Thursday, January 5, 2012

Topik apa best hari ni …………… ???


Udang  galah :

                                  Sumber Gambar : Google ^_^

Just want to inform here….. aku dah dpt udang galah yang ku idam-idamkan….hoyeeeee…!!!!! Akhirnya last week, aku dengan my MIL pergila ke tamu di Membakut. Alhamdulillah…jumpa la pulak udang galah dibahagian tempat jual barang makanan basah. Aku apa lagi, tak nak cerita panjang…terus beli  sekilo…rm25 sekilo ok ! Hahaha..harga? Tak jadi masalah, aku pun malas nak tawar menawar. Untuk ibu mengandung macam aku ni, asal dapat makanan yang diidam, itu tidak akan mengambil kira harga barang yang kita nak. Pendek kata, biar habis duit, asal dapat apa yang kita nak…hergggh…memang lupa dunia. Hahaha… dan ceritanya, bila balik ke rumah..apa lagi, aku tak tunggu lama, terus rebus serai je udang galah tu. Korang masak apa? Selalu masak udang galah macam mana? Kalau family hubby aku ni, dorang memang masak rebus jugak udang tu, tapi  dorang tak campur serai, tak campur asam keeping, tak campur cili padi…Cuma masukkan bawang jer. Kata my MIL, kalau masukkan serai nanti rasa udangnya hilang. Erm…. Aku? Aku tetap dengan resipi masakan udang rebus turun temurun dari mak aku ler…rebus masukkan bawang merah, cili padi, asam dan yang paling penting…serai tu! Aroma serai bergabung dengan aroma udang…Ppppperrrrrrggghhhhh…….memang marbeles ! Tak kisah la pun kalau family hubby tak makan disebabkan kewujudan serai tu, yang penting aku makan dengan penuh berselera sampai tak Nampak telinga.



Dabai Vs Kembayau :

                            Sumber Gambar : Google ^_^

Dabai….. ada sesiapa pernah tengok dan makan? Sure semua pernah especially Sarawakian. Hehehe…tahu kenapa aku taip Dabai Vs Kembayau? Sebab di Sarawak buah tu namanya Dabai, di Sabah nama buah tu dikenali dengan nama buah Kembayau. Ok..sini aku nak mengulang tayang cerita macam mana Dabai dan Kembayau tu punya cerita.
Di satu petang, tidak jauh dari roundabout membakut, terdapat la gerai yang menjual banyak buah-buahan. Tujuan aku bawa hubby singgah sana sebab nak beli langsat..tak terfikir nak beli dabai pun sebab aku dah set dalam mind aku, di Sabah ni takda buah dabai. Ok..inilah sesi perbualan ringkas aku dengan penjual sambil mengendong Zahin:
Aku: er…pakcik, ini buah dabaikan? [ konpinden habis ni muka aku bertanya, tak terfikir langsung perbezaan bahasa ]
Pakcik: Bukan….ini buah kembayau… [ pakcik tupun jawab dengan penuh konpiden ]
Jadi, bila mendengar pakcik penjual tu menjawab macam tu, di kepala aku terus banyakla tanda soalan berterbangan. Tertanya-tanya la aku…pakcik ni tak tahu buah dabai ke atau aku yang tak tahu buah kembayau? Oleh kerana aku ni punya semangat ‘inquiry’ yang amatla sangat  atau ‘itok’ bak kata orang Sarawak, jadi aku membelila rm5 aka setengah kilo [1kg = Rm10.00 ---- mahal thou…padahal berdasarkan putik buah dabai yang dijual pakcik tu, aku tahu buah tu tak lemak dan isinya tak tebal, tapi aku beli gak sebab ini salah satu makanan yang selalu mengganggu minda aku ]. Dan bila balik rumah, aku rendam dan makan, erm……..dabai tu la kembayau. Apala……………………dan semasa pergi ke tamu Membakut dengan my MIL, berhabisan aku membeli dabai yang cantik-cantik buahnya dengan harga rm4 sekilo dan Rm7 sekilo. Murah beb ……… buah pun bagus. Balik rumah makan sampai nak terkeluar isi perut..hahahaha…overload!



