Monday, April 29, 2013

Keep Thinking ...... to work or to resign ... and be a full time housewife ...

As-salam .....

Mulakan entry dengan Bismillah :)

Sebenarnya semenjak minggu lepas, aku asyik sentap jer, asyik ingat nak resign kerja. Kalau ikutkan hati, ingin jer aku meracau menghapdet status kat FB, tapi dek kerana FB ni kadang-kadang menjadi medium utama majikan ku untuk melihat tingkah laku pekerja ... aku diam2 tak apdate apa2 pun kat FB.

Kisahnya  begini kenapa aku sentap sangat ...

Minggu lepas aku cuti, kiranya unplanned leave sebab baby bongsu terkena jangkitan chicken pox. Tak payahla aku nak huraikan macam mana chicken pox ni kan, mesti semua orang pun tahu. So, berbalik kepada ayat asal, Fatihah yang terkena jangkitan chicken pox. Kesian dia..baru jer  8bulan lebih...apalah baby umur cenggitu tahu, panas menangis, gatal menangis, sakit menangis ... dan tak semena-mena abangnya  Zahin pun jangkit jugak dek chicken pox. Macam mana tak jangkit, tidur sama setilam ... tak kuasa nak asing-asing tidur...

Jadi on Monday, aku ambil cuti. Oleh kerana menurut perintah bos sebelumnya, setiap nak cuti mesti hantar form dan apply jugak dalam sistem, aku datang juga ke ofis hari Isnin tu. Dah isi borang, apply in our system, siap kasi inform section head apa2 kerja yang belum siap ... jadi aku balik la ke rumah ...

Bila masuk kerja hari Khamis, big boss letak note kat borang cuti aku. Katanya aku keep applying ad-hoc leave. Jadi .... aku nak buat macam mana ? Bukan aku tahu baby aku nak demam, nak sakit bila. Kot-kot nya aku boleh meramal bulan depan baby aku chicken pox, bulan ni aku dah apply leave... gitu ?

Aku x faham...nak kata mereka ni takde anak, mereka ada anak. Mungkin yang membezakan tahap kepekaan mereka ni sebab mereka ni lelaki, aku perempuan. Aku tak tunggu masa panjang, terus aku email bos explain apa yang patut. Antara bunyi email aku adalah :

- Bos, saya tak ambil baby sitter untuk jaga baby saya, cuma MIL saya yang jaga baby saya, seandainya mereka sihat, tidak menjadi masalah untuk MIL saya menjaga mereka, tetapi seandainya mereka tidak sihat saya lebih suka memberikan penjagaan yang lebih kepada mereka kerana mereka hanyalah anak-anak kecil dan saya beranggapan bos juga tahu komplikasi demam campak ni macam mana kan ... ?

- Bos mengatakan di meja saya banyak kerja tertunggak, adakah bos pernah lihat sendiri di meja saya berapa banyak kerja saya yang sudah siap ? Ada pun ini adalah unplanned leave, dan saya sememangnya mencuba sehabis baik untuk mempertingkatkan prestasi kerja saya ... tapi walau bagaimanapun saya tetap tidak boleh mengabaikan keluarga saya, anak-anak saya kerana mereka lebih penting untuk saya melebihi segala-galanya.

Dan begitulah lebih kurangnya ayat email saya. Translation la kunun, sebab saya email in english ( Oh my English ! ) Hahaha ... terserah la kalau bos tak nak approve cuti saya dalam system.

Inilah masalah yang selalu dihadapi ibu-ibu bekerja, tambah-tambah lagi apabila bekerja dengan bos lelaki yang kurang memahami, tambah lagi dengan rakan-rakan sejawat yang mostly belum berkahwin, ada yang dah bergelar makcik ada anak besar2 pun buat2 tak faham ... haiiisssshhh ......

Nantilah ... aku tengah memasang perancangan. Memang ya...kalau tak bekerja bermakna takde duit gaji, mana nak bayar PTPTN, bayar hutang itu dan ini ... itu yang aku tengah nak rancang. Setidaknya sebelum aku resign, aku mesti dah ada satu perancangan home based business ... setidaknya boleh cover up hutang piutang ...

Bekerja pun kalau ada berat sebelah, tak baik jugak.

Nantilah sambung cerita.

Friday, April 19, 2013

Friday Blues

As-salam ...

Salam Jumaat - Penghulu segala hari ...

Aku sikda nak bercerita panjang ... just nak share my Friday Blues ....

Tadik ku gi Servay di Putatan, mencari nak beli bahan-bahan rempah k masak kuah Dhall, suddenly aku ternampak pekerja bahagian rempah ya, sekali imbas mukanya sama muka adik iparku .... serta-merta rasa rindu ngan family di Miri ya timbul.

Pas ya, udah habis ku meli barang di servay...bila kuar ke tpt parking kereta, ternampak la sefamily tok, datuk nenek anak2 dan cucu2 .... teringat mak duak bapak ku.... datang gik rasa rindu ya ...

