Erm........tick tock rick tock.........jarum jam sudah pun menunjukkan pukul 2am. Cant sleep oredy! Huhu..bukannya apa...tadi pukul 8mlm dah tertido. Ingatkan nak baring berehat jer, nah......sekali tertido sampai terbangun pada pukul 1130pm. Sekarang mata terus tak nak lelap.
For month of February...aku dah ada jadual cuti. 14 Feb terpaksa minta cuti sebab nak pegi Klinik Putatan untuk check darah. Last month check di klinik desa petagas..dorang suruh pegi Klinik Putatan untuk check darah kerana 2 sebab:
1. Oleh kerana aku baru transfer, dorang check la rekod2 dalam buku merah rawatan aku tu, menurut kata dorang kat dalam buku tu tak ada diletakkan keputusan pemeriksaan darah aku yg di ambil semasa mula-mula mengandung dulu. Sebenarnya....aku pun tak paham...mcm mana boleh takde ekk..? Suppose boleh pun buat blood test kat Klinik Petagas tu, tp equipment utk blood test tu dah habis. Aku pun ok-ok jer...
2. Oleh kerana medical equipment d Klinik Petagas dah habis, jadi kenalah buat susulan ke Klinik Putatan. Semangatnya aku dengan Hubby g klinik Putatan...sampai kat sana...nah...bolehnya staff situ bagitahu plak equipment dorang plak rosak. Adoooooh....apa la nak buat ni? sedangkan aku perlu tahu blood test punya result tu nanti sebelum my next appointment with doctor on the 16th Feb. Jadi staff kat situ pun bagitahu..."awak datang la sini lagi sebelum 16 tu..." - alahai...senangnya berpesan. Aku ni orang keja office hour, ingat senang ke aku nak kuar masuk opis sesuka hati..? Jadi mahu tak mahu kenalah aku ambil cuti on the 14th (bukan nak celebrate Valentines ok!) sebab 15th tu dah PH...dan 16 tu aku dah ada appointment dgn doktor.
16th pun sehari cuti dah diluluskan, mcm tu jugak 28th nanti...cuti pun bos dah luluskan. Nasibla bos memahami...senang-senang jer dia approve my leave. Nak buat mcm mana bos...saya minta cuti bukan utk suka-suka...saya peknen ler....hehehehe....saya kena pastikan me and my baby oways sehat2.
-- Dah sunyi pepagi buta ni, mesti aku teringatkan family lagi. Bukan aku tak rindukan hubby yang berada di kpg Bongawan, tp hubby aku dah consider dekat berbanding family aku. Dulu sebelum kawen...aku d Miri, hubby (yg masih tunang mase tu) jauh di sabah..tp aku tak la sesedih ni. Agaknya memang betul kata hubby aku, aku ni anak manja!
Nak kata aku tak pernah berjauhan dari family, tu memang tipula. Sebabnya..dulu aku pernah study d Kuching, pun consider jauh dari Miri, tapi aku masih boleh tahan lagi. Takde la emo-emo sedih macam sekarang. Balik cuti pun 5-6 bulan sekali semasa semester break.
Agaknya...mungkin kerana few years back, masa aku tengah susah yang amat sangat, masa hidup aku berada dalam keadaan hampa yang amat sangat..mak, ayah dan adik-adik la yang berada paling hampir dengan aku. Especially my mak and bapak...masa aku susah..masa aku sakit berbulan-bulan...masa aku kena dumb like a stupid ever person in this world, mereka la yang tetap sayangkan aku seadanya. Sedihla....kerana aku, maruah mereka tercalar.. (Ya Allah Ya Tuhanku, Permudahkanlah kehidupan orang tuaku, senangkan perjalanan kehidupan mereka, murahkanla rezeki mereka...jauhkan la mereka dari manusia-manusia lain yang akan mencalarkan lagi maruah mereka...)
