Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Sunday, March 6, 2011

Puding Roti

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 4 keping roti, disapu mentega
  • 450ml susu segar
  • 3 biji telur
  • 25g gula
  • 1 sudu besar tepung kastard

Cara-cara

  1. Potong roti sesuka hati dan susun di dalam loyang.
  2. Panaskan susu di atas api(jangan sampai mendidih).
  3. Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu yang telah dipanaskan.
  4. Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati.
  5. Tuang campuran atas susunan roti. Biarkan selama 15min supaya roti kembang.
  6. Bakar 20-30min pada suhu 180. Kemudian sejukkan

Thursday, March 3, 2011

HONEY CORNFLAKE ( My version la...)

BAHAN-BAHAN:

1. 125g mentega ( butter )
2. Cornflake ( sekotak kecil yg 250g )
3. 1/2 cawan gula halus ( kalau tak nak manis sangat boleh kurangkan )
4. 5 sudu makan madu ( secukup banyak yang anda mahu.. :) )
5. Papercup ( yang kecil-kecil tu )
6. Bahan-bahan untuk hiasan tambahan ... boleh guna chocolate rice ( coklat / warna-warni ), ceri yg dipotong2 halus..ikut suka anda )

CARA-CARA :

1. Mula-mula cairkan mentega, lepas tu masukkan gula.
2. Apabila gula dah larut dalam mentega, masukkanlah madu.
3. Bila semuanya dah bergaul sebati...masukkanlah cornflake dan gaul perlahan-lahan sehingga semua cornflake tu bersalut dengan bahan madu tadi.
4. Setelah semuanya bersalut madu, bolehla sudukan cornflake tu ke dalam mangkuk kertas. Taburkan hiasan tambahan di atas cornflake.
5. Selesai.............bolehla masukkan ke dalam bekas kedap udara bila cornflake dah sejuk sikit.
*** ada gak yang bakar lagi dalam oven selama 5 minit, kemudian baru masukkan ke dalam bekas kedap udara, tapi saya simple je....tak yah bakar2...cornflake tu dah cukup sedap dah...

Selamat mencuba ye.......

BISKUT MAKMUR


BAHAN DOH:

  • 500 g tepung gandum
  • 1/2 tin kecil minyak sapi
  • marjerin ( kalau nak... )



  •  INTI:

  • 200 g kacang tanah ( Untuk yg tak nak kacang, boleh skip kan kacang ni..)
  • gula pasir secukup rasa
  • gula aising / gula pasir yang dikisar halus untuk disalut pada kuih

  • *** Resipi simple versi saya : Gula aising mix dengan susu tepung nespray (secukup rasa) utk salut pada biskut bila dah masak...rasanya memang ummmph...2tahun lepas buat cara ni, anak2 buah habiskan biskut tak sampai sehari..

    CARA-CARA MEMBUATNYA:

    1. Tepung gandum disangrai di atas api yang perlahan, sejukkan lepas tu diayak.
    2. Kemudian masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati...campuran akan jadi berderai.
    3. Masukkan marjerin juga sedikit demi sedikit , uli hingga menjadi doh yang lembut.
    4. Bentukkan doh mengikut bentuk kesukaan anda sama ada bulat2 atau bujurkan (isi inti sapa nak yang ada inti). Bakar pada 160 darjah celsius selama 20-25 minit....atau hingga masak
    5. Bila dah masak, golekkan atas gula aising.
    6. Cara buat inti...goreng kacang tanpa minyak, buang kulit, blend jangan halus sangat tau pas tu campurkan gula pasir.
    Okey. Untuk yang berminat, selamat mencuba k. Kadang-kadang buat biskut ni ikut kemahiran tangan masing-masing, pandai-pandaila kita adjust resipi tu ikut suka kita, yang penting menjadi. The biggest secret of good cooking is...cook with your own recipe..

    xoxo