Dan aku end up dengan nangis dalam kereta dari Servay sampei masuk opis ... sedih eh, memang aku rindu nak balit miri. Dah almost setengah tahun ku sikda terus balit Miri. Last ku balit Miri, raya haji last year...lamak dah ya.

Rindu ngan mak duak bapak..
Rindu dengan anak2 buah ku : Raul, Farhana, Fatin, Dira...
Rindu semua ...

Aku kat sitok...duniaku cuma ... ofis, rumah laki, anak2, lakiku ... dan salah satu cara ngabis masa...surfing FB ... aku sikda gilak kawan mok berjoyah-joyah ... kdg2 aku rindu life aku di Miri, tapi tok nama pengorbanan aku nga family and lakiku....

Erkhhh ....
nothing to say .... maybe aku perlu juak carik slot masa sesuai, minta cuti and kamek org anak-beranak balit bercuti sinun.

Org lain kerja MAS, berhabis-habisan guna tiket free melancong ke luar negara...tapi aku ngabis tiket free balit kampung.....

chow...

xoxo

Wednesday, March 6, 2013

Sedih : Tribute to our Fallen Heroes Of Lahad Datu

As-salam semua ... ( anggao jer la kunun2nya ramai follower blog aku nih ... :) )

Hari ni hari pertama aku kerja minggu ni. Hari Isnin dah Selasa aku cuti, semua gara-gara aku risaukan keselamatan diri sendiri yang nak kena drive jauh dari kampun hubby ke tempat kerja, agak-agak dalam 1jam 15minit gitu ...

Last Friday, mulalah kecoh di pejabat, penceroboh di Lahad Datu tembak mati 2 orang komando Polis ( anggota Vat 69 ) ... memang agak mengejutkan dan tidak terduga sampai macam tu sekali jadinya rentetan kes pencerobohan tu.

Sehingga hari ni pun aku masih tumpang bersedih dengan apa yang terjadi. Kenapa harus ada pertumpahan darah?

Sedih tengok ahli keluarga pegawai atau anggota PDRM yang terkorban. Kita yang memandang dari kejauhan ni saja dah terasa sebaknya, dah terasa sesaknya nafas...pernah tak bayangkan perasaan ahli keluarga mereka, ahli keluarga yang mereka tinggalkan..? Ayah, Ibu, Isteri, anak2, adik beradik mereka ... Ya Allah.... Sungguh lemah hamba Mu ni, tidak dapat menahan kesedihan.

Nantila kita sambung lagi ini ye .... xoxo

Thursday, February 14, 2013

My Love : F. Zahin & F.Zahra

As-salam ...

Tahu tak kanak-kanak 2 orang ni paling aku sayang sepenuh hati ... ? Dulu-dulu masa sebelum kahwin, aku spend banyak masa dengan anak-anak buah ... al-maklum, kami 3 beradik, aku yang last sekali mendirikan rumah tangga. Aku ada 4 orang anak buah ;
1. Abdul Rauf Afran
2. NurFatin Qahira
3. NurIman Farhana
4. NurFadira Thiana

dan tambah lagi anak aku 2 orang ..
1. Fatahni Zahin
2. Fatihah Zahra ..

Hikhikhik ... perasan tak nama yang perempuan semua da menggunakan huruf 'F' - macam trademark plak.

Lately banyak betul kita dengar berita kes kanak-kanak kena culik la, hilang la..kena bunuh la, sakit kritikal etc.. minta dijauhkan semua ini dari kami semua.

Errr ... pening kepala lak membebel entah apa-apa entah ... hahahaha

Wednesday, February 13, 2013

Idea ... di mana kau idea ... ????

Assalamualaikum ...

Erm.... hari pertama kerja after CNY ... memang agak bosan, tapi semacam jer semangat nak kerja. Agaknya kerana bos takde kot... hehehehe ....

Okey, sebenarnya cenggini ... aku tengah nak buat one blogshop, khas untuk aku share hobby dan hasil kerja tangan aku. Kenapa aku tak nak guna jer blog ni ... ? Alasan aku : blog ni more to share tentang kehidupan ... tentang family .... jadi tak nak guna blog ni, sedangkan matlamat aku buat satu lagi blog sebab nak jual barang kraf ... kang tak pasal-pasal ramai yg baca kisah hidup jer more than nak tengok barang ( hahahaha ... belum buka kedai dah angan-angan ada orang nak tengok barang...wakakakakaka )

Sebelum ni aku ada satu page di FB, guna nama Zahin Button Shop ... masa tu baby baru sorang, jadi di namakan sempena nama baby. Dah sekarang ni, baby dah tambah lagi sorang...aduh...pening kepala mak jemah nak fikir nama kedai ni... jadi sekarang ni tengah mempertimbangkan nak gabung jer nama baby 2 orang tu ... tapi...masih lagi fikir ni ....

No idea la .... Help ! Help ! Help !

Thursday, January 17, 2013

Azam 2013

As-salaaaaaaaaaaaaaam ....

Amboi tajuk post ! Baru nak post pasal azam...padahal dah 17 hari berlalu masuk tahun 2013 ... but not too late jugak kan .... hikhikhik..

Post simple jer la kan....

