Assalamualaikum ...selamat pagi ....
Hehe...sedar tak sedar Zahin dah berumur 8 bulan .... membesar dengan cepat..tak terasa masa berlalu. Selera makan Zahin pun dah pelbagai. Sekarang ni salah satu rutin aku pagi-pagi hari sebelum kerja ialah memasak bubur untuk Zahin, dan semestinya kepala hampir nak pening memikirkan "apa pulak campuran bubur Zahin hari ni.....?"
Masa umur dia 6bulan, aku bagi Zahin makan nestum je...i think dalam 3 first week tu aku suruh my MIL bagi dia makan nestum je. Lepas tu sekali sekala on weekend aku aku cuba bagi dia makan bubur lenyek halus tu. Biasalah..aku tak nak la bagi dia makan bubur mendadak terus..
Lepas tu dalam 2 minggu aku bagi dia makan bubur kosong selang seli dengan nestum Cerelac tu. Kadang-kadang bagi bubur campur bilis halus, tapi menurut my MIL, Zahin tak berapa nak makan kalau bubur campur bilis. Jadi sementara tu bagilah dia bubur kosong dulu.
Kemudian after Zahin masuk usia 7bulan lebih aku start bagi dia makan bubur campur carrot. Wah...berselera dia makan, kadang-kadang aku balik kerja petang, aku tengok bubur dalam periuk tu dah habis dah. Lega. Tak sesia aku bangun awal-awal pagi prepare bubur dia setiap hari...
Then aku start pelbagaikan menu campuran bubur Zahin. Dah aku tengok dia macam bosan makan bubur dengan carrot, aku camput lak bubur dia dengan kentang dan pumpkin...berselera balik dah dia makan. Dan this morning, aku masak bubur dia camput dengan carrot, kentang, labu, baby corn, brokoli dan batang saderi, semua aku potong kecil-kecil supaya Zahin yang ada 2 batang gigi tu senang sikit nak kunyahnya. Lagipun sekarang dia dah tak makan sangat bubur yang lenyek halus.....jadi makan bubur yang gitu-gitu jer dan dilenyek ala kadar je.
Nantilah aku update menu Zahin macam mana, kalau aku rajin maybe aku boleh update dengan gambar sekali. Bukan senang nak menambat selera makan baby ni...jenuh juga otak ni berfikir...
*** Aku belum pernah lagi update gambar Zahin dalam blog ni...hehehe...blom masanya lagi nak introkan Zahin ke blog aku...hikhikhik...
No comments:
Post a Comment