangat...sibuk dengan baby, sibuk dengan kerja...sibuk juga dengan my BIG business plan. Hahaha....
Bercakap hal business tu, actually aku dah 70% proceed dengan business aku. Memanglah aku tak meletakkan harapan untuk mendapat pulangan atau keuntungan besar dengan serta-merta, sebab apa yang businesskan ni pun benda yang kecil-kecil je............. button...atau dalam bmnya...butang...
Ada apa dengan butang? Ada apa dengan button...? Hehehe...mesti ada yang tertanya-tanya...aku pun dulu tak terfikir betapa bergunanya butang ni selain untuk buat butang pakaian...
Nantila kita bercerita dengan lebih detail pasal butang ni ye. Aku tengah stress, kenapa kat Malaysia takde supplier yang jual macam-macam jenis button secara borong...macam supplier dari China...???? Nak kata nature button business ni tak bagus, takkan lah kot....masakan orang luar negara ramai yang jual atau buka bisnes jual button...
Hermmm.......

Wednesday, February 15, 2012
Puisi seorang ibu ................
Anakku ....
Maafkanlah ibu...
Meninggalkanmu mu setiap pagi...
Melepaskan pelukan mu ketika kau ingin bermanja...
Di meja ini mengadap kertas-kertas...
Di meja ini mengadap tugas-tugas...
Sesekali terganggu oleh mata mu yang redup...
Sesekali terpanggil oleh suara mu yang sayup...
Si kecil itu...
Aku sudah meminta pengertianmu...
Yang kita tidak dapat bermanja dengan hidup..
Tersentuh jiwa akak ni membaca puisi ni [ aku dapat dari blog yang aku baru follow : http://anisfuad79.blogspot.com ]
Sesungguhnya setiap pagi, amat berat rasa hati mahu melepaskan pelukan Zahin ditubuhku apabila aku mahu turun bekerja. Kasihan dia, sekecil-kecilnya sudah aku tinggalkan sepanjang hari untuk bekerja, sedangkan sepatutnya ketika kecil begini, dia harus bermanja denganku, bermain dengan ku..
Sebolehnya aku ingin lakukan sendiri semua untuk Zahin, aku ingin suapkan makanan setiap hari untuknya. Tapi buat masa sekarang, keadaan tidak mengizinkan aku untuk 100% menghabiskan masa bersama Zahin.
Kadang-kadang sedih rasa hati melihat pandangan mata Zahin mengiringi langkahku keluar rumah.
Arghhh.....bayi itu, baru 8 bulan lebih ... tapi dialah permata hati ku...
Zahin.....mama love Zahin.

Wednesday, February 8, 2012
Zahin dah 8 bulan umurnya .....
Assalamualaikum ...selamat pagi ....
Hehe...sedar tak sedar Zahin dah berumur 8 bulan .... membesar dengan cepat..tak terasa masa berlalu. Selera makan Zahin pun dah pelbagai. Sekarang ni salah satu rutin aku pagi-pagi hari sebelum kerja ialah memasak bubur untuk Zahin, dan semestinya kepala hampir nak pening memikirkan "apa pulak campuran bubur Zahin hari ni.....?"
Masa umur dia 6bulan, aku bagi Zahin makan nestum je...i think dalam 3 first week tu aku suruh my MIL bagi dia makan nestum je. Lepas tu sekali sekala on weekend aku aku cuba bagi dia makan bubur lenyek halus tu. Biasalah..aku tak nak la bagi dia makan bubur mendadak terus..
Lepas tu dalam 2 minggu aku bagi dia makan bubur kosong selang seli dengan nestum Cerelac tu. Kadang-kadang bagi bubur campur bilis halus, tapi menurut my MIL, Zahin tak berapa nak makan kalau bubur campur bilis. Jadi sementara tu bagilah dia bubur kosong dulu.
Kemudian after Zahin masuk usia 7bulan lebih aku start bagi dia makan bubur campur carrot. Wah...berselera dia makan, kadang-kadang aku balik kerja petang, aku tengok bubur dalam periuk tu dah habis dah. Lega. Tak sesia aku bangun awal-awal pagi prepare bubur dia setiap hari...
Then aku start pelbagaikan menu campuran bubur Zahin. Dah aku tengok dia macam bosan makan bubur dengan carrot, aku camput lak bubur dia dengan kentang dan pumpkin...berselera balik dah dia makan. Dan this morning, aku masak bubur dia camput dengan carrot, kentang, labu, baby corn, brokoli dan batang saderi, semua aku potong kecil-kecil supaya Zahin yang ada 2 batang gigi tu senang sikit nak kunyahnya. Lagipun sekarang dia dah tak makan sangat bubur yang lenyek halus.....jadi makan bubur yang gitu-gitu jer dan dilenyek ala kadar je.
Nantilah aku update menu Zahin macam mana, kalau aku rajin maybe aku boleh update dengan gambar sekali. Bukan senang nak menambat selera makan baby ni...jenuh juga otak ni berfikir...
*** Aku belum pernah lagi update gambar Zahin dalam blog ni...hehehe...blom masanya lagi nak introkan Zahin ke blog aku...hikhikhik...

Friday, February 3, 2012
Pagi Jumaat yang menenangkan ...
Bismillah ..... Assalamualaikum .....
Sebelum mulakan post yang serba ringkas, jom....kita mulakan post kita dengan gambar dulu...supaya mata cergas sikit ... hikhikhik ....
Cute tak .... ? Hehehe ...biarla kita comel mcm bunga tu yer....mulakan hari kita dengan ceria. entahlah...aku hari ni feel lega semacam, agaknya sebab bos cuti hari ni. Hahaha...jahatnya aku kan, suka lak kalau bos cuti. Bagi aku...bila bos takde, cepat jer aku buat kerja. kalau tengok bos ada...mulalah penyakit "M" aku datang....asyik sangkut-sangkut jer bila buat kerja. Apapun....hari ni mood aku agak baik sebenarnya..padahal pagi tadi aku terlambat bangun dari tido, sampaikan aku hanya sempat masakkan bubur untuk Zahin tapi tak sempat lenyekkan bubur dia seperti biasa yang aku buat pagi-pagi. Apapun hari ni aku bangga dengan diri aku sendiri sebab aku jadi pekerja yang produktif! Chewwaaahhh...puji diri sendiri.
Inilah adalah kata-kata untuk memberi semangat kepada diri sendiri ..... wahhhh ........
Dan yang manakah riak wajah anda pada pagi ni? Harap-harap samalah macam saya yer...pilihla wajah yang ceria supaya kita pun ceria....
p/s: Gambar dipinjam dari Mr Google ... thanks !

Subscribe to:
Posts (Atom)