Dulu aku seorang yang degil, ego....bila mak cakap 'no' aku lawan. Bila ayah kata 'itu tak sesuai' aku ingkar. Tapi inilah pengajaran hidup...pandangan mata orang tua memang tajam. Bila mereka sentiasa menentang apa yang kita buat, that's mean memang ada something wrong la tu.....lama-lama benda yang kita akan buat tu tetap tak akan menjadi. Sebab tu orang cakap, restu orang tua tu penting....baru hidup kita berkat!
Aku sayang sangat kat anak-anak buah ku sebab aku suka budak-budak. Dengan merekala aku menumpang manja. Masa aku sedih mereka la yang menghiburkan aku. Aku pernah terbaca komen seorang lelaki yang bergaduh dengan gfnya dalam fb " budak kecik takde life...hisap puting je...dudok bawah ketiak .." - i'm realy2 not agree! Sangat-sangat tidak setuju. Itu adalah kata-kata manushia yang jahil (bagi aku..). Budak-budak la penyinar kehidupan..penyeri..penghibur..merekalah yang memberi kita kehidupan. Dan alhamdulillah..sekarang aku sedang mengandung 5 bulan...hopefully me and my baby sihat walafiat. Aku tak sabar mahu ada zuriat sendiri. Ofkoz aku akan sentiasa sayang anak-anak buah aku...
Erm....240am dah.....nak tido la. Esok lusa la sambung cerita lagi. Da.........
x0x0
Wednesday, February 9, 2011
Monday, February 7, 2011
I Miss My Family so much ......................
Nothing much i can say .... just...... i miss my family so much..! Miss my mother, my father...my 3 little gangster :- Abdul Rauf Afran, Nur Iman Farhana and Nur Fatin Qahira ... my little brothers..... i miss them all..!
Sebulan lebih dah aku berada d Kota Kinabalu, transfer ke new town setelah berkahwin. But so sad.... almost every nite aku sentiasa sedih, kadang2 menangis sendiri. Agaknya mungkin kerana aku selalu bersendirian. Org cakap kalau rindu, tengok la gbr.....tp aku.......tak mampu dah nak tengok gambar. Asal tengok je mesti menangis.
Adakah ini homesick .... or sensitip gara2 mengandung...........?
Apapun...........aku mmg rindukan family aku. Mak...ayah....i miss both of you!

Saturday, November 27, 2010
Money Money Money
Money...duit....money....duit.....
Mesti kitak orang tauk apa yang berlegar-legar di kepala aku. Hurmmm... selalu ktk orang dengar nak...kerja itu satu ibadah...jadi menurut pemahaman aku, mun benar-benar kita maksudkan 'kerja itu satu ibadah' semestinya di dahulukan dengan nawaitu di hati kita yang kita IKHLAS dengan kerja yang kita buat.
Sesiapa pernah bekerja di tempat kerja sama macam kerja aku..? Aku DAH BOSAN to the MAX kerja aku kinek tok bah. How i wish aku boleh neriak ngan semua orang aku DAH BOSAN! Memang la kadang-kadang kita silap perhitungan dengan memilih kerjaya kita. Kadang-kadang kita 'terpaksa sengaja menyalah hitung' memilih kerja sebab desakan hidup. Kenyataankan...zaman sekarang tok, bukan senang nak carik kerja ... walaupun aku ada degree topi segiempat ya, ya sik menjamin langsung aku akan dapat kerja dengan senang dari dolok. Lagik pun aku sama juak sik mengharapkan degree aku ya. Pegi konvo pun aku sikda.
Satu-satunya kebaikan yang aku tauk dengan kerja aku kinek tok...ada tiket free nak terbang ke mana-mana yang kita maok. Tapi....ada tapinya lagik...walaupun ada tiket free tapi gaji macam ciput ... ko nak make tiket free terbang ke siney...? Alah..kinek tok apa juak nak diheran gilak nak terbang, airline banyak malahan ada yang jual tiket murah-murah .... dan sekali lagi dengan jujurnya aku madah ... aku terpaksa bertahan dengan kerja yang aku ada kinek tok aku memenuhi keperluan hidup...bukan untuk aku simpan duit pegi melancong shopping jauh-jauh. Lainla...mun ada lebihan duit...then baru aku pergi bercuti.
