Tuesday, December 27, 2011

Angan-angan

Alangkah bestnya kalau masa ni....

Aku berjalan-jalan shopping bersama hubby dan baby Zahin...

Aku bercuti-cutian di kampung halaman bersama emak dan ayah ditemani hubby dan baby Zahin...aku rindukan suasana kampung sendiri...sunyi...hijau...sungai....tenang......peaceful...harmoninya suasana alam....

Aku ada rezeki lebih....boleh bawa hubby dan baby Zahin, mak dan ayah [kalau dpt bawa adik beradik sekali dgn ipar dan anak2 buah] pegi umrah...wahhh...mesti best! Inilah hajat mak dan ayah aku....insyaallah, satu hari nanti bila cukup rezeki, aku nak hantar mak dan ayah g umrah....kalau bleh kerjakan haji terus....


Aku ada lagi rezeki lebih...kan best bleh bawa hubby dan baby Zahin cuti g oversea...negara idaman aku...ofcourse AMSTERDAM...pas tu...nak g Spain..Itali .... Venice....Beijing...Bandung....America........dan sebelum tu aku nak makesure aku nak g dulu our very own New Zealand....Ranau, Sabah.....kundasang....hahahahaha.........nak g Bukit Tinggi...Langkawi...byklah tpt aku nak lawat...angan-angan mat jenin sungguh.......

Okeylah...nak kol 2 dah, nak start kerja dah. Perut pun rasa mendidih dah ni....sakit perut!

Friday, December 9, 2011

Ada ku kesah.........?

Kenapa aku tak glemerkan blog aku...? Tak promote blog aku.. ? 
- senang je....sebab aku wujudkan blog aku ni untuk tujuan suka-suka, siapa jumpa or terbaca blog aku, nasib la......so jgn hairan even dah 2 tahun lebih blog ni wujud, follower aku tak sampai pun 15orang. Allaaaa...biarla org nak cakap aku tak glemer....ada ku kesah.......lagipun aku tak rasa ramai yang berminat nak tahu tentang cerita aku ponnn....

Wednesday, December 7, 2011

Novel Breaking Dawn VS Movie Breaking Dawn

Jeng...jeng...jeng....

Today my first day working after bercuti dari 26Nov2011 till 6th Dec 2011 ... dan ..sesungguhnya 1st day kerja after bercuti panjang merupakan hari yang teeeeeeeersangatla panjang rasanya.

Okey..merujuk kepada topik... Aku dah habiskan novel Breaking Dawn aku dengan jayanya...dan aku dah pun menonton movie Breaking Dawn Part 1..oleh kerana aku dah baca novelnya, jadi semua selok belok ceritanya aku dah tahu. Cuma untuk dapatkan feel yang lebih mendalam, memang best tengok movienya. All the time aku baca novel Breaking Dawn, aku cuma imagine muka2 watak dalam layar peraknya dalam pembacaan aku. 

Dan...rasanya......Breaking Dawn Part II lak lagi hebat! Sebab akan ada pertemuan dengan puak Voltury .... Renesmee dah membesar .... Bella dah menjadi fully vampire [ dalam movie part I di penghujung cerita cuma ditayangkan sehingga Bella membuka mata setelah tidak sedarkan diri beberapa hari selepas melahirkan Renesmee ]. Di dalam novel, digambarkan Bella menjadi seorang yang begitu cantik dan anggun setelah menjadi vampire, seorang yang mempunyai kuasa untuk mengawal minda dan mempunyai perisai yang dapat melindungi dirinya dan orang2 yang berada dekat dengannya. Memang best membayangkan Bella mempunyai keupayaan untuk melindungi para keluarga dan saksi keluarga Cullen di movie part II nanti sehingga dapat menangkis serangan api membakar dari Jane dan serangan melumpuhkan dari Alec. Dan lagi best bila vampire bergabung dengan warewolf [serigala jadian]--yang mana menurut Aro [one of the member of the Volturi] sebenarnya bukanlah serigala jadian, sebaliknya mereka merupakan 'kumpulan pengubah bentuk' yang mana mereka bebas memilih untuk berubah menjadi bentuk apapun...cuma mungkin kerana pada pertama kali pertukaran mereka memilih untuk tampil menjadi serigala, maka mereka menjadilah seperti serigala jadian...


Dan dalam Breaking Dawn Part II bakal ada ramai muka-muka baru yang akan diketengahkan...untuk membawakan watak Zafrina...watak Nahuel, dan etc...so rajin2kanlah mem'wiki'kan nama2 watak di dalam novel Breaking Dawn untuk melihat siapa yang mereka ketengahkan untuk memegang watak tersebut. " Nahuel di gambarkan berwajah tampan, warna kulit yang agak pelik, merupakan half vampire/half human sama seperti Renesmee...dan merupakan saksi utama dan yang terakhir datang untuk menyelamatkan Renesmee, yang datang bersama Alice dan Kachiri.."

