Tuesday, November 3, 2015

My DIY dangling shawl a.k.a Shawl juntai..


Tadaaaaaa ....

Cantik tak... ?

Aku post gambar ni dalam fb...bukan nak tayang gambar semata-mata hokey...aku more to nak share hasil shawl dangling yang aku jahit last weekend.

Senang jer nak pakai shawl ni. sarung sekali jer...lepas tu adjust kain panjang dari sebelah kiri ke kanan untuk tutup bahagian dada.

Tak pandai aku nak explain sebenarnya. Apapun aku happy tengok hasil jahitan aku ni walaupun jahitan aku masih perlukan improvement, ye lah kan...orang jahit shawl banyak yang guna mesin jahit tepi..hasil lagi kemas dan mantap, aku guna mesin jahit lurus portable jer pun... tapi okey lah jugak...aku yang pakai...bukan aku jual pun. Hihiih...

Sebenarnya shawl ni ikut pola asal memang ada soft awning. Tapi entah kenapa aku ni lembab sangat bab-bab buat awning ni. Aku suka awning yang boleh cover pipi aku yang debab, tapi pola awning yang ada dengan shawl ni macam pendek sikit, jadi aku tak ada masa sangat nak adjust sana sini...aku jahit jerlah body shawl ni....tanpa awning. Hasilnya....jadilah macam yang aku pakai tuuuuu....

InshaAllah, sebenarnya ni pun kira project untuk bisnes online next year. Aku tengah praktis menjahit..supaya hasil jahitan aku lagi kemas.

Agak-agak korang kalau aku jual ni, berapa RM sesuai ? Hhihi...kalau aku jual ni, aku takkan buka slot untuk borong kut...jual as a limited edition dari aku. Maybe kena improvise here and there lagi la.

Ok la... nanti sambung cerita.

P/S : Kena banyak belajar lagi untuk buat awning yang best.


Yang menulis dari hati;


Monday, November 2, 2015

Tips menjahit kain Lycra

As-salam,

Jom hari ni nak share tips untuk menjahit kain jenis lycra atau kain yang memeri (getah gitu). Sekarangkan kain lycra banyak digunakan untuk buat tudung atau shawl...tak terhad kepada pakaian semata-mata.

Ok, tak nak bicara panjang, ni nak share tips nya ye.

Tips No 1 : JARUM.

Ramai yang ingat kena tukar jarum setiap kali nak jahit kain lcyra, contohnya tukar kepada jarum emas. Sebenarnya menukar jarum ni hanya untuk mesin jahit portable sahaja, macam yang saya pakai.. hohoho...kalau anda guna mesin jahit industry, tak yah la susah-susah nak tukar okey, guna jarum no 11 pun dah okey dah. Itupun bergantung kepada kain. Kalau kain tebal, gunalah jarum no 13. Okey... ?

Tips No 2 : KETEGANGAN BENANG ( TENSION)

Sepertimana yang kita tahu, fabric lycra adalah fabric yang sangat mudah diregang.Jika jahitan melompat atau longgar, ketatkan lagi tension benang. Adjustlah sedikit demi sedikit sehingga mendapat hasil jahitan yang dikehendaki.

Tips No 3 : Mata Jahitan (Length )

Mata jahitan sebolehnya jangan terlampau kecil (cthnya 2 atau kurang ) dan cubalah guna mata jahitan 2.5 atau 3 untuk jahitan yang lebih cantik.

So itulah 3 tips utama kalau nak jahit kain lycra. Ni note untuk aku juga sebab aku pun selalu fail jahit lycra.

Hihihih...

Jom kita belajar bersama-sama ya...


Selama Menjahit.


Yang menulis dari hati;



1. JARUM : ramai yang ingat kena tukar jarum mas/emas jarum untuk jahit lycra . sebenarnya jarum ini hanya untuk mesin jahit portable sahaja. untuk mesin jahit industri mmg tak perlu pun jarum ni . cuma gunakan jarum saiz 11 pun dan ok . bergantung kepada ketebalan kain. lagi tebal kain , gunakan jarum 13

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu


 


 
 