Terong Asam a.k.a terung Iban:



                         Sumber Gambar : Google ^_^

Pernah Nampak? Pernah? Pernah? Tak pernah? Ini satu lagi makanan tempatan rakyat Sarawak. Mak aku selalu la tanam terong asam ni kat tepi-tepi rumah. Buahnya masam…tapi sorry to say ye, kalau petik tak boleh terus makan. Kena masak dulu…baru makan. Apa masakan boleh di buat dengan terong asam? Banyak macam masakan boleh, antaranya :
1.       Tumis macam sayur biasa yang lain
2.       Jadi bahan tambahan dicampur dengan ikan/udang ---- pergggghhh…sedap wooooo…
3.        Masak lemak pedas-pedas sikit….sedap! terus terasa nak meleleh air liur membayangkannya..huhuhuhu…dahla tengah mengidam nak makan benda ni..
Buah ni kalau mentah warnanya hijau, masak pula warna kuning ataupun kadang-kadang kuning oren. Kalau aku, selalunya kupas kulitnya, hiris2 macam kita selalu hiris buah epal, cuci..buangkan bijinya. Ada juga sesetengah orang mereka tak buang kulit, Cuma kerat-kerat jer…dan ada juga yang suka masak dengan biji-bijinya sekali [tapi mak aku tak suka kalau masak dengan biji sekali…takut nanti jadi appendik katanya – sebab bijinya kecil-kecil macam biji cili besar tu..] Rasanya masam-masam….paling malas masak terjun jer terung ni…pun sodap! Makan lagi dengan nasi panas…..aiyyyooo…amma…appa…..

Tuesday, December 27, 2011

Angan-angan

Alangkah bestnya kalau masa ni....

Aku berjalan-jalan shopping bersama hubby dan baby Zahin...

Aku bercuti-cutian di kampung halaman bersama emak dan ayah ditemani hubby dan baby Zahin...aku rindukan suasana kampung sendiri...sunyi...hijau...sungai....tenang......peaceful...harmoninya suasana alam....

Aku ada rezeki lebih....boleh bawa hubby dan baby Zahin, mak dan ayah [kalau dpt bawa adik beradik sekali dgn ipar dan anak2 buah] pegi umrah...wahhh...mesti best! Inilah hajat mak dan ayah aku....insyaallah, satu hari nanti bila cukup rezeki, aku nak hantar mak dan ayah g umrah....kalau bleh kerjakan haji terus....


Aku ada lagi rezeki lebih...kan best bleh bawa hubby dan baby Zahin cuti g oversea...negara idaman aku...ofcourse AMSTERDAM...pas tu...nak g Spain..Itali .... Venice....Beijing...Bandung....America........dan sebelum tu aku nak makesure aku nak g dulu our very own New Zealand....Ranau, Sabah.....kundasang....hahahahaha.........nak g Bukit Tinggi...Langkawi...byklah tpt aku nak lawat...angan-angan mat jenin sungguh.......

Okeylah...nak kol 2 dah, nak start kerja dah. Perut pun rasa mendidih dah ni....sakit perut!

Friday, December 9, 2011

Ada ku kesah.........?

Kenapa aku tak glemerkan blog aku...? Tak promote blog aku.. ? 
- senang je....sebab aku wujudkan blog aku ni untuk tujuan suka-suka, siapa jumpa or terbaca blog aku, nasib la......so jgn hairan even dah 2 tahun lebih blog ni wujud, follower aku tak sampai pun 15orang. Allaaaa...biarla org nak cakap aku tak glemer....ada ku kesah.......lagipun aku tak rasa ramai yang berminat nak tahu tentang cerita aku ponnn....

Wednesday, December 7, 2011

Novel Breaking Dawn VS Movie Breaking Dawn

Jeng...jeng...jeng....

Today my first day working after bercuti dari 26Nov2011 till 6th Dec 2011 ... dan ..sesungguhnya 1st day kerja after bercuti panjang merupakan hari yang teeeeeeeersangatla panjang rasanya.

Okey..merujuk kepada topik... Aku dah habiskan novel Breaking Dawn aku dengan jayanya...dan aku dah pun menonton movie Breaking Dawn Part 1..oleh kerana aku dah baca novelnya, jadi semua selok belok ceritanya aku dah tahu. Cuma untuk dapatkan feel yang lebih mendalam, memang best tengok movienya. All the time aku baca novel Breaking Dawn, aku cuma imagine muka2 watak dalam layar peraknya dalam pembacaan aku. 