Erm..kalau nak aku boleh cerita every single things yang aku baca dari Novel kat sini. Sebab untuk perbandingan yang aku buat dari Novel dan Movie part I ni, memang pengarah movie ni sedaya upaya serapkan sebanyak mungkin scene2 yang terdapat di dalam novel untuk di adaptasi ke dalam movie. Jalan ceritanya tidak lari..sama seperti di dalam novel.. [ Sangat TIDAK MENGHAMPAKAN , bukan seperti mana bila aku SANGAT HAMPA dengan cerita Lagenda budak Setan yang diwayangkan yang ceritanya entah apa2 entah ---- aku peminat lagenda budak setan dari zaman sekolah dan movienya betul2 menghampakan aku...hampeeeeh ! Sikit2 Farid Kamil...Farid Kamil...Farid Kamil.....takde pelakon lain ke....? Dan jalan ceritanya pun malap sangat..! 

Okeylah...aku nak sambung buat kerja. Sekarang dah mula terasa my morning sickness...asyik-asyik muntah...huhuuuhu ........


Lots of Luv....

Aku memang peminat fanatic Twilight Saga ... so jangan banyak songeh bagi yang baca blog aku [kalau ada yang baca la kan...hak hak hak]. 

Tuesday, November 15, 2011

Gugu Gaga ..... Breaking Dawn .... my must watch movie ...

Assalamualaikum ..... Good Day everyone!

Erm ... lately rasa kembang telingaku dengan iklan tanyangan perdana movie Breaking Dawn dalam radio...sik kiralah dalam Radio Era ataupun Radio Hits.. stress akak yang tengah kerja mendengarnya....hukhukhuk !

Start la demam team Edward dengan team Jacob pas tok. Apapun...aku jadi supporter team Edward lah. Hahaha..ku tauk ada 2 orang kawan ku sakit hati dengan Edward, sebab nya 2 peminat Jacob. Siapa lagik mun sik Zura dengan Proline. Nasib Joyce sama ngan aku...team Edward. Haha, terkenang ku masa tayangan pertama movie Twilight-Eclipse, rasa sendat geruk ku duduk dengan Zura duak Proline si peminat fanatic Jacob ya. Huhahuha jaknya 2 asal nangga Jacob, pas ya bila nangga Edward mengutuk habis-habis...ney sik balit nangga wayang aku alu migrain. Kenangan..!

Kenak aku minat watak Edward? Actually aku bukan minat Robert Pattinson secara personal...aku hanya minat pembawaan 'watak' cool blooded Edward Cullen dalam siri Twilight ya. Remember the first series of Twillight? Suka ku nangga wataknya...mcm ...there's something! Dingin. Hahaha...hanya aku jak tauk apa ku suka berkaitan watak Edward. Erm...nya vampire bergaya apa...compare to Jacob [sori a peminat Jacob!] si jacob selalu gilak nayang body, mungkin sebab aku sik suka gilak pun dengan lelaki suka ngeso badan berketul-ketul...ya juaklah sebabnya aku sik suka nangga watak Jacob. Iboh salah sangka...aku sik benciknya tegalnya jadi wolf..kira okey gik jadi wolf darinya jadi " ot~ot " ... kuang..kuang..kuang...

Aku rasa aku sik akan dapat menonton tayangan pertama filem Twilight di panggung wayang KK tok, sebab komitmen dengan perkara lain terlalu banyak. Aku busy..ulang alik kampung sebab Zahin, jadi mun dah balit kpg ney da masa gik nak g KK malam2 hari nak nangga wayang. Sik hal la aku terlambat sikit nangga movie ya. Laklah aku meli cd nya ajak, melayan feel sesorang nangga Twillight di rumah....huhuhu...sedeeeeyyy....


p/s: Aku nak jadi penyanyi gelemor mcm Justin Bieber, mcm Greyson Chance..glamor melalui youtube. Laklah aku nyanyi lagu 'sepuloh budak itam' ...masuk lam youtube..nangga ada sambutan sik. Ney tauk dpt sambutan di hollywood..nait nama dapat jadi pelakon twilight ---- > apa juak kaitan nak owh....ngegagagaga


Bah, Chow xxxx

Thursday, November 3, 2011

Layanan perasaan ...

Herm ..... sedih rasa bila ...

--- setiap hari aku driving pergi dan balik kerja, sepanjang perjalanan mesti ada sahaja ku lihat paling-paling kurang pun akan ada seekor binatang bergelimpangan di jalan kerana di langgar oleh kenderaan yang lalu lalang...baik kucing atau anjing.......kesian you know! For example, this morning...2 ekor anjing kena langgar di traffic light Putatan, di simpang empat near by Servay. Seekor dah mati .... seekor lagi masih tercungap-cungap nyawanya dan masih boleh angkat kepala. Kesian...sungguh kesian...................tak sampai hati...sedih aku melihatnya. Apalah perasaan driver yang melanggar binatang tu? Hopefully someone akan alihkan anjing yang masih hidup tu ke bahu jalan...hukhukhuk .....salah siapa la kejadian ni? Anjing yang menyeberang jalan tak lihat kiri kanan? [ erm........] atau pemandu yang memandu terlalu laju ?