1. JARUM : ramai yang ingat kena tukar jarum mas/emas jarum untuk jahit lycra . sebenarnya jarum ini hanya untuk mesin jahit portable sahaja. untuk mesin jahit industri mmg tak perlu pun jarum ni . cuma gunakan jarum saiz 11 pun dan ok . bergantung kepada ketebalan kain. lagi tebal kain , gunakan jarum 13 2. KETEGANGAN BENANG: anda boleh adjust ketegangan benang seperti gambar di atas. Fabrik lycra adalah fabrik yang mudah diregang, jadi ketatkan ketegangan benang dengan memulas ke arah jam jika mata jahitan asal melompat2 atau longgar. Berbeza dengan fabrik yang biasa seperti cotton, poly , fabrik lycra perlukan ketegangan benang yang lebih untuk mencengkam fabrik. Adjustment ni kena la dibuat secara sedikit demi sedikit sehingga mendapat mata jahitan yang dikehendaki. Jika mata jahitan terlampau rapat dan tegang, pulaskan ke arah lawan jam . 3. MATA JAHITAN: Mata jahitan jangan terlampau kecil seperti 2 atau kurang , guna saiz 2.5 atau 3 untuk lebih cantik Wallahualam... harap dapat cuba.. hasil dari pengalaman mengkaji, membaiki dan menggunakan mesin jahit sendiri Semoga tips ni berguna utk kawan2 sekalian

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Friday, October 30, 2015

What to do this weekend .. ?

Amboi... bukan main.....datang rajin nak hapdet blog...hihih...harussss kasi aktif ni blog. Nanti dah mula balik my online business, blog ni akan banyak kegunaannya...hopefully my target customer akan aware dengan kewujudan blog ni.

Business online? No worries. Saya akan jual sesuatu yang cantik dengan harga berpatutan...Bak kata orang, jangan jual barang mahal, orang datang beli sekali tapi possibility untuk membeli semula tidak ada, bagusla jual sesuatu yang cantik dan berkualiti dengan harga mampu milik, moga-moga customer itu datang membeli lagi dan lagi dan lagi.... hihi

Ok, tak nak bebel panjang sangat.

Whishlist weekend ni macam banyak sikit. Ketepikan project baking, nak proceed dengan sewing project. Aku nak bereksperimen buat shawl 2muka, shawl twist dan syria scaloop.....dan buat simple skirt anak2 dara. Utk abam zahin...nanti la akan difikirkan kemudian, paling paling pun jahitkan seluar pendek jer untuk dia...

Oklah. Dah nak balik kerja.



Yang menulis dari hati,


InshaAllah, rezeki Allah itu luas....

As-salam,

Sebelum mula entry, Jom....

Kita berdoa dulu...doa semoga dimurahkan rezeki ..

Bismillah...

Ya Allah Ya Tuhanku,
Bukalah pintu rezekiku hari ini,
Begitu juga kedua ibubapaku,
Dan semua umat Nabi Muhammad S.A.W.

Amin....

***jangan lupa sedekahkan Al Fatihah untuk kedua tua kita setiap pagi setiap hari ye.... hihii


Okey, tentang rezeki...bersemangat betul aku nak buat post ni...bukan apa, semalam call mak di Miri, cerita ceritu dengan mak, lastly buka topik pasal bakal hilang kerja. Aku just bagitahu mak " Mak, next year saya confirm dah takde kerja, contract kerja dengan MAS (a.k.a MAB New Co ) akan tamat end of December, hari isnin lepas kami dah meeting dengan boss, kami kena suruh clear semua kerja kami yg dalam status backlog by end of December ni..."

Terus mak aku cakap " Jadi, takde kerja la engkau ? Cuba lah cari kerja di kawasan dekat-dekat rumah tu..."

Aku faham, mak aku risau kalau aku tak kerja, macam mana nak support encik hasben. Anak pun dah 3. Hasben aku bekerja sendiri, kedai runcit keluarga....selama ni memang dia pun banyak support, nak harap gaji aku tak banyak mana pun...

Jadi aku jawab pada mak " Takpe lah mak...bukan kita tak nak kerja...tapi kita nak fokus jaga anak...tahun depan Abam Zahin dah mula pre school..kesian lak mertua nak handle semua awal-awal pagi...mertua pun selain hari2 jaga anak aku yang 3 orang tu...dia turut jaga anak buah aku yang seorang lagi...rezeki tu nanti adalah. Mungkin kita nak cari rezeki dengan bisnes sendiri, buat cake ke...menjahit ke. sekarang asal rajin semua boleh jadi mata pendapatan... "

Terus mak aku tak cakap apa-apa. Mungkin tak tahu nak kata apa agaknya. Aku ni bukannya apa...aku jenis tak dapat nak duduk makan gaji sangat. Aku lebih suka independant dalam mencari duit. Yelah, InshaAllah next year, mesti kuat semangat untuk aktif semula bisnes online. Dulu masa anak baru seorang pun aku aktif juga berniaga online, jual butang-butang untuk kraf..kadang-kadang bila rajin promote online...boleh juga hasil jualan tu cecah rm300 ke rm400 seminggu...kalau malas dalam rm100 lebih jelah jawabnya. Cuma aku tak berapa aktif sejak anak no 2 lahir.... bukan takde customer...tapi leceh nak kira butang yang cinonet tu dengan anak-anak sama sibuk 'membantu'. Hohohoho

Ok...jom....baca ni...