Dan...rasanya......Breaking Dawn Part II lak lagi hebat! Sebab akan ada pertemuan dengan puak Voltury .... Renesmee dah membesar .... Bella dah menjadi fully vampire [ dalam movie part I di penghujung cerita cuma ditayangkan sehingga Bella membuka mata setelah tidak sedarkan diri beberapa hari selepas melahirkan Renesmee ]. Di dalam novel, digambarkan Bella menjadi seorang yang begitu cantik dan anggun setelah menjadi vampire, seorang yang mempunyai kuasa untuk mengawal minda dan mempunyai perisai yang dapat melindungi dirinya dan orang2 yang berada dekat dengannya. Memang best membayangkan Bella mempunyai keupayaan untuk melindungi para keluarga dan saksi keluarga Cullen di movie part II nanti sehingga dapat menangkis serangan api membakar dari Jane dan serangan melumpuhkan dari Alec. Dan lagi best bila vampire bergabung dengan warewolf [serigala jadian]--yang mana menurut Aro [one of the member of the Volturi] sebenarnya bukanlah serigala jadian, sebaliknya mereka merupakan 'kumpulan pengubah bentuk' yang mana mereka bebas memilih untuk berubah menjadi bentuk apapun...cuma mungkin kerana pada pertama kali pertukaran mereka memilih untuk tampil menjadi serigala, maka mereka menjadilah seperti serigala jadian...


Dan dalam Breaking Dawn Part II bakal ada ramai muka-muka baru yang akan diketengahkan...untuk membawakan watak Zafrina...watak Nahuel, dan etc...so rajin2kanlah mem'wiki'kan nama2 watak di dalam novel Breaking Dawn untuk melihat siapa yang mereka ketengahkan untuk memegang watak tersebut. " Nahuel di gambarkan berwajah tampan, warna kulit yang agak pelik, merupakan half vampire/half human sama seperti Renesmee...dan merupakan saksi utama dan yang terakhir datang untuk menyelamatkan Renesmee, yang datang bersama Alice dan Kachiri.."

Erm..kalau nak aku boleh cerita every single things yang aku baca dari Novel kat sini. Sebab untuk perbandingan yang aku buat dari Novel dan Movie part I ni, memang pengarah movie ni sedaya upaya serapkan sebanyak mungkin scene2 yang terdapat di dalam novel untuk di adaptasi ke dalam movie. Jalan ceritanya tidak lari..sama seperti di dalam novel.. [ Sangat TIDAK MENGHAMPAKAN , bukan seperti mana bila aku SANGAT HAMPA dengan cerita Lagenda budak Setan yang diwayangkan yang ceritanya entah apa2 entah ---- aku peminat lagenda budak setan dari zaman sekolah dan movienya betul2 menghampakan aku...hampeeeeh ! Sikit2 Farid Kamil...Farid Kamil...Farid Kamil.....takde pelakon lain ke....? Dan jalan ceritanya pun malap sangat..! 

Okeylah...aku nak sambung buat kerja. Sekarang dah mula terasa my morning sickness...asyik-asyik muntah...huhuuuhu ........


Lots of Luv....

Aku memang peminat fanatic Twilight Saga ... so jangan banyak songeh bagi yang baca blog aku [kalau ada yang baca la kan...hak hak hak]. 

Tuesday, November 15, 2011

Gugu Gaga ..... Breaking Dawn .... my must watch movie ...

Assalamualaikum ..... Good Day everyone!

Erm ... lately rasa kembang telingaku dengan iklan tanyangan perdana movie Breaking Dawn dalam radio...sik kiralah dalam Radio Era ataupun Radio Hits.. stress akak yang tengah kerja mendengarnya....hukhukhuk !

Start la demam team Edward dengan team Jacob pas tok. Apapun...aku jadi supporter team Edward lah. Hahaha..ku tauk ada 2 orang kawan ku sakit hati dengan Edward, sebab nya 2 peminat Jacob. Siapa lagik mun sik Zura dengan Proline. Nasib Joyce sama ngan aku...team Edward. Haha, terkenang ku masa tayangan pertama movie Twilight-Eclipse, rasa sendat geruk ku duduk dengan Zura duak Proline si peminat fanatic Jacob ya. Huhahuha jaknya 2 asal nangga Jacob, pas ya bila nangga Edward mengutuk habis-habis...ney sik balit nangga wayang aku alu migrain. Kenangan..!

