Showing posts with label PETUA. Show all posts
Showing posts with label PETUA. Show all posts

Saturday, August 13, 2011

Petua : It's all about baby thingy...............

BAYI KERAP MENANGIS:
usap kepala baby sambil baca alfatihah 7x
 DOA:
MEMOHON ZURIAT YG BAIK
-SURAH AL IMRAN 3:38
AGAR ANAK MENGERJAKAN SOLAT
-SURAH IBRAHIM 40-41
...ANAK TERANG HATI & KUAT INGATAN
-SURAH AL FATIHAH
MEMUDAHKAN IBU BERSALIN & DPT ANAK YG SABAR & TAAT
-SURAH MARYAM
ANAK YG CANTIK RUPA & AKHLAK
-SURAH YUSUF
ANAK YG CERDIK AKAL & JIWA
-SURAH LUQMAN
BAYI LEMBUT HATI
-SURAH TOHA
MEMBERSIHKAN JIWA BERSIH DR MAKSIAT
-SURAH AL TAUBAH
UTK KETENANGAN HATI & ANAK TIDAK TERPENGARUH DGN GODAAN SYAITAN BUAT MAKSIAT
-SURAH YAASIN
MELAHIRKAN ANAK YG BERDISIPLIN
-SURAH AN NAHL
MEMPERBANYAKKAN SUSU IBU & ANAK BERSIFAT BERHATI2
-SURAH HUJURAT

elok diamalkan terutama ketika kehamilan
KULIT BAYI PUTIH BERSIH:
-amalkan mkn buah epal & minum susu...juga soya
PETUA MUDAH SALIN:
-amalkan baca surah yasin disertai niat & doa sepanjang tempoh kehamilan
-hampir bersalin amalkan zikrullah tasbih nabi yunus
-amalkan minum air lebihan suami
-amalkan mkn buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim..memudahkan laluan bayi...serta berperanan memperhaluskn nurani bayi disertai zikir & selawat
...-minum air kelapa dihujung kehamilan membantu membersihkan bayi
-amalkan mkn telur mentah dihujung kehamilan
-kerap mkn sayur bendi memudahkan laluan bayi
minum sesudu camca teh minyak kelapa sejak usia kandungan 6bulan..amalkan seminggu 3x & bila 9bulan amalkan tiap hari
 

Sunday, March 8, 2009

Pelbagai Petua Kecantikan

Saya suka mengumpul berbagai petua kecantikan untuk rujukan peribadi saya, terutama sekali petua yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang saya sendiri sering hadapi. Jom...kita share bersama....


Petua Lain Bagi Mengatasi Masalah Keguguran Rambut:
  • Sapukan minyak bijan di akar rambut / kulit kepala sebelum tidur. Paginya, bersyampu dan bilaslah rambut seperti biasa. (Anda boleh dapatkan minyak bijan di kedai mamak)
  • Daun lidah buaya digunakan bersama daun bunga raya putih untuk dijadikan resipi bagi mengurangkan rambut gugur. Kalau tak ada daun lidah buaya, gunalah daun bunga raya putih sahaja. Itupun sudah memadai.
  • Lagi satu petua, gunakan lendir daun rambutan untuk lebatkan rambut.

Merawat Bibir Yang Hitam:

  • Bibir hitam kerana lipstik itu sendiri. Ada satu petua untuk membeli lipstik supaya bibir tidak hitam selepas menggunakannya. Lipstik yang menyebabkan bibir hitam mempunyai bau (wangi atau apa2 bau). Oleh sebab itu, sebelum memilih lipstik kesukaan anda, cium dahulu lipstik tersebut. Kalau ada apa-apa bau, maknanya elakkan membeli lipstik tersebut. Kalau tak ada apa-apa bau, maknanya selamatlah lipstik tu.
  • Antara petua untuk memerahkan kembali bibir anda yang telah hitam kesan penggunaan lipstik yang salah :
  • i) Sapukan madu ke bibir selama lebih kurang 15 minit. Kemudian bilas dengan air. Kalau nak biarkan pun ok juga. Cuma mungkin kita akan rasa kurang selesa atau mungkin juga bibir akan digigit semut nanti
  • ii) Sapukan ubat gigi ke bibir 3 minit sebelum mandi. Di samping memerahkan bibir, ubat gigi ni juga boleh membuang semua kesan lipstik pada bibir anda.

Petua Kuruskan Badan:

  • Paling senang dan mudah, amalkan dua petua "jangan" ini untuk maintain berat badan. Pertama, jangan minum minuman berais, amalkan meminum air suam sahaja setiap hari. Kedua, jangan makan melebihi 7.00 malam. Mudah sajakan...?

***** So selamat mencuba......

Petua Awet Muda Untuk Semua

Proses penuaan pada tubuh manusia adalah ketetapan semulajadi yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun ada beberapa petua yang mudah dan murah yang boleh kita amalkan untuk kelihatan muda (awet muda). Diantaranya ialah :

1. Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

2. Makan banyak ulam-ulam sebagai sebahagian dari diet kita

3. Solat subuh : Tahukah anda air wuduk yang kena muka dapat memberi kesan yang amat baik untuk kita

4. Bersenam 30 minit 3 kali seminggu dengan konsisten

5. Yang paling penting sekali --> SENYUMLAH SELALU...