Customer Service. Sia ajak dah tauk apa pun yang kamek orang buat semua berkaitan dengan customer. Ada masa kita rasa dihargai, bila customer appreciate servis yang kita berik..even if daknya says THANKS pun hati dah cukup best jak rasa. Tapi .... yang appreciate ya terlalu sedikit berbanding yang sentiasa komplen. Paling dasyat...silap orang lain, silap department lain..hujungnya kamek orang kenak salah. Bila kmk orang cuba memperbetulkan keadaan, cuba explain dengan menahan rasa amarah lam hati (tapi explain dengan pax dengan muka senyum --- salah satu ciri2 aku sik ikhlas dah tok ... no work for ibadah :) )...ujung nya kelak kmk orang juak kenak blame orang2 di atas sana ....
Basic gaji sik la besar ney ... mun mok gaji besar ujung bulan haruslah rajin OT ... dan janganlah selalu menolak OT. Tapi .... bila selalu OT, maksudnya kurangla masa rehat kita. Aku rasa badan aku dah sik mampu nak menampung beban kerja / OT selalu gilak. Lately, jadual kerja terlalu banyak dipinda sampe offday pun dah sik macam offday ... sampei kmk orang dah sik dapat nak travel masa off day kmk orang sendirik. Jadi .... apalah guna tiket free ... gaji kecik ... cuti limited ... alahai ...yalah nasib orang2 kerja syif mcm kmk orang. Tapi...erm....sik juak semua orang kerja syif sengsara macam kmk orang ... ada juak kompeni2 lain keja syif 4hari keja,4hari off .. mesti best ! How i wish kmk orang mcm ya juak ... tp ...ishhh...tapi lagik!.
Ok la, sebenarnya cerita aku tadik ... aku nak carik kerja untuk nambah duit. Carik side income. sik keterlaluan mun aku nak madah, aku nak kerja sendiri, buka bisnes sendirik.. aku DAH BOSAN JADI KULI ... mun jadi kuli tp ada dihargai bila polah kerja bagus sik juak apa ... tok, apa pun sikda. Uhuuuuk ....
Aku banyak kali dah surfing ... banyak kali dah mikir apa aku nak buat sebenarnya. Dolok ku pikir nak jual eksesori ... tapi, macam sik best lah. Modal mahal. Memangla boleh jual dengan harga yang mahal...tapi...entahlah. Jadi...benda ya stuck sia ajaklah...
Aku da nangga cupcakes. Memang cute2. Aku ada nangga tart ... macam-macam resipi tart sampei aku terfikir nak buat bisnes cafe indah..ha ha ha ...tapi aku rasa ya bukan benda mudah nak polah. Lagikla besar modalnya. Uhukkk...
Dan pagi tadik aku tersurfing hal buat homemade coklat. Macam menarik. Boleh ku start dari rumah. Cuma aku perlu meli buku panduan buat coklat ya ajak ... wah.... hati ku terpikat...
Dan .... aku rasa aku nak belajar buat coklat sendirik lah. Aku mesti usaha untuk carik duit sendirik. Aukkkkk...aku dah kawen, hubby ku boleh tanggung hidup aku ... tapi, mok juak merasa duit sendirik. Jangan la pikir aku gago carik side income tegal lakiku sik dpt nanggung aku. Bukan macam ya. Nya mampu, terlebih dari mampu nanggung aku ... tapi side income ya ... untuk kegunaan bersama ... ada duit lebih... nak penuhi hajat mak ngan bapak g nait haji ... mun bisnes bagus ...boleh bah tolong family sendirik. Kesian bapak aku dah tua ya la .... sik kan sampe berumur nak ngambik sawit. Mok juak balas jasa orang tua .............
Ok la, ya ajak. Lak sambung gik mun rajin.
xoxo

Monday, November 1, 2010
Awak ni Kristian...?
Semalam aku keja...seperti biasa..dengan uniform aku, dan dengan penampilan aku yang bertudung. Erm...mesti tertanya-tanya dengan soalan yang di atas tu kan..? Harap sesiapa yang baca, jangan salah anggap okey. Aku bukan nak cerita pasal agama ni......cuma aku tersentap dengan cara seorang passenger kami yang bertanya aku semalam.
Mereka ni ada 3 orang ( Group of 3 ). 2 orang itu bukan orang malaysia...yang seorang ni lagi orang Malaysia. Dalam sibuk aku masukkan berat badan mereka dalam sistem daftar masuk kami, tiba-tiba orang Malaysia tu bertanya pada aku.." Eh! Awak ni Kristian ke?" Aku tersentap. Aku tengok muka dia dalam-dalam. Lepas tu aku perhatikan kad pengenalan dia, memang sah kat sana tulis nama dia...agama dia Islam ... orang mana spesifikasi dia, malas la nak letak detail negeri tu kat mana..(aku tak nak la plak nanti menimbulkan sifat kenegerian...nanti orang cakap gara-gara nila setitik rosak plak susu sebelanga.. )
Agaknya dia tak puas hati aku tak jawab, then dia tanya lagi untuk kali ke 2 " Awak ni Kristian ?" Aku masih tak jawab soalan dia, aku cuma tengok muka dia betul-betul. Aku BERTUDUNG kenapa dia nak tanya aku yang aku ni beragama KRISTIAN..? Tak tahu ke dia kami ni seagama..????
Agaknya dia perasan kot aku memang tak nak jawab soalan dia (jawapan tu ada sendiri dalam kepala dia pun..buat apa nak jawab! ) dia tukar soalan pulak. " Awak Iban ye..?" Lagi la aku terkejut. Aku tak paham betul apa yang tak kena dengan mamat ni. Tak cukup dia kata aku Kristian, dia kata lak aku ni Iban. Aku tak de masalah dengan orang Iban ni pun, aku ni orang Sarawak..kawan aku bermacam-macam bangsa..iban, melayu, cina..semua aku kawan. Ok..kita berbalik lagi kepada mamat tu tadi, aku cuma senyum sumbing kat dia, aku geleng kepala.
Agaknya tak puas hati jugak, dia tanya nama aku.." Nama awak tu RATNA tak macam melayu la.."
Ok...Ok...aku semakin rimas. Mamat tu dah habis satu, satu lagi soalan yang entah apa-apa entah dia tanya kat aku. Dia memang bernasib baik, semalam aku banyak berdiam diri sebab tahan rasa nak muntah akibat morning sickness...kalau tak memang habis la aku bersoal jawab dengan dia.
Aku memang terkilan...tanpa kata minta maaf..dia ketawa-ketawa beredar dari kaunter aku. Apa niat dia ye tanya aku macam tu? ...
- Minda orang memang susah nak paham..-

Saturday, October 30, 2010
What -to-update...??
Hurrrrmmmm....sigh....sigh....sigh...
Lamanya aku dah tak update blog aku ni. Agaknya dah sebulan lebih kot....hehehehe. Sebenarnya selepas selesai majlis kahwin aku hari tu, aku selalu merehatkan diri dari dunia online..ada tak ada, aku aktif fb je, tu pun update sikit-sikit...view-view je banyak.
Dah sebulan lebih aku mendirikan rumah tangga, aku dah pun disahkan hamil..hehehe...rezeki dari Allah, bak kata kawan-kawan aku, itu namanya bunting pelamin. Alhamdulillah..aku tak tolak rezeki dari Allah, cepat atau lambat aku terima dengan hati yang terbuka. Malahan aku lebih bersyukur sebab rezeki nak dapat anak tu datang awal berbanding kawang-kawab aku yang dah kahwin awal dari aku tapi belum mendapat cahaya mata.
Aku takde update erkkk gambar aku masa kahwin..? Nantila tunggu free sikit ku upload la gambar-gambar yang beratus-ratus lemon tu kat blog ni. Buat masa sekarang ni aku masih lagi dalam keadaan malas yang amat sangar, agaknya mungkin kerana pembawaan budak kot...
Oklah...nanti la aku sambung lagi k.
xoxo.