Kenak aku minat watak Edward? Actually aku bukan minat Robert Pattinson secara personal...aku hanya minat pembawaan 'watak' cool blooded Edward Cullen dalam siri Twilight ya. Remember the first series of Twillight? Suka ku nangga wataknya...mcm ...there's something! Dingin. Hahaha...hanya aku jak tauk apa ku suka berkaitan watak Edward. Erm...nya vampire bergaya apa...compare to Jacob [sori a peminat Jacob!] si jacob selalu gilak nayang body, mungkin sebab aku sik suka gilak pun dengan lelaki suka ngeso badan berketul-ketul...ya juaklah sebabnya aku sik suka nangga watak Jacob. Iboh salah sangka...aku sik benciknya tegalnya jadi wolf..kira okey gik jadi wolf darinya jadi " ot~ot " ... kuang..kuang..kuang...

Aku rasa aku sik akan dapat menonton tayangan pertama filem Twilight di panggung wayang KK tok, sebab komitmen dengan perkara lain terlalu banyak. Aku busy..ulang alik kampung sebab Zahin, jadi mun dah balit kpg ney da masa gik nak g KK malam2 hari nak nangga wayang. Sik hal la aku terlambat sikit nangga movie ya. Laklah aku meli cd nya ajak, melayan feel sesorang nangga Twillight di rumah....huhuhu...sedeeeeyyy....


p/s: Aku nak jadi penyanyi gelemor mcm Justin Bieber, mcm Greyson Chance..glamor melalui youtube. Laklah aku nyanyi lagu 'sepuloh budak itam' ...masuk lam youtube..nangga ada sambutan sik. Ney tauk dpt sambutan di hollywood..nait nama dapat jadi pelakon twilight ---- > apa juak kaitan nak owh....ngegagagaga


Bah, Chow xxxx

Thursday, November 3, 2011

Layanan perasaan ...

Herm ..... sedih rasa bila ...

--- setiap hari aku driving pergi dan balik kerja, sepanjang perjalanan mesti ada sahaja ku lihat paling-paling kurang pun akan ada seekor binatang bergelimpangan di jalan kerana di langgar oleh kenderaan yang lalu lalang...baik kucing atau anjing.......kesian you know! For example, this morning...2 ekor anjing kena langgar di traffic light Putatan, di simpang empat near by Servay. Seekor dah mati .... seekor lagi masih tercungap-cungap nyawanya dan masih boleh angkat kepala. Kesian...sungguh kesian...................tak sampai hati...sedih aku melihatnya. Apalah perasaan driver yang melanggar binatang tu? Hopefully someone akan alihkan anjing yang masih hidup tu ke bahu jalan...hukhukhuk .....salah siapa la kejadian ni? Anjing yang menyeberang jalan tak lihat kiri kanan? [ erm........] atau pemandu yang memandu terlalu laju ?

Aku rasa kesian bila melihat ... ibu-ibu membawa bayi kecil menunggu van atau bas di tepi jalan. Macam hari tu, masa balik kerja..hujan renyai-renyai..di bahu jalan tu berdiri ibu dan si anak (yg ku assume umur anaknya 6-7 month) dengan plastik barang diletak di jalan, yang buat aku terkilan..mereka tak berpayung. Kesian bayi tu! Boleh aku imaginekan kalau aku yang bawa zahin macam tu. Hergghhh...nak salahkan siapa ni? Ibunya ke sebab tak bawa payung? Sebagai seorang 'ibu' sebolehnya aku tak nak la baby aku kena hujan ... bersyukurlah aku sebab zahin walaupun taklah aku dan hubby terlampau mewahkan dia dengan pakaian dan permainan mahal ala-ala high classnya Victorie Beckam..tapi setidaknya zahin dapatlah kehidupan yang serba sederhana namun lengkap....

Dan ....... aku rasa happy bila boss cuti. Kalau nak kata kerja kurang bila bos takde, tak la jugak...cuma .... entah! Jiwa tenang kot !

Dan aku tak sabar nak balik Miri ! Yaaaayyy.....

Tuesday, November 1, 2011

Baik tak payah ...

Entry ringkas ....

--> kalau anda rasa anda tak boleh terima pendapat orang lain, jangan bertanya ....
--> kalau anda tak ada kesabaran untuk sesuatu yang anda buat..jangan buat...

Sesungguhnya anda umpama KANAK-KANAK RIBENA ! Ngong !