Monday, April 29, 2013

Keep Thinking ...... to work or to resign ... and be a full time housewife ...

As-salam .....

Mulakan entry dengan Bismillah :)

Sebenarnya semenjak minggu lepas, aku asyik sentap jer, asyik ingat nak resign kerja. Kalau ikutkan hati, ingin jer aku meracau menghapdet status kat FB, tapi dek kerana FB ni kadang-kadang menjadi medium utama majikan ku untuk melihat tingkah laku pekerja ... aku diam2 tak apdate apa2 pun kat FB.

Kisahnya  begini kenapa aku sentap sangat ...

Minggu lepas aku cuti, kiranya unplanned leave sebab baby bongsu terkena jangkitan chicken pox. Tak payahla aku nak huraikan macam mana chicken pox ni kan, mesti semua orang pun tahu. So, berbalik kepada ayat asal, Fatihah yang terkena jangkitan chicken pox. Kesian dia..baru jer  8bulan lebih...apalah baby umur cenggitu tahu, panas menangis, gatal menangis, sakit menangis ... dan tak semena-mena abangnya  Zahin pun jangkit jugak dek chicken pox. Macam mana tak jangkit, tidur sama setilam ... tak kuasa nak asing-asing tidur...

Jadi on Monday, aku ambil cuti. Oleh kerana menurut perintah bos sebelumnya, setiap nak cuti mesti hantar form dan apply jugak dalam sistem, aku datang juga ke ofis hari Isnin tu. Dah isi borang, apply in our system, siap kasi inform section head apa2 kerja yang belum siap ... jadi aku balik la ke rumah ...

Bila masuk kerja hari Khamis, big boss letak note kat borang cuti aku. Katanya aku keep applying ad-hoc leave. Jadi .... aku nak buat macam mana ? Bukan aku tahu baby aku nak demam, nak sakit bila. Kot-kot nya aku boleh meramal bulan depan baby aku chicken pox, bulan ni aku dah apply leave... gitu ?

Aku x faham...nak kata mereka ni takde anak, mereka ada anak. Mungkin yang membezakan tahap kepekaan mereka ni sebab mereka ni lelaki, aku perempuan. Aku tak tunggu masa panjang, terus aku email bos explain apa yang patut. Antara bunyi email aku adalah :

- Bos, saya tak ambil baby sitter untuk jaga baby saya, cuma MIL saya yang jaga baby saya, seandainya mereka sihat, tidak menjadi masalah untuk MIL saya menjaga mereka, tetapi seandainya mereka tidak sihat saya lebih suka memberikan penjagaan yang lebih kepada mereka kerana mereka hanyalah anak-anak kecil dan saya beranggapan bos juga tahu komplikasi demam campak ni macam mana kan ... ?

- Bos mengatakan di meja saya banyak kerja tertunggak, adakah bos pernah lihat sendiri di meja saya berapa banyak kerja saya yang sudah siap ? Ada pun ini adalah unplanned leave, dan saya sememangnya mencuba sehabis baik untuk mempertingkatkan prestasi kerja saya ... tapi walau bagaimanapun saya tetap tidak boleh mengabaikan keluarga saya, anak-anak saya kerana mereka lebih penting untuk saya melebihi segala-galanya.

Dan begitulah lebih kurangnya ayat email saya. Translation la kunun, sebab saya email in english ( Oh my English ! ) Hahaha ... terserah la kalau bos tak nak approve cuti saya dalam system.

Inilah masalah yang selalu dihadapi ibu-ibu bekerja, tambah-tambah lagi apabila bekerja dengan bos lelaki yang kurang memahami, tambah lagi dengan rakan-rakan sejawat yang mostly belum berkahwin, ada yang dah bergelar makcik ada anak besar2 pun buat2 tak faham ... haiiisssshhh ......

Nantilah ... aku tengah memasang perancangan. Memang ya...kalau tak bekerja bermakna takde duit gaji, mana nak bayar PTPTN, bayar hutang itu dan ini ... itu yang aku tengah nak rancang. Setidaknya sebelum aku resign, aku mesti dah ada satu perancangan home based business ... setidaknya boleh cover up hutang piutang ...

Bekerja pun kalau ada berat sebelah, tak baik jugak.

Nantilah sambung cerita.

No comments: