Monday, November 1, 2010

Awak ni Kristian...?

Semalam aku keja...seperti biasa..dengan uniform aku, dan dengan penampilan aku yang bertudung. Erm...mesti tertanya-tanya dengan soalan yang di atas tu kan..? Harap sesiapa yang baca, jangan salah anggap okey. Aku bukan nak cerita pasal agama ni......cuma aku tersentap dengan cara seorang passenger kami yang bertanya aku semalam.

Mereka ni ada 3 orang ( Group of 3 ). 2 orang itu bukan orang malaysia...yang seorang ni lagi orang Malaysia. Dalam sibuk aku masukkan berat badan mereka dalam sistem daftar masuk kami, tiba-tiba orang Malaysia tu bertanya pada aku.." Eh! Awak ni Kristian ke?" Aku tersentap. Aku tengok muka dia dalam-dalam. Lepas tu aku perhatikan kad pengenalan dia, memang sah kat sana tulis nama dia...agama dia Islam ... orang mana spesifikasi dia, malas la nak letak detail negeri tu kat mana..(aku tak nak la plak nanti menimbulkan sifat kenegerian...nanti orang cakap gara-gara nila setitik rosak plak susu sebelanga.. )

Agaknya dia tak puas hati aku tak jawab, then dia tanya lagi untuk kali ke 2 " Awak ni Kristian ?" Aku masih tak jawab soalan dia, aku cuma tengok muka dia betul-betul. Aku BERTUDUNG kenapa dia nak tanya aku yang aku ni beragama KRISTIAN..? Tak tahu ke dia kami ni seagama..????

Agaknya dia perasan kot aku memang tak nak jawab soalan dia (jawapan tu ada sendiri dalam kepala dia pun..buat apa nak jawab! ) dia tukar soalan pulak. " Awak Iban ye..?" Lagi la aku terkejut. Aku tak paham betul apa yang tak kena dengan mamat ni. Tak cukup dia kata aku Kristian, dia kata lak aku ni Iban. Aku tak de masalah dengan orang Iban ni pun, aku ni orang Sarawak..kawan aku bermacam-macam bangsa..iban, melayu, cina..semua aku kawan. Ok..kita berbalik lagi kepada mamat tu tadi, aku cuma senyum sumbing kat dia, aku geleng kepala.

Agaknya tak puas hati jugak, dia tanya nama aku.." Nama awak tu RATNA tak macam melayu la.."

Ok...Ok...aku semakin rimas. Mamat tu dah habis satu, satu lagi soalan yang entah apa-apa entah dia tanya kat aku. Dia memang bernasib baik, semalam aku banyak berdiam diri sebab tahan rasa nak muntah akibat morning sickness...kalau tak memang habis la aku bersoal jawab dengan dia.

Aku memang terkilan...tanpa kata minta maaf..dia ketawa-ketawa beredar dari kaunter aku. Apa niat dia ye tanya aku macam tu? ...

- Minda orang memang susah nak paham..-

Saturday, October 30, 2010

What -to-update...??

Hurrrrmmmm....sigh....sigh....sigh...

Lamanya aku dah tak update blog aku ni. Agaknya dah sebulan lebih kot....hehehehe. Sebenarnya selepas selesai majlis kahwin aku hari tu, aku selalu merehatkan diri dari dunia online..ada tak ada, aku aktif fb je, tu pun update sikit-sikit...view-view je banyak.

Dah sebulan lebih aku mendirikan rumah tangga, aku dah pun disahkan hamil..hehehe...rezeki dari Allah, bak kata kawan-kawan aku, itu namanya bunting pelamin. Alhamdulillah..aku tak tolak rezeki dari Allah, cepat atau lambat aku terima dengan hati yang terbuka. Malahan aku lebih bersyukur sebab rezeki nak dapat anak tu datang awal berbanding kawang-kawab aku yang dah kahwin awal dari aku tapi belum mendapat cahaya mata.

Aku takde update erkkk gambar aku masa kahwin..? Nantila tunggu free sikit ku upload la gambar-gambar yang beratus-ratus lemon tu kat blog ni. Buat masa sekarang ni aku masih lagi dalam keadaan malas yang amat sangar, agaknya mungkin kerana pembawaan budak kot...

Oklah...nanti la aku sambung lagi k.

xoxo.

Sunday, September 12, 2010

Selamat Hari Raya !!!

Alhamdulillah....10 Sept 10 kita telah menyambut 1 Syawal yang kita nanti2kan setelah genap sebulan kita berpuasa. Aku takde la ambil cuti lama... 10 Sept cuti sehari je, lepas tu 11 Sept lak aku Offday...then today, aku keje start kol 1pm. Memang bosan giler....mood nak keje pun takde. Tengok muka passenger pun semacam je.

Keja punya keja...dalam pukul 5 barula mood keja tu datang sikit. Atleast aku ada juga ucap "terima kasih...selamat hari raya.." untuk pax yang datang ke kaunter dengan berbaju kurung dan berbaju  melayu. Bukan apa...aku bosan la keja waktu orang tengah beraya sakan ni. Cemburu gak tangok mereka hujung2 minggu sempena raya ni berpakaian cantik2...beramai-ramai dengan mak bapak adik beradik beraya sakan..

Apapun, cuma ada satu masalah...time raya macam ni area kampung aku lak takde air paip. Entah apa masalahnya, kata mereka-mereka yang berkaitan, kepala paip ada masalah. Ish..ish..ish...kenapa la masa raya perkhidmatan bekalan air terganggu. Nasib baik rumah dekat dengan sungai, so...apa lagi..mengembalikan nostalgia silam di zaman sekolah rendah ler, MANDI SUNGAI..!!!!!

Erkhhh...kata kawan aku zura, hari ini aku masuk kerja dengan muka penuh riak 'kebingungan'. Agaknya memang betul la tu tekaan dia...aku bingung + takde mood...sebab keja masa raya dan bingung fikirkan majlis perkahwinan aku yang akan berlangsung pada 19 Sept ni nanti. Huhuhuhuhu...ingat senang ke nak kawen...????!!!!


---- XoXo -----

Wednesday, September 8, 2010

2 in 1 : Preparation for Hari Raya and My Wedding

Huhuhu......malam ni dah tengok anak bulan, tp rasanya...raya memang ajakn jatuh pada hari Jummat bersamaan dengan 10 Sept 2010. Untuk tahun ni, maybe preparation raya aku agak kurang meriah, sebab banyaknya kuih dan biskut aku order dari orang lain atau dalam erti kata lainnya, main tunjuk jer...........

Apapun, aku cuma teringin nak buat satay jer, nak cuba resipi buat satay sebab mak aku buat satay selalunya rasa satay tu kurang menjadi. Jadi ada lagilah nampaknya satay versi 'try and error' aku sempena 1 syawal ni nanti..

Untuk baju raya, aku buat sepasang jer baju kurung. Malas la nak buat banyak sangat baju...tak ke mana sangat pun aku nak berziarah waktu raya nanti, cuti pun terhad..raya ke -3 dah masuk keje balik. Jadi...persiapan serba sederhana..sepasang baju kurung..sedondon warnanya dengan baju tunang aku..

Sebut pasal preparation untuk wedding tu, yang ni lah yang buat aku stress yang amat sangat. Huhuhu..bukan senang nak buat majlis persandingan dengan budget yang limited. Secara ringkasnya aku nak majlis yang sederhana sahaja, tak nak la membazir, berbelanja secara berlebihan. Apa yang penting, majlis pernikahan berjalan dengan lancar..majlis berlangsung dengan meriah dan semua orang yang datang berasa gembira dan puas hati..

Erm....sekarang ni pun aku kurang sihat jer memanjang. Agaknya kerana stress la tu. Dalam bulan september ni saja dah dua kali aku ambil sick leave. Huhuhu...hari ni aku keje pun dengan suara ala2 sinchan yang serak....dah beberapa hari aku batuk sampai tekak rasa perit yang amat sangat!