Azam 2013 -----

1. Register my online business -- hehehe ... aku ada buat business online sikit, craft supply ( more on buttons) ...
2. Nak buat handbouquet --- klu berjaya nak komersialkan....jual la jugak...
3. Nak buat plushie / soft toy / bantal --- if berjaya, pun nak jual la jugak....
4. Kumplu duit nak kembangkan ladang sawit kami sekeluarga ( amboi....macamla business untung berjuta lemon...hakhakhak )

Okey...itulah entry simple aku. Semenjak dah ada anak dua ni, banyak benda nak kena pakai, nak kena sedia, nak kena beli...kalau nak harap gaji semata-mata, tidakla mencukupi .... jadi tidak salah mencari alternatif lain untuk menambah pendapatan kan .....

Okeylah ... xoxo ...

Wednesday, January 16, 2013

Merlin - Final Episod Season 5

As-salam ...

Lamanya dah tak bersiaran di dalam blog ni ... :) bz mengalahkan Daten Rosemah ( maap ini bukan nama sebenar...hakhakhak ! )

Entry kali ni, aku cuma nak luahkan perasaan aku tentang siri tv kegemaran aku from the past 3 years. Tak lain tak bukan drama epik Merlin. Memang dari awal lagi aku dah follow cerita ni, dari masa masih bujang sampai la sekarang ni dah kahwin dan dah ada anak 2 ... hehehe ..

Aku minat tengok cerita ni ... sebab aku storyline nya ... best!. Bukanla aku taksub dengan magic, tapi jalan cerita menyeronokkan aku ( sebab aku minat ofkoz la aku seronok...kalau korang tak minat, for sure korang banyak komen cakap tak best etc... - ermm...do i care .... ???? )

Ramai yang tak puas hati dengan ending siri Merlin ni, termasukla aku. Sebab bertahun-tahun aku follow ceritanya ni, ending taklah seGRAND seperti yang aku harapkan.

Okey...ramalan aku untuk ending :

1. King Arthur jadi the great king ... boleh terima magic di Camelot.

2. Merlin buat confession yang dia ahli sihir, lepas tu Athur terima Merlin seadanya dan mereka sama-sama mentadbir negara Camelot dengan penuh gilang gemilang..-- memangla Merlin mengaku di saat Arthur cedera tu, tapi harap sangatla kisah mereka tak akan berakhir di situ

3. Dalam siri perperangan dengan Morgana, diharapkan Merlin akan menggunakan secara fully blast magicnya untuk lawan Morgana dan melindungi Arthur ... ( Memandangkan dari awal berkali-kali Morgana kata Emrys a.k.a Merlin itulah yang akan menghancurkan dia.. ) -- tapi mana sangka lak, Morgana cuma mati di hadapan Arthur yang tinggal nyawa-nyawa ikan setelah Merlin stab dia guna pedang milik Arthur (yang di hembus dengan api / nafas naga ) --> Morgana tu kununnya paderi ajaran lama dan tidak akan dapat dibunuh dengan senjata biasa melainkan dengan pedang nafas naga.....

Tapi hakikatnya ending cerita tu, Arthur mati di pangkuan Merlin. Kata naga tua merlin tu, Arthur akan bangkit semula .... -- rasanya ini clue kot untuk siri Merlin adventure yang akan datang...ada ke...? Ada ke...? Hope so la adakan.... hehehe

Apapun, cerita ni kelihatan mahu ditamatkan dalam keadaan tergesa-gesa. Final season memang ditunggu, tapi dalam 13 episod...semuanya dah tamat macam tu. Entahla apa agenda director drama ni kan... tergesa-gesa. jer padahal banyak watak yang tergantung ceritanya. Contohnya si naga putih tu...wataknya belom cukup umur lagi ( hehehe... ), Albion....manakah negara yang disebut-sebut itu....??

Ooohh...dan paling aku tak dapat terima, Modred boleh betrayed Camelot hanya kerana Arthur hukum GF dia sebab GF Modred cuba nak bunuh Arthur. Kenapa Modred tak siasat bila mana Arthur bersedia mahu melepaskan perempuan tu, tapi perempuan tu yang degil dan ego dan masih berkeras nak Arthur mati. Modred patut dengar statement perempuan tu depan Arthur...tapi Modred buat keputusan sendiri. Erm....macam tak cukup kukuh jer alasan ni digunakan Modred untuk dendamkan Arthur, untuk dedahkan identiti Emrys yang sebenar kepada Morgana...

Haiiisssh....banyakla aku membebel. Taip tujuh hari tujuh malam pun tak akan habis bebelan aku dengan Merlin ni..

Apapun...jom layan gambar merlin yang aku colek dari encik gugel..... (psssttt...i like Colin Morgan yang berlakon sebagai Merlin tu... comel budaknya..... huahahaha....ampun encik hasben ! :) )


~
~
~
next
~
~
~
~
~
lagi.....
|
|
|
|
|
|
|

Oppppppssssss........ kenapa ni.....????? Aiiiii ...............


Sekian...wassalam ....

P/s : Aku stress dengan makcik meja sebelah aku ni ....