Aku rasa kesian bila melihat ... ibu-ibu membawa bayi kecil menunggu van atau bas di tepi jalan. Macam hari tu, masa balik kerja..hujan renyai-renyai..di bahu jalan tu berdiri ibu dan si anak (yg ku assume umur anaknya 6-7 month) dengan plastik barang diletak di jalan, yang buat aku terkilan..mereka tak berpayung. Kesian bayi tu! Boleh aku imaginekan kalau aku yang bawa zahin macam tu. Hergghhh...nak salahkan siapa ni? Ibunya ke sebab tak bawa payung? Sebagai seorang 'ibu' sebolehnya aku tak nak la baby aku kena hujan ... bersyukurlah aku sebab zahin walaupun taklah aku dan hubby terlampau mewahkan dia dengan pakaian dan permainan mahal ala-ala high classnya Victorie Beckam..tapi setidaknya zahin dapatlah kehidupan yang serba sederhana namun lengkap....

Dan ....... aku rasa happy bila boss cuti. Kalau nak kata kerja kurang bila bos takde, tak la jugak...cuma .... entah! Jiwa tenang kot !

Dan aku tak sabar nak balik Miri ! Yaaaayyy.....

Tuesday, November 1, 2011

Baik tak payah ...

Entry ringkas ....

--> kalau anda rasa anda tak boleh terima pendapat orang lain, jangan bertanya ....
--> kalau anda tak ada kesabaran untuk sesuatu yang anda buat..jangan buat...

Sesungguhnya anda umpama KANAK-KANAK RIBENA ! Ngong !

Monday, October 31, 2011

Terujanya aku ..........

Assalamualaikum ...great monday morning everyone ... hikhikhik .... mcm la ramei tek nak yang baca blog aku...cheh !!!! Sak jak blog aku sikda ku promote ngan org pun suruh baca..hahaha...suka-suki bah nak berblog. Dah sikda geng bercerita, nyaman ajak rasa hati meluah perasaan dlm blog.

Adapun aku teruja tek...sebab aku baru meli mesin jahit baru hari sabtu ya tadik. Haiiiissshhh...teruja, kejeron sungguh rasa di hati...mesin jahit Singer idaman akhirnya berjaya jugak aku miliki.

Dolok nak time aku masih di Miri, aku sikda pernah pikir sikit pun pasal mesin jahit. Nak tauk kenak...? Sebab .... mak aku tukang jahit, ada mesin jahit....jadi balit jak umah d Niah...dah boleh menjahit..jadi sikda gago la nak bermesin jahit.Nak polah baju kurung pun, mak yang polah/jahit..

Dah aku merantau jaoh tok, huhuhu...buntu juak rasa ku. Gik pun since aku pregnan zahin, aku gila menjahit. Tok semua felt craft pun pasal...dan mungkin kebosanan di tahap melampaula polah aku mencarik sesuatu yang best untuk dipolah.

Memasak...? Yess...aku minat memasak. Tapi bukan bab-bab yang buat kueh okey, sebab kueh aku selalu sik menjadi. Aku suka masak makanan macam ayam, ikan, daging...tapi bukan kueh mueh or biskut miskut. Jadi, aku carik gik sigek hobi yg lagik best..yang aku rasa best k layan...ujongnya menjahit la.

Dalam fb aku suka join group crafter dgn geng menjahit. Banyak ilmu dan idea boleh dpt bila kita bergaul dengan daknya tok. Best owh. Secara sik langsung minat menjahit aku makin bertambah. Entah la... aku tok mungkin juak dpt dipadah ' ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi" --- sebab mak aku tukang jahit, jadi sooner or later, memang aku akan ikut jejaknya menjahit juak. Tapi aku sik prefer menjahit baju la, better gik jahit langsir rasa aku..hehehehe...

Jadi alkisahnya semalam dengan penuh berkobar-kobar aku mencuba mesin jahit baru. Dengan sekda experience make mesin jahit elektronik, ku beranikan dirik juak mencuba dengan berpandukan manual book semata-mata. Cuba punya cuba, ahernya berjaya. Mesin jahit aku siklah secanggih or semahal mesin jahit mak aku, mesin jahit aku cuma harga rm900+ ajak, dan boleh pilih 19 jenis jahitan. Aku rasa okey lah ya..untuk suka-suki menjahit.

Tapi nak...tapi...nah....ada tapinya lagik .... mak mertua aku lom apa-apa dah nak suroh aku jahit langsir. Apuuuuuuuu............bengong maria ! Hahahaha...sik hal, lak beli buku panduan menjahit. MEsti rajin belajar baru leh jadi master menjahit...yaaaayyyy...!!!


**** Rajin owh ku update blog....bukan apa, di opis fb dah kenak block, jadi rerajinlah aku update blog k ilangkan boring. Aku lom gik share cerita aku time melahirkan Zahinkan....lak la ada masa ku share gik cerita ya...


Sekian terima kasehhhhh...!!!