Tak tahu nak cite apa lagi. Agaknya sampai setel majlis persandingan aku nanti barulah idea aku nak tulis blog ni melimpah ruah kot.....

xoxo ---- babyblue in da house !!! -----xoxo

Wednesday, September 1, 2010

PJJ - Perhubungan Jarak Jauh

 source: google


Ok..kali ni kita mengupas tajuk PJJ. Bukan pembelajaran jarak jauh k...tp perhubungan jarak jauh. Mula-mulanya, aku tak pernah terfikir pun aku akan mengalami perhubungan jarak jauh ni. Tapi...dah nama ketentuan Tuhan, kalau dah jodoh tu dengan orang jauh, begitulah adanya. 

Nak dijadikan kisah benar..my Mr. Fiance ni orang Kota Kinabalu, dan saya lak org Sarawak. Bleh la tahan jauhnya, tp jangan ler nak bandingkan jauhnya Malaysia- Amsterdam ...huhahaha...kenape aku sebut Amsterdam? Bukan London? Bukan New York? Sebab ........ aku suka Amsterdam ler...hihihihi...

Aku dengan Mr Fiance ni, jumpa pun 2-3 bulan sekali. Itupun kami bertukar giliran. Kalau bulan pertama dia yang datang ke Miri, dua atau 3 bulan lepas tu turn aku la pulak pegi KK. Harus ada kompromi!!!! Dulu masa mula-mula bercinta, memang la sengsara nak mampus je aku cuba sesuaikan diri. Kadang-kadang macam hilang keyakinan diri, selalu fikir benda tak baik, itu la..ini la...paling tak seronok bila tengok kawan-kawan yang bercinta 'jarak dekat' - maknanya kekasih ada depan mata le tu..., tengok dorang keluar sama, pegi makan sama..terdetik juga la perasaan cemburu. Aku ni pulak, 2-3 bulan sekali baru la dapat dating. Itupun kami banyak habiskan masa dengan keluarga masing-masing ( kenal keluarga pasangan tu penting you !!! Hubungan mesti direstui barula membawa berkat...tak bleh membelakangkan orang tua gitu! )

Tapi sekarang after 2 tahun bercinta, alhamdulillah. So far so good. Aku bersyukur sebab aku dengan Mr Fiance dapat lalui segala bentuk rintangan dengan baik. Hubungan kami tak ler happy memanjang, tetap ada juga pasang surutnya, tp...alhamdulillah. Mana ada hubungan yang 100% sempurna.

Dan sekarang aku happy dengan apa yang aku ada. Sebelum ni kami jarang dating...tp tak pe, aku dah biasa. Walaupun jarang dating, jarang jumpa tak bermakna cinta kasih kami tak berkembang. Ala....kalau dah jodoh, jumpa setahun sekali pun....tetap jodoh tu jugak yang akan datang..kalau takde jodoh, bercinta la korang 10 tahun sana...tetap takkan menjadi jugak..( based on my experience k..! )

Ni aku tgh kira hari nak nikah. Orang lain dok sibuk nak raya, aku lak dok sibuk kira hari nak nikah! gatallll ! Hahahaha....

P/s: Aku tak prejudis dengan hubungan jarak dekat....korang jangan lak salah faham k.

source: google

xoxo..
Peace No war!

Sunday, August 15, 2010

Preparation for Br!de 2 Be .. (^_^)



Hi ... hi .. hi ...

Aku dah semakin sibuk, tak menang tangan nak buat semua benda. 

For the moment aku blum dpt nak update semua benda yang aku dah buat dengan detail.