Sunday, September 12, 2010
Selamat Hari Raya !!!
Alhamdulillah....10 Sept 10 kita telah menyambut 1 Syawal yang kita nanti2kan setelah genap sebulan kita berpuasa. Aku takde la ambil cuti lama... 10 Sept cuti sehari je, lepas tu 11 Sept lak aku Offday...then today, aku keje start kol 1pm. Memang bosan giler....mood nak keje pun takde. Tengok muka passenger pun semacam je.
Keja punya keja...dalam pukul 5 barula mood keja tu datang sikit. Atleast aku ada juga ucap "terima kasih...selamat hari raya.." untuk pax yang datang ke kaunter dengan berbaju kurung dan berbaju melayu. Bukan apa...aku bosan la keja waktu orang tengah beraya sakan ni. Cemburu gak tangok mereka hujung2 minggu sempena raya ni berpakaian cantik2...beramai-ramai dengan mak bapak adik beradik beraya sakan..
Apapun, cuma ada satu masalah...time raya macam ni area kampung aku lak takde air paip. Entah apa masalahnya, kata mereka-mereka yang berkaitan, kepala paip ada masalah. Ish..ish..ish...kenapa la masa raya perkhidmatan bekalan air terganggu. Nasib baik rumah dekat dengan sungai, so...apa lagi..mengembalikan nostalgia silam di zaman sekolah rendah ler, MANDI SUNGAI..!!!!!
Erkhhh...kata kawan aku zura, hari ini aku masuk kerja dengan muka penuh riak 'kebingungan'. Agaknya memang betul la tu tekaan dia...aku bingung + takde mood...sebab keja masa raya dan bingung fikirkan majlis perkahwinan aku yang akan berlangsung pada 19 Sept ni nanti. Huhuhuhuhu...ingat senang ke nak kawen...????!!!!
---- XoXo -----
Wednesday, September 8, 2010
2 in 1 : Preparation for Hari Raya and My Wedding
Huhuhu......malam ni dah tengok anak bulan, tp rasanya...raya memang ajakn jatuh pada hari Jummat bersamaan dengan 10 Sept 2010. Untuk tahun ni, maybe preparation raya aku agak kurang meriah, sebab banyaknya kuih dan biskut aku order dari orang lain atau dalam erti kata lainnya, main tunjuk jer...........
Apapun, aku cuma teringin nak buat satay jer, nak cuba resipi buat satay sebab mak aku buat satay selalunya rasa satay tu kurang menjadi. Jadi ada lagilah nampaknya satay versi 'try and error' aku sempena 1 syawal ni nanti..
Untuk baju raya, aku buat sepasang jer baju kurung. Malas la nak buat banyak sangat baju...tak ke mana sangat pun aku nak berziarah waktu raya nanti, cuti pun terhad..raya ke -3 dah masuk keje balik. Jadi...persiapan serba sederhana..sepasang baju kurung..sedondon warnanya dengan baju tunang aku..
Sebut pasal preparation untuk wedding tu, yang ni lah yang buat aku stress yang amat sangat. Huhuhu..bukan senang nak buat majlis persandingan dengan budget yang limited. Secara ringkasnya aku nak majlis yang sederhana sahaja, tak nak la membazir, berbelanja secara berlebihan. Apa yang penting, majlis pernikahan berjalan dengan lancar..majlis berlangsung dengan meriah dan semua orang yang datang berasa gembira dan puas hati..
Erm....sekarang ni pun aku kurang sihat jer memanjang. Agaknya kerana stress la tu. Dalam bulan september ni saja dah dua kali aku ambil sick leave. Huhuhu...hari ni aku keje pun dengan suara ala2 sinchan yang serak....dah beberapa hari aku batuk sampai tekak rasa perit yang amat sangat!
Tak tahu nak cite apa lagi. Agaknya sampai setel majlis persandingan aku nanti barulah idea aku nak tulis blog ni melimpah ruah kot.....
xoxo ---- babyblue in da house !!! -----xoxo

Subscribe to:
Posts (Atom)