Nah....mari kita sama-sama amalkan tips ni....semoga kita beroleh rezeki yang berkat ye...

Itu jer lah dulu....

Yang menulis dari hati ,



Thursday, October 29, 2015

Update Update

As-salam..

Hahaha...entah apa apa entah tajuk post....no idea sebenarnya. Tapi aku tengah berusaha tukar layout blog aku ni...lama dah tak update, berhabuk bersawang....jadi baru lepas 'renovate' sikit........biar nampak fresh.

Semenjak anak dah 3 ni, banyak benda aku takda masa sangat nak buat. Niat tu ada....tapi masa tu takde...

Oklah...nantilah cerita panjang-panjang ye.

Friday, May 17, 2013

Less Is More :)

As-salam semua ....................... ( berlagak macam la ramai yang baca blog aku ... follower pun tak sampai 15 org ... hik hik hik )

Okey ... tentang LESS IS MORE ... actually ni tak la sangat berkaitan dengan perkataan tu, tapi ada lah nak ceritakan sedikit ni.

Aku ni sukakan perkara-perkara yang melibatkan daya kreatif, contohnya jahitan, kraf ... aku suka surfing blog to blog, web to web ... tengok hasil creatif orang lain, paling suka tengok hasil creatif minah saleh. Mereka mempunyai daya kreativiti yang tinggi, yang mana kadang-kadang mereka boleh menghasilkan sesuatu yang cantik menggunakan bahan yang kita pernah nak fikir pun ... contoh paling senang ... gunakan kain bedsheet untuk buat skirt, guna kain sarung bantal yg dijual murah di wallmart untuk buat gaun kanak-kanak ... kain-kain ni bukan khas utk pakaian pun, tapi mereka gunakan dengan begitu kreatif sekali.

Ni contoh saya nak bagi :


Cantikkan skirt ni ... ? Dia gunakan bedsheet jersey jadikan skirt ... untuk post penuh skirt ni boleh tengok kat A Small Snippet Blog ... marbeles hasil skirt nya.

Ini pun contoh kedua skirt guna bedsheet ( cadar katil / tilam ) :

 Nah .... as simple as that .... kreatif kan ... ? Kita tak pernah terfikir pun nak beli kain lapis tilam buat skirt ... hehehehe .... boleh tengok tutorial skirt ni di jessicafreed.tumblr.com


Itu 2 contoh yang aku nak share. Bukan nak kata orang Malaysia nak kreatif, mungkin masih perlu diperkembangkan lagi. Memang la kadang-kadang kain macam bedsheet ni tak berkualiti ke ... apa ke .... tapi kita turn the fabric into something yang 'out of the box ' punya idea.

Selalunya kita mesti akan fikir macam ni :

- Kain buat baju, boleh buat baju jer lah ... tak boleh buat langsir.
- Kain buat langsir, buat langsir jer lah...tak boleh jahit jadikan beg ...

Itu contoh jer yer. Saya tak kritik orang Malaysia, sebab dulu saya pun begini jugak. Pemikiran tertutup. Sekarang dalam dunia internet serba nak laju ni, banyak benda kita boleh google, boleh cari info ... gunakan kemudahan internet yang ada utk cari ilmu, cari pengetahuan... jangan lah gunakan internet hanya utk baca kisah2 artis, nak bergosip jer semata-mata .... betul tak ....


Okey...sebenarnya ada satu kisah, terjadi kepada aku last few days. Aku post gambar kain di satu group, aku takde niat jual kain pun, intention aku sekadar nak share jer kain-kain yang aku jumpa. Termasuklah kain jersey nipis yang berharga RM3.50 semeter, yang mana warnanya memang menarik perhatian. Aku pegang kain tu, memang niat aku terus nak guna kain tu buat skirt, tapi aku share jugakla gambar tu di group tadi. Tak sangka lak ramai yang tertarik dengan kain jersey ni ... siap ada yang nak minta tolong belikan ... cuma ada la beberapa komen ni ( tak semena-mena aku sentap ) berbunyi macam ni : " Ni bukan kain lapis meja ke ? Bukan kain yang org guna untuk buat ropol di khemah orang kawin tu ke ?" Soalan itu datang dan pergi di gambar kain jersey. Aku jawab dengan penuh hemah, aku sendiri tak pasti apa guna kain tu. Aku faham apa yang mereka maksudkan kain langsir tu, sebab aku pernah beli kain tu di Jakel, berharga RM2.80 semeter, memang khas utk buat langsir, kainnya nipis ... jadi mereka-mereka yang bertanya ni kata kain ni macam serupa dengan kain tu.