Ini ringkasan preparation yg aku dah buat:

1. Photoghrapher ..



 I pilih ... Faizal Huio. Hehehe..memang ramai yg promote tukang gbr pada aku, tapi aku pilih berdasarkan keselesaan aku. Kenapa aku pilih Faizal Huio?  

 a ) Sebab dia kawan sekerja aku ler.... then hasil kerja dia pun bagus. Sesapa yang nak tgk contoh hasil gambar dia bleh klik kat link ni yer http://www.faizalhuio.com/blog boleh ler tgk2 hasil kerja Faizal Huio and the geng..

b) Alasan kedua, oleh kerana dia kawan sekerja aku, bermaksud aku nak bekerja dgn tukang gambar yg aku dah kenal, dan aku selesa dengan mereka. Apapun, aku masih lagi memilih pakej yang aku nak dari Faizal Huio..perkara paling utama yg aku nak pertimbangkan untuk pilih pakej ni of course ler dari segi harga .. dan kemudiannya perkara-perkara sampingan cthnya... aku nak sticky album atau pun custom made album (like a story book.. : ) )



2. Tudung .. 

Actually aku ni 'free hair' punya orang ler..but untuk majlis nikah, aku prefer untuk pakai tudung, lebih molek gitu. Jadi, oleh kerana aku ni berada di Miri, mmg sangat terasa susah la aku nak cari tudung putih.. aku dah byk buat blog review, macam-macam pendapat lak aku baca. Apapun, aku tak kisah sangat la. Ada yang kata kalau guna tudung yang ada 'awning' nanti susah plak husband nak cium dahi semasa upacara membatalkan air sembahyang. Tapi..tengok-tengok plak sekarang ramai lak pengantin pakai tudung ada awning ni. Erm...agaknye...depend dengan pengantin tu sendiri la nak pilih jenis tudung yg mereka nak pakai..Dan aku...he he he ...aku dah beli inner tudung plain warna putih, dengan layah simple warna putih gak..nanti kalau aku rajin dan berkesempatan, agaknya aku akan buat ujikaji untuk menjahit manik-manik kat awning tu..

Tengah pikir ni nak corak yang mana 1 :


Yang ni memang cantik ... ngam sesangat la utk tema hari pernikahan aku...white & silver..


Corak ni cantik. Of course ler tudung aku bukan kaler ni..aku suka tengok coraknya. Rase nye aku tahu kat mana nak beli bahan untuk buat corak mcm ni.. he he he


Bunga nye cantik...... 

Erm...pendek kata nya aku agak cerewet jugak bab-bab pilih tudung ni. Tapi nak buat macam mane..kawen tu sekali seumur hidup (Insyaallah...harap2 nanti rumahtangga aku berkekalan dan bahagia sehingga ke akhir hayat )

P/s : Aku tak nak pakai crown...Tak nak..! Tak nak ! Tak nak..! 



Antara gambar-gambar yang memberikan inspirasi ... I LIKE !!!

3. Mak Andam ...

Mak Andam  .... yang ni la paling awal aku cari ... aku dah book kawan aku Geena Vee (bleh cari namanya dalam FB yer....) .. so, tak perlu la aku nak risau-risau ke hulu ke hilir cari mak andam. 

Erm...itu je la untuk sementara waktu...mcm habis idea lak...


Muahhhssss...
xoxo

Tuesday, July 6, 2010

The truth of me : Part 1 : My Interest


SUKAN

Olahraga
Time sekolah rendah, aku adalah biak ompuan yang amatlah lasak. Sukan paling aku minat adalah lumba lari (acara pecut la terutamanya...100m..200m...lari jarak jauh eboh suruh akulah, mok suruh aku semput boleh..!) Aku selalu mewakili sekolah, tiap-tiap hari aku berlatih lari. Jadual berlatih ya selalunya tiap-tiap pagi selama 30minit sebelum kelas bermula...dan petang ya nang standardla...kadang-kadang pukul 5ptg baru balit rumah. Iboh ditanya la gney rupa fizikal aku...kulit nang kaler gelap lah..Aku memang berik full komitmen dengan sukan olahraga kegemaran aku tok sampei aku pernah simpan cita-cita mauk jadi pelumba lari wanita bertaraf antarabangsa (tek kononlah..ha ha ha ha ha )
Bola Tampar a.k.a Volleball

Then, aku sangat suka dengan bola tampar. Asal ada masa free petang selain berlatih lumba lari, memang akan bermain bola tampar bersama dengan kawan-kawan.Kebetulan ada cikgu yang memang suka main bola tampar, apa lagik...enjoy berhabisan lah kamek orang main bola tampar.

