Showing posts with label photography. Show all posts
Showing posts with label photography. Show all posts

Friday, February 3, 2012

Pagi Jumaat yang menenangkan ...

Bismillah ..... Assalamualaikum .....

Sebelum mulakan post yang serba ringkas, jom....kita mulakan post kita dengan gambar dulu...supaya mata cergas sikit ... hikhikhik ....

Cute tak .... ? Hehehe ...biarla kita comel mcm bunga tu yer....mulakan hari kita dengan ceria. entahlah...aku hari ni feel lega semacam, agaknya sebab bos cuti hari ni. Hahaha...jahatnya aku kan, suka lak kalau bos cuti. Bagi aku...bila bos takde, cepat jer aku buat kerja. kalau tengok bos ada...mulalah penyakit "M" aku datang....asyik sangkut-sangkut jer bila buat kerja. Apapun....hari ni mood aku agak baik sebenarnya..padahal pagi tadi aku terlambat bangun dari tido, sampaikan aku hanya sempat masakkan bubur untuk Zahin tapi tak sempat lenyekkan bubur dia seperti biasa yang aku buat pagi-pagi. Apapun hari ni aku bangga dengan diri aku sendiri sebab aku jadi pekerja yang produktif! Chewwaaahhh...puji diri sendiri.







Inilah adalah kata-kata untuk memberi semangat kepada diri sendiri ..... wahhhh ........






Dan yang manakah riak wajah anda pada pagi ni? Harap-harap samalah macam saya yer...pilihla wajah yang ceria supaya kita pun ceria....



p/s: Gambar dipinjam dari Mr Google ... thanks !

Thursday, February 2, 2012

Life, Love, Hate.... sour salt of our life [ asam garam kehidupan kita ] haha

Today is Thursday.... macam aku banyak mengular la pulak pagi ni..sampai ke tengahari. Puncanya..sebab aku gatal tangan sangat pagi tadi kononnya nak tukar header dengan layout blog...last-last semua berterabur dan kucar-kacir. Jadi kemudiaanya terpaksalah aku membaik pulih dan sakaligus mengapdate apa-apa yang patut di bolg aku.

Okey...hari ini kita merehatkan minda dengan melayan topik santai....kehidupan, cinta, kebencian ... santai-santai ok, jangan emo-emo...tak baik. Hahaha... actually aku mengoogle gambar-gambar best, terjumpa la gambar-gambar best yang quotation. Saja je nak share.... hehehe






Apa nak komen pasal kata-kata kat gambar ni? Jauh disudut hati aku...memang aku tengah lakukan seperti apa yang tertulis di gambar ni. Setiap kita selalunya memang ada pengalaman yang lepas-lepas..tidak kiralah pengalaman yang super heavy duty pahitnya, medium pahitnya atau yang lite-lite sahaja. Tapi apa yang penting...past is past...kita teruskan kehidupan kita seadanya...dan rancanglah sesuatu yang lebih baik untuk masa hadapan kita.






What say you.....? Hanya permata mengenal manikam....hahahaha ...... tapi betul la ni apa gambar ni kata, kalau kita tak jumpa seseorang yang betul-betul bermakna untuk kita, kita tak akan jumpa apa makna sebenar cinta. Maka terjadilah cinta munyetttttttttttttttt...kuikuikui........ Haissshhh....mengingatkan zaman bercinta, cinta itu sememangnya indah bila kita bertemu dengan seseorang yang ikhlas sayangkan kita, terima kita seadanya dan pandai menghargai kita. Betul aku cakap ni.................tak tipu!..Hakhakhak













Hahahaha .... inilah antara gambar-gambar yang menarik minat aku dengan kata-katanya. Last but not least .... ada lak gambar ni .... entah sesuai tak kalau nak tag kata-kata ni kat hubby aku .... hahaha.... zasssss



With Luv.... xoxo

Sunday, August 15, 2010

Preparation for Br!de 2 Be .. (^_^)



Hi ... hi .. hi ...

Aku dah semakin sibuk, tak menang tangan nak buat semua benda. 

For the moment aku blum dpt nak update semua benda yang aku dah buat dengan detail.

Ini ringkasan preparation yg aku dah buat:

1. Photoghrapher ..



 I pilih ... Faizal Huio. Hehehe..memang ramai yg promote tukang gbr pada aku, tapi aku pilih berdasarkan keselesaan aku. Kenapa aku pilih Faizal Huio?  

 a ) Sebab dia kawan sekerja aku ler.... then hasil kerja dia pun bagus. Sesapa yang nak tgk contoh hasil gambar dia bleh klik kat link ni yer http://www.faizalhuio.com/blog boleh ler tgk2 hasil kerja Faizal Huio and the geng..

b) Alasan kedua, oleh kerana dia kawan sekerja aku, bermaksud aku nak bekerja dgn tukang gambar yg aku dah kenal, dan aku selesa dengan mereka. Apapun, aku masih lagi memilih pakej yang aku nak dari Faizal Huio..perkara paling utama yg aku nak pertimbangkan untuk pilih pakej ni of course ler dari segi harga .. dan kemudiannya perkara-perkara sampingan cthnya... aku nak sticky album atau pun custom made album (like a story book.. : ) )



2. Tudung .. 

Actually aku ni 'free hair' punya orang ler..but untuk majlis nikah, aku prefer untuk pakai tudung, lebih molek gitu. Jadi, oleh kerana aku ni berada di Miri, mmg sangat terasa susah la aku nak cari tudung putih.. aku dah byk buat blog review, macam-macam pendapat lak aku baca. Apapun, aku tak kisah sangat la. Ada yang kata kalau guna tudung yang ada 'awning' nanti susah plak husband nak cium dahi semasa upacara membatalkan air sembahyang. Tapi..tengok-tengok plak sekarang ramai lak pengantin pakai tudung ada awning ni. Erm...agaknye...depend dengan pengantin tu sendiri la nak pilih jenis tudung yg mereka nak pakai..Dan aku...he he he ...aku dah beli inner tudung plain warna putih, dengan layah simple warna putih gak..nanti kalau aku rajin dan berkesempatan, agaknya aku akan buat ujikaji untuk menjahit manik-manik kat awning tu..

Tengah pikir ni nak corak yang mana 1 :


Yang ni memang cantik ... ngam sesangat la utk tema hari pernikahan aku...white & silver..


Corak ni cantik. Of course ler tudung aku bukan kaler ni..aku suka tengok coraknya. Rase nye aku tahu kat mana nak beli bahan untuk buat corak mcm ni.. he he he


Bunga nye cantik...... 

Erm...pendek kata nya aku agak cerewet jugak bab-bab pilih tudung ni. Tapi nak buat macam mane..kawen tu sekali seumur hidup (Insyaallah...harap2 nanti rumahtangga aku berkekalan dan bahagia sehingga ke akhir hayat )

P/s : Aku tak nak pakai crown...Tak nak..! Tak nak ! Tak nak..! 



Antara gambar-gambar yang memberikan inspirasi ... I LIKE !!!

3. Mak Andam ...

Mak Andam  .... yang ni la paling awal aku cari ... aku dah book kawan aku Geena Vee (bleh cari namanya dalam FB yer....) .. so, tak perlu la aku nak risau-risau ke hulu ke hilir cari mak andam. 

Erm...itu je la untuk sementara waktu...mcm habis idea lak...


Muahhhssss...
xoxo