Sudahnya aku bagi tahu, aku tak akan tolong mereka belikan kain tu sebab aku takut mereka tak puas hati dengan kain tu. Aku tak tahu kualiti macam mana yang mereka mahu. Kita hanya perlu fikir logik, dah harga pun rm3.50 semeter, begitulah juga kualiti kainnya yang setara dengan harga tu. Janganlah harap dengan harga tu boleh dapat kain jersey tebal ... ni balik-balik komen di gambar tu kata kain tu kain langsir, terasa macam aku kena kondem pulak ( sentap la sangat ! )

So today aku nak gi kedai tu balik, aku nak try sendiri jahit kain tu, jadikan skirt ... tengok hasil macam mana ... kalau cantik konpem ramai yang dengki nanti...hahahahahaha ....



Tuesday, May 14, 2013

---- Into the office

Best tak tajuk post ... ? Into the office .... hehehe .... jadi post ni berkaitan dengan suasan kerja aku dalam office.

Ada beberapa perwatakan pekerja yang sama seofis dengan aku :


1. Pengkomplen
 - Dia ni sebenarnya aku panggil kakak, super duper junior la sebab dah bekerja almost 30years di syarikat ni berbanding aku yang cuma 5 tahun lebih bekerja ni ...dia ni memang pengkomplen tahap cipan.
- Dia selalu sign attendance awal, dia selalu datang office awal, jarang lambat ( ini aku akui la ) sebab aku pernah tgk dia sign attendance dia letak di ruang masa masuk tu '6:30am ' -- aku masa ni masih lagi dirumah, prepare barang keperluan anak-anak, make sure susu kena refill dalam bekas susu, makesure ada air panas yang mencukupi dalam botol air panas, makesure air kosong cukup, makesure semua botol susu dah kena cuci, pendek kata makesure everything in order, atleast MIL aku tak perlu bersusah payah nak buat semua tu. Jadi kesimpulannya, aku memang unable la nak masuk ikut jam kakak tu masuk ofis.Malahan aku selalu lambat masuk ofis, kadang-kadang sampai terbabas lambat 15minit. -- Then i know kakak ni komplen aku selalu lambat, bila aku kata aku lambat sebab rumah aku jauh (yelah...aku ulang alik dari kampung hasben ke tpt kerja, 5days a week ... memenatkan -- dan ni jugak one of the reason kenapa aku mempertimbangkan nak resign ... )
- Memang merisaukan sebab kakak ni kalau sekali komplen, memang dia akan komplen ke pihak atasan terus. Based on history kerja dia, memang dia ada experience condemn pekerja lain, sampai pernah jadi kes besar ( x payah aku nak mention sini la ), cuma aku nak cakap dia ni memang macam talam 2 muka ... lalang ... tp aku tetap respect dia sebab dia orang tua.

2. Pemalas nak belajar dan ambil nota.
- Ada lagi kakak seorang ni, dia dipindahkan dari treasury department ke expenditure, seofis dengan aku. Tp dia masuk tempat aku ni dah lama, dari awal bulan Ogos last year lagi, kalau 3 bulan pertama mungkin aku boleh terima if dia masih rasa asing dengan system data entry yang kami gunakan ... tapi sampai sekarang ni ( jam 10:14am dated 14May2013 ) --- dia masih balik2 bertanya soalan yang sama kepada kami, baru 5 minit lepas kita ajar benda yang sama, 5 minit akan datang dia akan tanya lagi benda tu balik. Errrggghhh .... dah berapa bulan ni, itulah yang terjadi ... sampai semalam aku sound pada dia " kak, kan selalu dah akak buat tu, kalau kakak rasa kakak susah nak ingat, akak better buat nota supaya senang akak nak rujuk bila akak lupa. Aku bukan cakap aku terer, sebab aku pun sama macam tu dulu, sampai sekarang pun aku masih in learning process sebab kami guna system baru yang diimplementasikan tahun lepas ... aku pun sama buat nota ... erm.... nak cakap apa pada akak tu ? Masalahnya dia kena sound byk kali pun tetap tayang muka innocence dia.

Okeylah ... itulah entry for today...for this morning. Jd perasanla korang kan, 2 manusia ni betul-betul buat aku annoying that's ada entry pasal dorang.



******* aku x sabar nak buat kek tiramisu weekend ni ... yayayayayaya ******