Bola Sepak 

Dan seterusnya...bola sepak. Tok adalah puncanya gney aku boleh minat bola. Selalu time PJK kamek orang akan berebut milih permainan yang kamek orang maok main. Sik la sepanjang masa asal PJK kmk orang nak main bola tampar ajak. Jadi selalu juakla time PJK kmk orang bermain bola..tendang sia tendang sitok..sama juak ngegeh nandok bola, sak jak rambut tocang duak, nang benar kedak kerbo nandok orang lah..

Tapi....all my interest ngan sukan lumba lari, bola tampar dengan bola sepak kurang diamal pabila aku masuk sekolah menengah agama. U know...dah nama sekolah agama..memang banyak benda kenak limit. Masa form one aku masih gik aktif dengan sukan lumba lari walaupun sukan dengan bertudung..dan bola tampar aku aktif starting form 3 (jangan nak mempersoalkan minat aku ngan bola tampar, kerana aku pernah diberik pilihan pilih mewakili sekolah utk bola tampar atau ikut kursus pengawas [aku bakal penolong ketua pengawas masa aku form 4] aku milih untuk stay di sekolah dan berlatih main bola tampar). Cuma aku terkilan,cikgu ya tipu aku..sedangkan kawan aku yang dipilih untuk pergi kursus pengawas ya sama juak terlibat dengan bola tampar, tapi lepas habis kursus nya tetap disuruh main bola tampar. Ini tidak adil! Ini tidak adil ! Tapi sik apa, walaupun terkilan aku anggap ajak ya bukan rezeki aku lah utk jadi penolong pengawas..bukan aku ingin pun, sebab aku sikda hebatnya berbanding kawan-kawan aku yang lain yang melayakkan aku untuk pegang jawatan penolong pengawas ya. Aku bukanlah penjahat, tapi aku sik suka terkawal dengan peraturan, aku suka terbang bebas seperti burung...


SELEBRITI KEGEMARAN


Jonathan Brandis



Tokla pelakon yang aku gila-gilakan macam nak mampus. Huh...dolok aku ada scrab book, pake aku melekatkan gambar pelakon tok. Time ya aku gila nangganya berlakon dalam siri tv Seaquest DSV. Nang aku rasanyalah pelakon paling cute di seluruh alam. 

Untuk entry tok aku sik akan engkah biography nya lah. Apapun pelakon tok dah pun meninggal dunia lam tahun 2003, committed suicide. Sayang sekali nya bunuh diri masa umurnya 27tahun. Tekanan kerana penurunan kerjaya..


p/s: Aku pernah tulis surat ngan nya tok. Dapat alamatnya dari sebuah magazine, lalu aku tek mengutuskan surat ngannya. Aku tulis in bm, then aku mintak tolong kawan aku translate to english. Aku dah pos..wallahualam..entah surat ya nya dah terima atau sik, apa yang pasti sampeinya dah mati aku sik pernah terima surat balas. Huhuhu...past is past la...huahahaha...




Nick Carter


Nick & Backstreet Boys

Dolok kononnya aku tok suka menggelar dirik aku Nick Manisa(apakah juak...cissss....ha ha ha). Setiap album (kaset lah ya) terbaru sidak Backstreet Boys tok aku beli, asal keluar album baru memang aku sanggup mintak keluar ke kedai untuk beli album terbaru daknya. Dapat menjadi antara orang terawal meli kaset daknya menjadi kepuasan bagi aku. Banyak poster daknya, tapi semua dah kenak makan anai-anai. Ha Ha Ha 



Aku suka Nick masanya aktif dengan Backstreet Boys. I'll never break Your Heart...huhuhu...aku gik ingat lagu ya. 

Tapi kinek tok Nick...huh...



What the H***........sot bah! Ciiissssss....

To be continue la entry tok. Tired gila babi mata ku sepanjang hari nangga skrin komputer...